Lokman Noor Adam

لقمان نور ﺍدمcode: ms is deprecated
Lokman Noor pada 2022
Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan
Penjawat kini
Memegang jawatan
2023Didahului olehJawatan diwujudkanAhli Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
(Dipilih)
Penjawat kini
Memegang jawatan
17 Februari 2023[1]PresidenAhmad Zahid HamidiDalam jawatan
1 Julai 2018 – 7 Februari 2020[2]PresidenAhmad Zahid HamidiAhli Jawatankuasa Pemuda UMNO MalaysiaDalam jawatan
2008–2013Ketua PemudaHishammuddin Hussein
(2008–2009)
Khairy Jamaluddin
(2009–2013) Butiran peribadiLahirLokman Noor bin Adam
(1973-01-01) 1 Januari 1973 (umur 51)
Batu Pahat, Johor, MalaysiaParti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(1991–1998, 2006–2020, sejak 2021)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
(2003–2004)
Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
(1999–2003)Sekutu gabungan
politik lainBarisan Nasional (BN)
(1991–1998, 2006–2020, sejak 2021)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)PasanganNur Fazilah Ahmad MuhyidinAnak-anak11 (termasuk 3 anak angkat)[3]PendidikanInstitut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (Dip)
Universiti Tun Abdul Razak (MMgt)PekerjaanAhli PolitikDikenali keranaPejuang gerakan Reformasi
Tahanan ISA
Jurucakap Kerajaan Perpaduan MalaysiaNama samaranLobakman[nota 1][4][5]

Dato' Lokman Noor bin Adam (Jawi: لقمان نور بن ﺍدمcode: ms is deprecated ; lahir 1 Januari 1973), lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Lobakman, merupakan ahli politik yang dilantik sebagai Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan sejak 2023. Beliau juga dipilih sebagai ahli Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak 2023 dan pada 2018 hingga 2020, susulan pemecatannya. Beliau merupakan pejuang Reformasi dalam mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah ditahan dibawah ISA sebanyak dua kali.[6][7][8][9][10] Pada 15 Julai 2021, beliau dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi utama Amhari Efendi dalam perbicaraan kes skandal 1Malaysia Development Berhad membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.[11][12]

Kehidupan awal dan pendidikan

Lokman Noor bin Adam dilahirkan pada 1 Januari 1973 di Batu Pahat, Johor, Malaysia. Beliau mempunyai Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (sekarang dikenali sebagai Islamic College of Science & Technology) dan Ijazah Sarjana Pengurusan (MMgt) dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Kerjaya awal politik (1991–2004)

Kerjaya awal dalam UMNO

Lokman Noor mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia 15 tahun. Beliau menempah rekod sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan termuda sejak berumur 18 tahun lagi pada 1991 iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Kluang, Johor.[13] Beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996–1998).

Pada awal karier politiknya, beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO, Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN dan Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO. Walau bagaimanapun, beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998 kerana menegur Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Pejuang Reformasi dan pilihan raya umum 1999

Selepas pemecatannya, Lokman Noor menjadi seorang pejuang KeADILan dan gelombang Reformasi mulai detik tersebut yang pernah dilokap sebanyak lapan kali kerana mengetuai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda KeADILan Johor yang pertama pada tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan dalam pemilihan pertama parti tersebut. Pada pilihan raya umum 1999, Lokman Noor telah dipilih KeADILan bagi kawasan parlimen Tenggara melawan pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein. Beliau menjadi calon termuda yang bertanding pada pilihan raya umum ini di Johor.[14] Lokman Noor hanya berjaya mendapat 7,559 undi, tewas dengan majoriti 20,817 undi kepada Hishammuddin Hussein.[15]

Pada tahun 2004, beliau telah dipecat dari KeADILan kerana telah menegur Ketua Pemuda KeADILan ketika itu, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.[16]

Kerjaya politik (2006–kini)

Memperkukuhkan kedudukan dalam UMNO

Beliau menyertai UMNO semula pada 2006 di UMNO Bahagian Shah Alam dan menjawat Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008–2013). Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO (2009–2013) Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN (2016), Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016–2018), Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (2010–2016), Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia (2016–2018) dan Presiden Pemantau Malaysia Baru (2018).

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Viral Command Center JASA dan KKMM. Semasa menjadi Panel Pemikir JASA hampir tujuh tahun, beliau melakukan tugas menjawab isu-isu semasa bagi pihak kerajaan melalui penulisan, penghasilan infografik, video, penerbitan bahan-bahan gerak saraf selain menyampaikan ceramah isu semasa, membentang kertas kerja, menjadi panel forum dan debat mewakili kerajaan kepada kakitangan awam, jentera parti politik, NGO, pelajar dalam dan luar negara.

Pilihan raya kecil Sungai Kandis 2018

Lokman Noor dipilih oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) dan parti UMNO sebagai calon pilihan raya kecil Sungai Kandis 2018. Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH)–Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN–UMNO dan calon Bebas. PKR mencalonkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni manakala BN-UMNO telah mempertaruhkan Lokman Noor. Seorang calon bebas Murti Krishnasamy turut mencalonkan diri pada hari penamaan calon. Mohd Zawawi Ahmad Mughni menewaskan Lokman Noor dengan majoriti 5,842 undi.

Fasa Kerajaan Perpaduan Malaysia

Beliau dilantik semula sebagai Ahli Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 Februari 2023. Kenyataan ini dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui panggilan telefon.[17]

Pada sekitar 2023, beliau dilantik sebagai Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga memegang jawatan Pengarah Komunikasi UMNO.

Kontroversi dan isu

Tahanan ISA sebanyak dua kali

Pada tahun 1998, Lokman Noor ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001 hingga 2003, beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun dua bulan. Beliau juga pernah dilokap sebanyak lapan kali dan ditahan di bawah ISA pada 1998 kerana mengetuai demonstrasi mempertahan hak bersuara dan berhimpun bagi memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri atas dakwaan rasuah dan liwat.[18] Manakala, pada 2001, beliau sekali lagi ditangkap dibawah ISA dan dilepaskan pada 2003.[19][20][21][22]

Konflik dengan Khairy Jamaluddin

Lokman Noor dan Khairy Jamaluddin bertelingkah sekitar 2018 kerana Lokman Noor mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak. Pertelingkahan ini menyebabkan Khairy mengelar Lokman Noor sebagai "Lobakman". Nama gelaran ini didapati daripada ciapan akaun Twitter milik Khairy terhadapnya pada 2018 yang menggelarnya memiliki IQ rendah seperti lobak. Ciapan itu berbunyi: “You better pray I dont become president of Umno. First thing I'll do is sack you for having the IQ of a carrot" (Melayu: "Anda lebih baik berdoa agar saya tidak menjadi presiden Umno. Perkara pertama yang saya akan lakukan ialah memecat awak kerana mempunyai IQ seperti lobak").[23][24][25] Walau bagaimanapun, pada pemilihan UMNO 2018, Khairy tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO manakala Lokman Noor menang bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Perlucutan keahlian UMNO pada 2020

Pada 2 Januari 2020, 7 pemimpin Pemuda UMNO bahagian telah membuat aduan dan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO serta mendesak Ahli Majlis Tertinggi parti agar menyiasat Lokman Noor kerana telah melanggar disiplin parti.

Mereka mendakwa Lokman Noor pada ketika itu sebagai ahli telah melanggar disiplin parti kerana mempertikai keputusan yang dibuat pimpinan berhubung siasatan lembaga disiplin terhadap bekas Naib Presiden Hishammuddin Hussein. Selain kes berkaitan Hishammuddin dan kritikan terhadap Zahid, Lokman Noor juga telah mengkritik timbalan presiden iaitu Mohamad bin Hasan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki secara terbuka.

Tujuh pemimpin Pemuda UMNO yang membuat aduan adalah Shah Zanuriman Nuar Paras Khan (Ketua Pemuda UMNO Selayang), Mohd Alfie Zainal Abidin (Ketua Pemuda UMNO Subang), Zulkifli Rajalie (Ketua Pemuda UMNO Ampang), Ahmad Feardaus Daud (Ketua Pemuda UMNO Gombak), Mohamad Syahir Mohd Yusof (Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat), Ashrul Ashryzad Mohd Nashri (Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak) dan Mohd Khairul Nizam Mohd Isa (Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang). Selain tujuh ketua pemuda ini, seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Subang, Izzat Zabir Sarif turut membuat aduan yang sama.[26]

Pada 7 Februari 2020, Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pemecatan dari Majlis Tertinggi UMNO dan menggugurkan keahliannya.[27] Pada 30 September 2021, permohonan Lokman Noor untuk menyertai kembali UMNO diterima oleh parti.[28][29]

Skandal 1MDB

Pada 15 Julai 2021, Lokman Noor dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.[30][31][32]

Pada 29 September 2022, pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap Lokman Noor.[33][34]

Kehidupan peribadi

Lokman Noor mendirikan rumah tangga bersama Nur Fazilah Ahmad Muhyidin dan dikurniakan 11 orang anak (termasuk tiga anak angkat). Dua anak angkatnya dari Indonesia dan seseorang lagi berbangsa Rohingya.[35]

Anugerah

Anugerah di Malaysia

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
1999 P136 Tenggara Lokman Noor Adam (KeADILan) 7,559 21.04% Hishammuddin Hussein (UMNO) 28,376 78.96% 37,829 20,817 78.06%
Dewan Undangan Negeri Selangor
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2018 N49 Sungai Kandis Lokman Noor Adam (UMNO) 9,585 38.17% Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PKR) 15,427 61.44% 25,303 5,842 49.39%
Murti Krishnasamy (Bebas) 97 0.39%

Nota

  1. ^ Nama samaran yang diberikan oleh calon presiden UMNO yang kalah pada pemilihan UMNO 2018, Khairy Jamaluddin susulan pergaduhan yang tercetus antara mereka berdua kerana Lokman Noor mempertahankan Najib Razak.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Lokman Adam kembali jadi ahli MKT UMNO
  2. ^ Umno pecat Lokman Adam
  3. ^ Lokman Adam mengaku tak salah [METROTV]
  4. ^ 'Dulu KJ gelar saya lobakman, sekarang Allah tunjuk siapa IQ rendah'
  5. ^ How Twitter saw the birth of 'Lobakman', courtesy of Khairy
  6. ^ Lokman lali 'sepak terajang' politik
  7. ^ Keadilan's Lokman nabbed under ISA
  8. ^ UPDATE(MALAYSIA): Four ISA detainees served two years detention order
  9. ^ Malaysia's Internal Security Act and Suppression of Political Dissent: A Human Rights Watch Backgrounder
  10. ^ Malaysia: three reformasi ISA detainees released
  11. ^ Lokman Noor Adam dipenjara sebulan hina mahkamah
  12. ^ Lokman Adam dipenjara sebulan kerana hina mahkamah
  13. ^ Lokman lali 'sepak terajang' politik
  14. ^ Lokman banking on reputation
  15. ^ JOHOR (Parlimen - 20, Negeri - 40)
  16. ^ Lokman Adam: Saya tidak akan jilat semula ludah sendiri
  17. ^ Lokman Adam kembali jadi ahli MKT UMNO
  18. ^ Lokman lali 'sepak terajang' politik
  19. ^ Keadilan's Lokman nabbed under ISA
  20. ^ UPDATE(MALAYSIA): Four ISA detainees served two years detention order
  21. ^ Malaysia's Internal Security Act and Suppression of Political Dissent: A Human Rights Watch Backgrounder
  22. ^ Malaysia: three reformasi ISA detainees released
  23. ^ 'Dulu KJ gelar saya lobakman, sekarang Allah tunjuk siapa IQ rendah'
  24. ^ How Twitter saw the birth of 'Lobakman', courtesy of Khairy
  25. ^ KJ: Kalau jadi presiden Umno, saya pecat Lokman sebab IQ tahap lobak
  26. ^ Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam| 2 Januari 2020 | Astro Awani |https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-pemuda-umno-desak-lembaga-disiplin-siasat-lokman-adam-226983
  27. ^ Umno pecat Lokman Adam
  28. ^ "Permohonan Lokman Adam jadi ahli diterima". Berita Harian. 30 September 2021. Dicapai pada 15 November 2021.
  29. ^ "Terima semula Lokman Adam sebagai ahli UMNO proses biasa". Sinar Harian. 30 September 2021. Dicapai pada 15 November 2021.
  30. ^ Lokman Noor Adam dipenjara sebulan
  31. ^ Lokman Adam dipenjara sebulan kerana mengugut saksi kes 1MDB
  32. ^ Ugut saksi kes 1MDB: Lokman Adam dipenjara satu bulan
  33. ^ Pendakwa rayu tempoh penjara lebih lama terhadap Lokman Adam
  34. ^ AGC mohon Lokman Adam dipenjara lebih lama
  35. ^ Lokman Adam mengaku tak salah [METROTV]
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan dan
Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional di peringkat Negeri Sabah
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Wakil Parti
UMNO
MCA
MIC
PBRS
Pengarah Komunikasi
Setiausaha Eksekutif
Jawatankuasa Penyelaras Negeri
Pengerusi
Parti Komponen
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Presiden
Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Naib Presiden
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Pengerusi Biro Penerangan
Chan Quin Er
Kongres India Malaysia (MIC)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Rajasekaran Thiyagarajan
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Mohana Muniandy Raman
Bendahari Agung
Amrit Kaur Manjeet Singh
Ketua Penerangan
Gunalan Velu
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Pemuda
Edwin Laimin
Ketua Wanita
Zainon Kayum Khan
Bendahari Agung
Edward Yong Set Fung
Ketua Penerangan
Freddie Sua
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Aziz Ariffin (UMNO) - Seruandi Saad (UMNO)
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Mantan Perdana Menteri
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Didahului oleh
Parti Perikatan (1952-1973)
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Parti komponen Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi (Dipilih)
Ahli Majlis Tertinggi (Dilantik)
Abdul Rahman Mohamad - Rosni Sohar - Arman Azha Abu Hanifah - Yaakub Khan - Norliza Abdul Rahman - Mohd Rais Mohd Yasin - Nurul Amal Mohd Fauzi - Mohd Puad Zarkashi - Johan Abd Aziz - Shaik Hussein Mydin - Yakubah Khan - Mohd Razlan Rafii - Rizam Ismail
Perhubungan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Perdana Menteri
Menteri Kanan
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Gabungan Politik
Kategori Kategori