Shah Zanuriman Nuar Paras Khan

شه زانوريمن نوار ڤارس خنcode: ms is deprecated
Ahli Jawatankuasa (EXCO) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selayang
Penjawat kini
Memegang jawatan
12 March 2023Didahului olehMohd Nazri Bin Mohd AminKawasan pilihan rayaSelayang Butiran peribadiLahir (1984-12-19) 19 Disember 1984 (umur 39)
Kuala LumpurKerakyatanMalaysianParti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)Sekutu gabungan
politik lainBarisan NasionalAlma materUniversiti Teknologi MARAPekerjaanAhli Politik, Ahli Perniagaan

Shah Zanuriman bin Nuar Paras Khan ( Melayu: شه زانوريمن نوار ڤارس خنcode: ms is deprecated ,Sebutan bahasa Melayu: [shah zanuriman] ; lahir 19 Disember 1984) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan BN. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda UMNO dan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor sejak Mac 2023, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang sejak Mac 2018. [1]

Kerjaya politik

Shah mula berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang pada 2018 apabila memenangi jawatan itu selepas seorang lagi calon menarik diri daripada pertandingan pada saat-saat akhir. Beliau memenangi penggal kedua sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang dengan kemenangan besar pada pemilihan kepimpinan UMNO 2023.

Beliau memenangi pemilihan jawatan Pemuda UMNO semasa pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2023 dengan menduduki tempat ke-4 daripada 113 calon dengan 17,021 undi. [2] Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Selangor di bawah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Dato Mohd Imran Tamrin .

Larang Sanusi Berceramah di Selangor

Ketika kempen Pilihanraya Negeri Selangor 2023 di Selayang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor. Shah Zanuriman selaku Ketua Pemuda UMNO Selayang dan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor menyelar tindakan kebiadaban Muhammad Sanusi dan mencadangkan agar beliau perlu diharamkan daripada berceramah di Selangor.[3]

Cadang laksana dialog nasional pendidikan negara

Pada Mac 2024,Setiausaha Pemuda MCA, Saw Ye Fung menyatakan bahawa cadangan untuk mewujudkan sistem pendidikan satu aliran dianggap tidak relevan dan hanya mahu memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.[4]

Shah Zanuriman selaku EXCO pemuda UMNO Malaysia menegaskan bahawa segregasi atau pemisahan kaum yang berlaku dalam negara telah bermula sejak bangku itu memberikan kesan buruk kepada perpaduan rakyat negara.

Pemuda UMNO mencadangkan dihidupkan kembali suatu ruang dialog nasional bagi meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara.[4]

[4]

Pemuda UMNO akan terus pertahan UiTM eksklusif bumiputera

Berikutan polemik UiTM sebagai universiti yang mengamalkan sistem Apartheid oleh editor portal Malaysiakini, Andrew Sia, Shah Zanuriman selaku EXCO Pemuda UMNO Malaysia menegaskan yang Pemuda UMNO akan terus mempertahankan status UiTM selaku universiti awam ekslusif untuk bumiputera.

beliau juga menyatakan bahawa, tuduhan sebegitu adalah bukti bahawa masih ramai lagi yang tidak menghayati sejarah dan semangat penubuhan negara kita.[5]

Rujukan

  1. ^ "Kepimpinan Pemuda UMNO Selangor 2023-2026". UMNO Selangor.
  2. ^ ADNAN, AHMAD FADHLULLAH (2023-03-13). "Keputusan pemilihan Pemuda UMNO 2023/2026". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-03.
  3. ^ TAHIR, MOHD IZZATUL IZUAN (2023-07-14). "Jangan benar Sanusi ceramah di Selangor - Pemuda UMNO Selayang". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-07-05.
  4. ^ a b c JAAFAR, NORAFIZA (2024-03-14). "Pemuda UMNO cadang laksana dialog nasional pendidikan negara". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-07-05.
  5. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2024-05-23). "Pemuda UMNO akan terus pertahan UiTM eksklusif bumiputera". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-07-05.