Manickam Letchuman

Dato'

Manickam Letchuman

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioSumber Manusia, Peladangan dan Kampung Baru
Menteri BesarMohamad Hasan
Didahului olehMogan Velayatham (Sumber Manusia dan Peladangan)
Digantikan olehArul Kumar Jambunathan (Sumber Manusia dan Peladangan)
Teo Kok Seong (Kampung Baru)
Kawasan pilihan rayaJeram Padang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Jeram Padang
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului oleh Mogan Velayatham
Digantikan oleh Mohd Zaidy Abdul Kadir
Majoriti
  • 2,691 (2013)
  • 1,062 (2018)
Butiran peribadi
Lahir (1959-11-30) 30 November 1959 (umur 64)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (2024-kini)
Kongres India Malaysia (1979-2023)
PasanganDatin Vimala Vyapury Muniandy
PekerjaanAhli politik

Manickam a/l Letchuman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Jeram Padang dari 2013 hingga 2023. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 2013 hingga 2018.

Di peringkat parti politik, beliau merupakan Ketua MIC Bahagian Jempol dan menjadi Pengerusi MIC Negeri pada 2015-2018.

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 30 November 1959. Beliau mendapat pendidikan awal di SJK Tamil Ladang Blue Valley, Cameron Highlands (1966-1971) dan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (1972-1973). Kemudian beliau mendapat pendidikan tertinggi lulusan Sarjana Pendidikan (M.A) Sains Sosial (2004-2005) di Universiti Malaya (UM) selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Bahasa Melayu (1986-1987) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera bahasa Melayu dan bahasa Tamil (1982-1985) di universiti sama.[perlu rujukan]

Kerjaya

Beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan bermula April 1987 hingga Mei 2013. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Bahau kemudian menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SMK Pasoh 2 (Felda) Simpang Pertang Jelebu (Januari 2003-Nov 2005) dan SMK Datuk Mansor Bahau (Ogos 2006–Mei 2013).[perlu rujukan]

Politik

Manickam menyertai MIC melalui cawangan Jenjarom, Kuala Langat, pada 1979. Sejak itu, beliau memberikan khidmatnya kepada masyarakat India melalui MIC. Pada Oktober 2023, beliau telah meletakkan semua jawatannya dalam MIC dan keluar parti.[1] Beliau menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) pada Julai 2024.[2]

Manickam pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Jeram Padang dari 2013 hingga 2023 mewakili Barisan Nasional. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 2013 hingga 2018 dengan mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Bertindak Perladangan, Sumber Manusia Dan Kampung Baru Negeri Sembilan.[3]

Pilihan raya

Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan[4][5][6][7][8][9][10][11]
Tahun DUN Nama Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
2013 N07 Jeram Padang Manickam Letchuman (MIC) 5,690 63.68% Kumar Thuraisingham (PKR) 2,999 33.57% 9,185 2,691 81.20%
Zailani Zakaria (IND) 201 2.25%
Mazavan Raman Nair (IND) 45 0.50%
2018 Manickam Letchuman (MIC) 3,702 39.26% Surash Sreenivasan (IND) 2,640 28.00% 9,844 1,062 79.80%
S Musliadi Sabtu (PH-PKR) 2,302 24.41%
Mohd Fairuz Mohd Isa (PAS) 785 8.33%

Keluarga

Manickam mendirikan rumah tangga dengan Vimala Vyapury Muniandy yang juga merupakan seorang pendidik.

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Negeri Sembilan
    • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2006)[12]
    • Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (2011)[13]
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2015)

Rujukan

  1. ^ "Manickam letak semua jawatan dalam MIC". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.
  2. ^ ASSAN, NORAFIDAH (2024-08-01). "Bekas pengerusi MIC Negeri Sembilan sertai Pas". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-08-02.
  3. ^ "Exco Negeri Sembilan Diberi Tempoh Sebulan Isytihar Harta - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-05-22. Dicapai pada 2024-08-02.
  4. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 25 January 2010. Percentage figures are calculated based on total turnout.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  10. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  11. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "CARIAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN / BINTANG / PINGAT TAHUN 1981 - 2010". ipingat.ns.gov.my.
  13. ^ "CARIAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN / BINTANG / PINGAT TAHUN 2011 - SEMASA". ipingat.ns.gov.my.
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Zulkefly Mohamad Omar (AMANAH) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: Ravi Munusamy (PKR)
Ketua Majlis: Aminuddin Harun (PKR) • Ketua Pembangkang: Mohamad Hasan (UMNO)
  1. Chennah: Anthony Loke Siew Fook (DAP)★
  2. Pertang: Noor Azmi Yusof (UMNO)
  3. Sungai Lui: Mohd Razi Mohd Ali (UMNO)
  4. Klawang: Bakri Sawir (AMANAH)
  5. Serting: Shamsulkahar Mohd Deli (UMNO)★
  6. Palong: Mustapha Nagoor (UMNO)
  7. Jeram Padang: Manickam Letchuman (MIC)
  8. Bahau: Teo Kok Seong (DAP)
  9. Lenggeng: Suhaimi Kassim (AMANAH)
  10. Nilai: Arul Kumar Jambunathan (DAP)
  11. Lobak: Chew Seh Yong (DAP)
  12. Temiang: Ng Chin Tsai (DAP)
  13. Sikamat: Aminuddin Harun (PKR)★
  14. Ampangan: Mohamad Rafie Abdul Malek (PKR)
  15. Juasseh: Ismail Lasim (UMNO)
  16. Seri Menanti: Abdul Samad Ibrahim (UMNO)
  17. Senaling: Adnan Abu Hassan (UMNO)★
  18. Pilah: Mohamad Nazaruddin Sabtu (PKR)
  19. Johol: Saiful Yazan Sulaiman (UMNO)
  20. Labu: Ismail Ahmad (PKR)
  21. Bukit Kepayang: Nicole Tan Lee Koon (DAP)
  22. Rahang: Mary Josephine Pritam Singh (DAP)
  23. Mambau: Yap Yew Weng (DAP)
  24. Seremban Jaya: Gunasekaren Palasamy (DAP)
  25. Paroi: Mohamad Taufek Abd Ghani (AMANAH)
  26. Chembong: Zaifulbahri Idris (UMNO)
  27. Rantau: Mohamad Hasan (UMNO)★
  28. Kota: Awaludin Said (UMNO)
  29. Chuah: Michael Yek Diew Ching (PKR)
  30. Lukut: Choo Ken Hwa (DAP)
  31. Bagan Pinang: Tun Hairuddin (UMNO)
  32. Linggi: Abd Rahman Mohd Redza (UMNO)
  33. Sri Tanjung: Ravi Munusamy (PKR)
  34. Gemas: Abdul Razak Said (UMNO)
  35. Gemencheh: Mohd Isam Mohd Isa (UMNO)★
  36. Repah: Veerapan Superamaniam (DAP)
Kerajaan: (20) Pakatan Harapan (20) Pembangkang: (16) Barisan Nasional (16)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia