Wikipedia bahasa Indonesia

Wikipedia bahasa Indonesia
Maklumat umum
URLhttp://id.wikipedia.org/
http://id.m.wikipedia.org/ (telefon bimbit)
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamIndonesia
Ditubuhkan30 Mei 2003 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
PendaftaranPilihan
diperlukan untuk membuat artikel baru
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: id.wiki Twitter: idwiki Instagram: idwikipedia Telegram: idwiki Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikipedia Bahasa Indonesia merupakan edisi Bahasa Indonesia bagi ensiklopedia Wikipedia. Rencana pertamanya, Elektron, ditulis pada 30 Mei 2003, namun Laman Utama baru diisi kira-kira enam bulan kemudian, pada 29 November.

Wikipedia Bahasa Indonesia lazimnya mengikuti peraturan-peraturan dan dasar-dasar di Wikipedia Bahasa Inggeris, misalnya kewajiban menulis rencana melalui sudut pandangan yang berkecuali. Salah satu bidang di mana Wikipedia Bahasa Indonesia mempunyai lebih banyak rencana jika dibandingkan dengan edisi bahasa lain ialah rencana tentang wilayah pentadbiran di Indonesia, meskipun banyak yang masih merupakan rencana tunas.

Ciri-ciri

Bahagian "Peristiwa terkini" muncul pertama kalinya pada 14 November 2004 dengan judul "Berita Utama". Sebelum adanya bahagian tersebut, terdapat bahagian "aktualitas" dengan pautan-pautan ke rencana mengenai topik-topik yang sedang hangat dibincangkan. Bahagian "hari ini dalam sejarah" pertama kali ditulis pada 14 Disember 2004. Bahagian ini berisi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah yang terjadi pada tanggal tersebut. Bahagian "hari ini dalam sejarah" secara automatik berganti setiap hari.

Bahagian "Artikel Pilihan" dalam format sekarang ini diperkenalkan pada 21 Disember 2004 melalui pemilihan rencana Arsenikum. Sebelumnya telah ada bahagian dengan "artikel pilihan", namun format yang digunakan hanyalah berupa pautan-pautan ke beberapa rencana pilihan tersebut. Penggantian rencana pilihan awalnya tidak teratur tetapi sejak 18 Jun 2006, rencana pilihan sudah diganti secara bergilir-gilir setiap 10 hari.

Ciri-ciri "Gambar pilihan" pertama kali muncul pada 19 Disember 2005, menampilkan sebuah gambar yang dianggap merupakan gambar pilihan dan diganti secara automatik setiap minggu. Ciri-ciri terakhir dari Wikipedia yang ditambahkan ialah ciri-ciri "Tahukah Anda?" yang mulai ditulis pada 9 Jun 2006. Ciri-ciri yang berisi trivia-trivia ini diganti secara automatik setiap hari.

Pengguna aktif

Pengguna aktif Wikipedia Bahasa Indonesia berasal dari seantero belahan bumi. Sebahagian besar pengguna memang menggunakan Wikipedia dari Jakarta, Indonesia, namun sebahagian yang agak besar juga berasal dari daerah-daerah lain di Indonesia. Para pengguna yang tidak bertempat di Indonesia juga agak besar jumlahnya. Hal ini menunjukkan bahawa Wikipedia Bahasa Indonesia boleh dikatakan aktif secara antarabangsa.

Perkembangan jumlah rencana

Projek lain

Projek Wiki yang lain dalam bahasa Indonesia antaranya ialah Wikiquote, Wiktionary, Wikibooks, dan Wikisource yang pada 13 September 2006 mempunyai jumlah laman masing-masing ialah 736, 12.133, 332, dan 143. Projek-projek ini tidaklah seaktif Wikipedia. Sedangkan Projek Wikimedia yang lain yang belum ada di dalam Bahasa Indonesia ialah Wikinews dan Wikiversity.

  • l
  • b
  • s
Senarai lengkap edisi-edisi Wikipedia
Disenaraikan mengikut bilangan rencana
lebih daripada 5,000,000
lebih daripada 1,000,000
Bahasa Sweden sv: · Bahasa Jerman de: · Bahasa Belanda nl: · Bahasa Perancis fr: · Bahasa Waray-Waray war: · Bahasa Rusia ru: · Bahasa Itali it: · Bahasa Sepanyol es: · Bahasa Vietnam vi: · Bahasa Poland pl: · Bahasa Jepun ja: · Bahasa Cina zh: · Bahasa Arab ar: · Bahasa Portugis pt:
lebih daripada 500,000
Bahasa Ukraine uk: · Bahasa Parsi fa: · Bahasa Serbia sr: · Bahasa Catalan ca: · Bahasa Indonesia id: · Bahasa Norway (Bokmål) no:
lebih daripada 200,000
Bahasa Serbo-Croatia sh: · Bahasa Finland fi: · Bahasa Romania ro: · Bahasa Min Selatan zh-min-nan: · Bahasa Czech cs: · Bahasa Hungary hu: Bahasa Korea ko: · Bahasa Melayu · Bahasa Turki tr: · Bahasa Minangkabau  min: · Bahasa Esperanto eo: · Bahasa Kazakh kk: · Bahasa Basque eu: · Bahasa Denmark da: · Bahasa Slovak sk: · Bahasa Bulgaria bg:
lebih daripada 100,000
Bahasa Armenia hy: · Bahasa Ibrani he: · Bahasa Lithuania lt: · Bahasa Croatia hr: · Bahasa Slovenia sl: · Bahasa Estonia et: · Bahasa Uzbek uz: · Bahasa Galicia gl: · Bahasa Norway (Nynorsk) nn: · Bahasa Volapük vo: · Bahasa Macedonia mk: · Bahasa Asturia ast: · Bahasa Latin la: · Bahasa Inggeris Mudah simple: · Bahasa Yunani el: · Bahasa Hindi hi: · ce: · Bahasa Thai th: · Bahasa Belarus be:
lebih daripada 50,000
Bahasa Azerbaijan az: · Bahasa Nepal new: · Bahasa Aromania roa-rup: · Bahasa Occitan oc: · Bahasa Bosnia bs: · Bahasa Georgia ka: · Bahasa Malayalam ml: · Bahasa Tagalog tl: · Bahasa Kreol Haiti ht: · Bahasa Luxembourg lb: · Bahasa Piedmontese pms: · Bahasa Telugu te: ·
lebih daripada 10,000
Bahasa Tamil ta: · Bahasa Belarus (Taraškievica) be-x-old: · Bahasa Breton br: · Bahasa Latvia lv: · Bahasa Albania sq: · Bahasa Jawa jv: · Bahasa Malagasi mg: · Bahasa Mongol mg: · Wales cy: · Bahasa Marathi mr: · Bahasa Bengal bn: · Bahasa Iceland is: · Bahasa Burma my: · Bahasa Yoruba yo: · Bahasa Aragon an: · Bahasa Bishnupriya Manipuri bpy: · Bahasa Frisia Barat fy: · Bahasa Lombard lmo: · Bahasa Swahili sw: · Bahasa Ido io: · Bahasa Neapolis nap: · Bahasa Sicily scn: · Bahasa Sunda su: ·
lebih daripada 1,000
Bahasa Afrikaans af: · Bahasa Amhara am: · Bahasa Kantonis zh-yue: · Bahasa Cina Klasik zh-classical: · Bahasa Cornish kw: · Bahasa Ireland ga: · Bahasa Kashubian csb: · Bahasa Ladino lad: · Bahasa Malta mt: · Bahasa Māori mi: · Sámi Utara se: · Bahasa Jerman Pennsylvania pdc: · Bahasa Quechua qu: · Bahasa Samogitian bat-smg: · Bahasa Scottish Gaelic gd: · Bahasa Tajik tg: · Bahasa Tongan to: · Bahasa Urdu ur: · Bahasa Walloon wa: · Bahasa Yiddish yi: · Bahasa Syilhah shi:

Rujukan

  • id:Wikipedia:Usul penggabungan Wikipedia Indonesia dan Melayu - beberapa usulan untuk menggabungkan Wikipedia bahasa Indonesia dengan Wikipedia bahasa Melayu.
  • id:Wikipedia:Pengumuman - tabel perkembangan jumlah artikel Wikipedia bahasa Indonesia yang lebih lengkap.
  • id:Wikipedia:Statistik - berbagai statistik perkembangan Wikipedia bahasa Indonesia.
  • (Inggeris) Wikipedia:Proposal to unify - usulan penggabungan di Wikipedia bahasa Melayu.

Pautan luar

  • (Inggeris) Persembahan Revo Arka Giri Soekatno mengenai Wikipedia bahasa Indonesia di Wikimania 2005