Sejarah Putrajaya

Putrajaya dibina daripada tanah estet getah bernama Prang Besar atas inisiatif oleh kerajaan Mahathir Mohamad sebagai tapak alternatif bagi pentadbiran eksekutif dan perkhidmatan awam di Malaysia berbanding ibu kota Kuala Lumpur pada 80-an dan 90-an. Pembinaan mula dilaksanakan pada 90-an, dan siap dibina menjelang permulaan abad ke-21.

Prapembangunan

Putrajaya, asalnya bernama Air Hitam dan seterusnya, Prang Besar, telah diasaskan sebagai estet getah pada 1918 oleh pihak British.[1] Pada 1920-an, tanah kawasan itu mula dianugerahkan kepada pegawai British yang telah berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Sebilangan pegawai berkenaan kemudian membentuk syarikat bernama Prang Besar Estate Ltd sebagai kenangan terhadap perang tersebut – terjemahan daripada gelaran Barat the Great War – dan diketuai Mejar Henry Gough.[2] Pada 1925, estet tersebut dijual kepada syarikat Harrisons & Crosfield (H&C) oleh Eric Macfadyen, dengan Gough kekal sebagai ketua estet di bawah H&C.[2]

Cadangan pembangunan

Sejak akhir 1980-an, pihak kerajaan persekutuan mula mencadangkan pembinaan pusat pentadbiran baharu untuk menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran semasa tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr Mahathir Mohamad.[3] Pada masa itu, kebimbangan mula muncul bahawa kepesatan Kuala Lumpur selaku ibu negara mula menjejaskan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran.[4]

Bandar baru ini telah dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yakni dalam kawasan Koridor Raya Multimedia. Dua kawasan telah dikemukakan, Prang Besar dan Janda Baik di Pahang, dengan Prang Besar akhirnya dipilih sebagai kedudukan bandar tersebut.[1]

Pembinaan

Pelan utama pembangunan bandar pentadbiran baharu tersebut telah disahkan oleh kabinet kerajaan pada 22 Februari 1994.[5] Pada 12 Oktober, Prang Besar dinamakan semula sebagai Putrajaya sempena perdana menteri negara pertama, Tunku Abdul Rahman.[6]

Pembinaan Putrajaya dirasmikan oleh Mahathir pada 1995, dan pembinaan dijangka siap pada 2005 dengan belanjawan kira-kira RM20 bilion.[7] Upacara pecah tanah dirasmikan oleh Mahathir pada 10 September 1996. Pada 1 Jun 1999, 300 orang pegawai Jabatan Perdana Menteri mula berpindah ke bangunan baharu di Putrajaya selaku warga pertama yang menghuni Putrajaya;[8] Mahathir sendiri pindah ke sana pada 21 Jun.[9] Menjelang pertengahan tahun 2000, populasi kakitangan awam telah mencecah kira-kira 3 ribu orang.[10]

Pada 7 November 2000, penyerahan tanah sebanyak 4,581 hektar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Selangor kepada pihak persekutuan.[4] Pada 1 Februari 2001, Putrajaya berjaya diwartakan ke dalam Wilayah Persekutuan, sekaligus menjadi tadbiran Wilayah Persekutuan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.[10]

Abad ke-21

Pada 2002, laluan tren yang dikenali sebagai KLIA Transit dibuka, menghubungkan Putrajaya dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Walau bagaimanapun, pembinaan Monorel Putrajaya sebagai sistem metro di bandar, yang dijadualkan siap pada 2008,[11] telah digantung kerana kos. Salah satu jambatan gantung monorel di Putrajaya masih tidak digunakan.

Rujukan

  1. ^ a b Abdullah, Hasfiza (Februari 2012). Dari Prang Besar ke Putrajaya. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-04. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  2. ^ a b Nair, VD. "The Story of Prang Besar Estate". Arabis (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2023.
  3. ^ "Rentetan peristiwa penting Putrajaya". Berita Harian. 2000-11-08.
  4. ^ a b Ismail 2002, m/s. 2.
  5. ^ "Kronologi mengenai Putrajaya dan Kuala Lumpur". Berita Harian. 2001-02-01.
  6. ^ "Jangan biar 'bandar dalam taman' hanya tinggal tema". Berita Harian. 2019-08-12.
  7. ^ "The shape of things to come: Malaysia's new city" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 5 November 1995. m/s. 1. Dicapai pada 11 Januari 2023.
  8. ^ "PM's department staff start work in Putrajaya". Business Times (dalam bahasa Inggeris). 1999-06-02.
  9. ^ "Putrajaya will be a money-spinner: PM". Business Times (dalam bahasa Inggeris). 1999-06-22.
  10. ^ a b Ismail 2002, m/s. 16.
  11. ^ Ismail 2002, m/s. 104.

Bibliografi

  • Ismail, Natrah (2002). Putrajaya: Bandaraya Milenium. AD-Niaga.

pautan Luar

  • flagPortal Malaysia
  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pusat wilayah: Putrajaya
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
    • P125 Putrajaya
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori