Planetarium Melaka

Planetarium Melaka is located in Bumi
Planetarium Melaka
Planetarium Melaka (Bumi)
Maklumat umumJenisPlanetariumLokasiKompleks MITC, Hang Tuah JayaBandar/pekanAyer KerohNegaraMalaysiaKoordinat2°16′N 102°17′E Sunting ini di WikidataPembinaan bermula2009 Sunting nilai ini di WikidataPembukaan10 Ogos 2009Dirasmikan pada10 Ogos 2009 Sunting nilai ini di WikidataPembiayaanRM20 jutaPengurusanPlanetarium Melaka Sdn BhdButiran teknikalBilangan tingkat3Keluasan tingkat0.7 hektar (1.7 ekar)sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Planetarium Melaka (nama rasmi: Melaka Planetarium Adventure Science Centre) ialah sebuah bangunan planetarium yang terletak di dalam kawasan perdagangan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 10 Ogos 2009 dan ia merupakan planetarium kedua dibuka di Melaka selepas Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Masjid Tanah[1].

Bangunan ini menampilkan seni bina Islam serta mencatatkan sejarah tersendiri apabila Planetarium Melaka merupakan satu-satunya bangunan yang dibina di atas bulatan jalan raya[2], di mana ia terletak di atas Bulatan MITC dengan keluasan tanah sebanyak 0.7 hektar. Kos pembinaan bangunan ini dianggarkan sebanyak RM20 juta[3] dan terdiri daripada tiga tingkat serta memiliki kubah bersaiz 15 meter[2]. Di dalamnya, terdapat pameran sains yang dibahagikan kepada empat seksyen iaitu astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik[2].

Pada bulan November 2018, hujan lebat yang berlaku telah mengakibatkan struktur kubah runtuh dan merobohkan sebahagian daripada bumbung dan siling serta merosakkan bahan pameran di bahagian belakang[4]. Pada tahun 2019, Planetarium Melaka disahkan sebagai tidak selamat untuk digunakan selepas laporan forensik dikeluarkan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mendapati beberapa struktur sokongan pada bangunan tidak kukuh dan berbahaya untuk orang awam dan pekerja bangunan[3].

Kerajaan Melaka kemudian merancang untuk melakukan naik taraf ke atas bangunan Planetarium Melaka ini sebagai Pusat Setempat Pelancongan Melaka pada tahun 2020[5][6]. Namun begitu, setakat tahun 2023, projek naik taraf ini dikategorikan sebagai "projek terbengkalai"[7] dan Planetarium Melaka kekal tidak beroperasi.


Sejarah

Majlis pecah tanah Projek Planetarium Melaka telah diadakan pada bulan September 2007 dan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka yang berjumlah kira-kira RM19.9 juta[8]. Bangunan Planetarium Melaka ini direka oleh LCH Architect[9] serta mampu memuatkan sehingga 210 orang pada satu-satu masa[8].

Pada 10 Ogos 2009, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam telah merasmikan pembukaan Planetarium Melaka. Ia merupakan bangunan planetarium kedua yang dibina di Melaka selepas Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Masjid Tanah[1].


Seni bina

Planetarium tiga tingkat ini dibangunkan dengan seni bina Islam dan sebuah kubah bersaiz 15 meter diatasnya.[10] Ia dibina dengan pebelanjaan sebanyak RM20 juta di kawasan seluas 0.7 hektar. Ia juga terdiri daripada empat bahagian iaitu ilmu falak, angkasa lepas, pensimulasian dan fizik.[10]


Pameran

Ruang pameran utama.

Pameran di Planetarium Melaka menampilkan ruang kosmos, sejarah ilmu dan ahli astronomi serta beberapa tarikan yang lain. Ia juga memiliki ruang teater berkubah terbesar di Malaysia[11].

Terdapat kesalahan fakta yang dipamerkan di Planetarium Melaka apabila Pluto diletakkan dalam salah satu daripada planet dalam Sistem Suria[12], walaupun ia telah diklasifikasi semula sebagai planet kerdil pada tahun 2006[13].

Pada tahun 2010, Planetarium Melaka menganjurkan Pameran Angkasa Lepas 2010 dengan kerjasama daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Kerajaan Negeri Melaka[14].


Penutupan operasi

Pada bulan November 2018, struktur dinding bersaiz 5x7 meter persegi[12] pada bahagian kubah tiba-tiba runtuh dan menghempap bahagian siling kapur[15] dan bumbung yang terdapat di bahagian bawah kesan daripada hujan lebat yang berlaku pada ketika itu[16]. Semasa kejadian ini berlaku, waktu operasi Planetarium Melaka masih lagi dibuka kepada orang ramai[15] namun hanya terdapat seramai tujuh orang pekerja sahaja berada di dalam bangunan dan mereka dilaporkan selamat[17]. Akibat kejadian ini, pengurusan Planetarium Melaka menutup bangunan planetarium buat sementara waktu[16] bagi memberi laluan kepada siasatan forensik yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)[17]. Beberapa hari selepas insiden runtuhan dinding, Kerajaan Negeri Melaka menyatakan bahawa keadaan beberapa struktur dinding yang berada di tingkat satu didapati tidak selamat untuk digunakan[12].

Pada bulan Januari 2019, bangunan Planetarium Melaka telah disahkan sebagai tidak selamat untuk digunakan hasil daripada dapatan kajian forensik yang dijalankan oleh JKR[18]. Faktor yang menyebabkan bangunan ini tidak selamat adalah disebabkan oleh beberapa struktur sokongan yang didapati tidak kukuh[18] serta membahayakan keselamatan kepada pengunjung dan pekerja bangunan[19]. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri Melaka tidak berhasrat untuk merobohkan bangunan ini, sebaliknya merancang untuk melakukan kerja-kerja baik pulih dan memberi nafas baharu terhadap fungsi bangunan ini[20]. Projek pembangunan semula Planetarium Melaka bakal membangunkan pusat informasi pelancongan[5] dikenali sebagai "Galaxy World" dan kos pembangunan dijangka mencecah sehingga RM250 juta[20], di bawah satu perjanjian penswastaan[21]. Pada ketika ini, pejabat pengurusan Planetarium Melaka dipindahkan ke ruang sementara yang terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh[19].

Pada bulan Januari 2020, Kerajaan Negeri Melaka telah mengesahkan bahawa projek pembangunan semula Planetarium Melaka akan mula berjalan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2020[22]. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat yang baharu, namun masih mengekalkan struktur pada bahagian ruang utama dan kubah[23]. Projek ini juga akan menjenamakan semula Planetarium Melaka kepada "Science And Galaxy World Melaka" serta berfungsi sebagai pusat sehenti pelancongan yang mengumpulkan pelbagai agensi pelancongan di Melaka[22].


Rujukan

  1. ^ a b "Planetarium Melaka". Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  2. ^ a b c Nas Norziela Nasbah (11 Ogos 2009). "Keunikan Planetarium Melaka". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  3. ^ a b "Planetarium Melaka tak selamat: Exco". Sinar Harian. 29 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  4. ^ Noraini Razak (20 November 2018). "Siling kapur ruang pameran Planetarium Melaka runtuh". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  5. ^ a b "Planetarium dinaik taraf sebagai pusat setempat pelancongan Melaka". Astro Awani. 2 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2023. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  6. ^ Amir Mamat (3 Disember 2020). "Teksi air tarikan terbaharu Sungai Melaka". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2020. Dicapai pada 30 Ogos 2024.
  7. ^ Liana Sahabudin (19 April 2023). "Segera selesai projek sakit – KM". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  8. ^ a b "Planetarium Melaka bernilai RM19.9 juta berupaya menarik kedatangan pelancong". Melaka Hari Ini. 27 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2007. Dicapai pada 4 September 2024.
  9. ^ "LCH ARCHITECT". Pertubuhan Arkitek Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 4 September 2024.
  10. ^ a b Nas Norziela Nasbah (11 Ogos 2009). "Keunikan Planetarium Melaka".
  11. ^ "Information about Melaka Planetarium Adventure Science Centre". Safarway. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2024. Dicapai pada 3 September 2024.
  12. ^ a b c "Planetarium Melaka tak selamat?". Sinar Harian. 21 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2024. Dicapai pada 3 September 2024.
  13. ^ "Pluto". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2024. Dicapai pada 3 September 2024.
  14. ^ "2010 Space Fair". Planetarium Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2010. Dicapai pada 3 September 2024.
  15. ^ a b "Siling kapur ruang pameran Planetarium Melaka runtuh". Astro Awani. 20 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 3 September 2024.
  16. ^ a b Nur Saliawati Salberi (20 November 2018). "Struktur bumbung Planetarium Melaka runtuh". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 3 September 2024.
  17. ^ a b "Siling kapur ruang pameran Planetarium Melaka runtuh". Malaysiakini. 21 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 3 September 2024.
  18. ^ a b Fairuz Zaidan (23 Januari 2019). "Planetarium Melaka tak selamat - EXCO". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2024. Dicapai pada 3 September 2024.
  19. ^ a b Fairuz Zaidan (23 Januari 2019). "Bangunan Planetarium Melaka tidak selamat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2020. Dicapai pada 3 September 2024.
  20. ^ a b Mohd Hilmie Hussin (26 Januari 2019). "Planetarium Melaka tidak dirobohkan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2023. Dicapai pada 3 September 2024.
  21. ^ "RM374m to boost Melaka's tourism, says CM". The Malaysian Reserve. 25 Julai 2019. Dicapai pada 4 September 2024.
  22. ^ a b "Malacca to rebrand planetarium building after upgrade". The Sun. 1 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2024. Dicapai pada 3 September 2024.
  23. ^ "Melaka to rebrand planetarium building after upgrade". Bernama. 1 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2024. Dicapai pada 3 September 2024.


Pautan luar

  • Laman Facebook rasmi
  • l
  • b
  • s
Politik
  • DUN Ayer Keroh
  • Parlimen Hang Tuah Jaya
Kesihatan
Keagamaan
Pendidikan
Rendah
Menengah
Tinggi
Pelancongan
Rekreasi
Pameran
Jerayawara
Jalan / Lebuh raya