Ayer Keroh

Koordinat: 2°16′N 102°17′E / 2.267°N 102.283°E / 2.267; 102.283

Ayer Keroh
ايير كروه
Bandar
Pintu Gerbang Ayer Keroh
Pintu Gerbang Ayer Keroh
Bendera Ayer Keroh ايير كروه
Bendera
Mohor rasmi Ayer Keroh ايير كروه
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pembentukan bandar
satelit
1968
DaerahMelaka Tengah
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah71,392
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilihat
Poskod
75450

Ayer Keroh ialah sebuah bandar yang terletak di mukim Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Kawasannya meliputi dari tol Ayer Keroh sehingga ke Persimpangan Tun Ghaffar Baba. Ayer Keroh bersempadan dengan Bukit Beruang dan Bukit Katil. Kawasan ini telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Melaka sekarang. Ayer Keroh terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur dan 4 jam dari Johor Bahru.

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,(JKKN) Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Melaka telah mula dibina pada bulan Jun 2003 dan telah siap dibina pada bulan Disember 2004 diatas tanah berukuran 9.0 ekar di atas sebahagian Lot 12332 Mukim Bukit katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kompleks JKKN Melaka ini terletak 1 Km dari Plaza tol Ayer Keroh dan bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia serta berhampiran dengan Komplek Kraf Melaka.

Sebagai usaha untuk mengekalkan budaya dan seni Malaysia, kraftangan juga salah satu lambang budaya dan seni Malaysia yang tiada di luar negara. Di Komplek Kraf Melaka terdapat sebuah syarikat pemasaran yang bermain peranan penting dalam usahasama antara organisasi kerajaan dan swasta untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Malaysia mahupun pelancong luar Malaysia.


Sejarah

Pembangunan awal

Nama Ayer Keroh mula muncul pada zaman pemerintahan British menerusi pentadbiran Negeri-Negeri Selat[1]. Pada tahun 1891, British memilih Ayer Keroh sebagai lokasi pembinaan sebuah empangan baharu bagi menggantikan perigi sedia ada di Bukit Cina dalam membekalkan sumber air bersih kepada penduduk sekitar Melaka[1]. British merancang untuk membina sebuah empangan yang mampu menampung sehingga 3,785,411 liter air bersih melalui paip sambungan secara terus ke loji simpanan air yang terdapat di Bukit St. Paul[2] (kini Bukit Melaka[3]). Analisis yang dijalankan kerajaan pada ketika itu juga mendapati sumber air di Ayer Keroh memiliki kualiti yang sangat bagus[2].

Pada 20 Mei 1893, Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu merasmikan pembukaan empangan Ayer Keroh[4]. Dalam majlis itu juga, beliau mencadangkan nama Ayer Keroh ditukarkan kepada Ayer Salak kerana berpendapat makna Ayer Keroh itu kurang sesuai digunakan[5][6]. Empangan itu terletak di bahagian timur laut banjaran Bukit Beruang, dengan keluasan sehingga 35 ekar[4].

Pada tahun 1901, pentadbiran Negeri-Negeri Selat merancang untuk membangunkan sebuah ladang getah seluas 125 ekar di dalam kawasan hutan simpan Ayer Keroh[7] yang pada ketika itu berkeluasan kira-kira 6,000 ekar[8] dengan penanaman pokok getah dari jenis Gutta Percha (atau nama saintifiknya Dichopsis gutta[9]). Pada awalnya, sebanyak 13,600 anak pokok ditanam di sana[8]. Sebelum penanaman secara besar-besaran, pihak perhutanan telah menanam kira-kira 500 anak pokok[10] yang dibawa dari Pulau Pinang di kawasan hutan sekunder bagi mengkaji kesesuaian tanah di situ[9]. Pada tahun 1903, pihak British tidak bercadang untuk mendapatkan anak pokok getah dalam masa terdekat kerana mereka mengalami kesukaran dalam mendapatkan anak pokok getah yang sesuai ditanam di ladang Ayer Keroh[11]. Ia kerana anak pokok yang dibawa dari Borneo dan Sumatera tiga tahun lalu tidak menunjukkan perkembangan yang baik, walaupun anak pokok yang dibawa dari Pulau Pinang menunjukkan hasil yang positif iaitu hanya 7,000 anak pokok daripada keseluruhan 60,000 anak pokok berada dalam keadaan sihat[11].

Bandar satelit

Pada bulan November 1968, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Haji Talib bin Karim mengumumkan rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah perbandaran satelit di kawasan Kampung Ayer Keroh[12]. Bandar Ayer Keroh yang akan dibangunkan ini menelan kos sebanyak $30 juta, meliputi kawasan seluas 700 ekar[12][13]. Ayer Keroh dijadikan sebagai bandar satelit bagi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat saban hari di bandar Melaka[12]. Syarikat Peranchang Perumahan Ayer Keroh Sdn. Bhd. diberi tanggungjawab membangunkan bandar satelit Ayer Keroh[13].

Pada bulan Mei 1969, fasa pertama pembangunan bandar Ayer Keroh telah dimulakan dengan pembinaan sebanyak 600 unit perumahan dan 6 buah kilang perindustrian[14]. Jenis unit perumahan yang dibina termasuklah 270 unit rumah teres, 250 unit rumah berkembar dan 80 unit banglo[14][15] dan jualan unit perumahan itu ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah sendiri. Kerajaan negeri juga menggelar bandar satelit Ayer Keroh sebagai "Bandar Bahagia"[15]. Selain membangunkan kawasan perumahan, kerajaan Melaka juga sedang merancang untuk membangunkan projek kawasan perindustrian Ayer Keroh[16] yang meliputi kawasan seluas 120 ekar[17].


Pentadbiran kerajaan

Negeri

Salah satu blok dalam Kompleks Seri Negeri.

Terdapat banyak jabatan kerajaan negeri yang berfungsi dari Ayer Keroh, namun pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka biasanya berpusat di Kompleks Seri Negeri[18]. Di kompleks itu, ia menempatkan Jabatan Ketua Menteri Melaka[19], Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan[20] dan Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka. Ayer Keroh juga menjadi tumpuan Ahli Dewan Undangan Negeri kerana Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diadakan di Dewan Undangan Negeri yang terletak di dalam Kompleks Seri Negeri[21].

Wisma Negeri yang terletak di Jalan MITC menempatkan Pejabat Tanah dan Galian[22], Jabatan Pengairan dan Saliran[22], Jabatan Pertanian[22], Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah[23] dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa[22]. Bangunan ini juga menempatkan sebuah agensi kerajaan iaitu Perbadanan Teknologi Hijau Melaka[24].

Ada juga jabatan kerajaan negeri yang tidak berada di kedua-dua bangunan tersebut, namun ianya terletak di sekitar Ayer Keroh. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat di negeri Melaka menempatkan pejabat mereka di bangunan Kota Cemerlang[25] yang terletak berhampiran persimpangan Jalan MITC - Jalan Seri Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Melaka pula terletak berhampiran dengan Taman Botanikal Melaka, di mana ia juga menempatkan Pejabat Renjer Hutan Melaka Tengah[26].

Persekutuan

Selain pentadbiran kerajaan negeri, Ayer Keroh juga menempatkan hampir kesemua jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan. Menara Persekutuan Melaka yang terletak berdekatan dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) siap dibina pada tahun 2010 dengan kos sebanyak RM208 juta[27], menggantikan bangunan Wisma Persekutuan yang terletak di Jalan Hang Tuah[28]. Jabatan dan agensi persekutuan mula memindahkan operasi mereka ke Ayer Keroh bermula Jun pada tahun yang sama[28]. Pada bulan Mac 2013, Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pembukaan Menara Persekutuan[27].

Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang menempatkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara terletak di pinggir Jalan Seri Negeri[29]. Dalam bidang pendidikan pula, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh[30], di samping terdapat bangunan Kuarters Institusi Pendidikan yang menempatkan beberapa sektor dalam Jabatan Pendidikan Melaka di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pendidikan

Rendah dan menengah

Pemandangan sekitar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah yang terletak di atas bukit.

Sehingga 2024, terdapat sebanyak tiga buah sekolah untuk pendidikan rendah dan tiga buah sekolah untuk pendidikan menengah. Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh[31] dan Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin[32] ialah sekolah kebangsaan kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Manakala, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ayer Keroh ialah sekolah jenis kebangsaan cina terletak di Jalan Ayer Keroh Lama dan ia juga dikelolakan oleh KPM. Setakat tahun 2024, enrolmen pelajar di peringkat pendidikan rendah menunjukkan seramai 2,697 bilangan murid direkodkan sedang menduduki pendidikan rendah di sekolah-sekolah sekitar Ayer Keroh[33].

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ialah sekolah untuk pendidikan menengah dan salah satu daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Nama sekolah ini diambil bersempena dengan nama Sultan Muzaffar Syah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka[34]. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh[35] pula merupakan sekolah harian tanpa asrama yang terletak di Taman Tasik Utama, menawarkan pendidikan menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setakat tahun 2024, enrolmen pelajar di peringkat pendidikan menengah menunjukkan seramai 1,933 bilangan murid direkodkan sedang menduduki pendidikan menengah di sekolah-sekolah sekitar Ayer Keroh[33].

UUM International School (UUMISM) ialah sebuah sekolah antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2018, terletak di Ayer Keroh Golf & Country Club[36]. Sekolah ini merupakan rakan kongsi kepada Universiti Utara Malaysia[37] serta menawarkan program pendidikan menengah yang menggunakan kurikulum IGCSE Cambridge[38]. Sekolah ini juga pernah mengendalikan kejohanan golf di peringkat antarabangsa[39].

Pendidikan tinggi

Kampus Teknologi UTeM di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta ditubuhkan di Ayer Keroh dengan setiap satunya menawarkan program pendidikan tinggi yang berbeza di antara satu sama lain. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ialah sebuah Universiti Awam (UA) yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan UA ke-14 yang beroperasi[40]. Pada awal penubuhannya, kampus utama beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia, sebelum berpindah secara berperingkat ke kampus induk tetap yang terletak di Durian Tunggal, kira-kira 10 kilometer dari Ayer Keroh. Kini, bekas kampus utama itu dikenali sebagai Kampus Teknologi[41], yang menempatkan beberapa fakulti berkaitan kejuruteraan dan teknologi mekanikal dan pembuatan serta keusahawanan[42].

Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) ialah institusi pendidikan tinggi swasta yang dimiliki oleh kerajaan Negeri Melaka[43]. Kolej ini beroperasi dari Kompleks Yayasan Belia Sedunia yang terletak di tepi Lebuh Ayer Keroh[44]. MiCoST menawarkan program diploma dalam bidang sains kesihatan[45] dan pendidikan awal[46].


Kesihatan

Hospital Pantai Ayer Keroh

Terdapat beberapa fasiliti kesihatan awam dan swasta di Ayer Keroh. Klinik Kesihatan Ayer Keroh ialah sebuah klinik kesihatan awam yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dan rawatan awal kepada penduduk sekitar. Antara kemudahan lain yang disediakan seperti perkhidmatan Sinar-X dan ambulans[47]. Pada bulan April 2023, waktu operasi klinik ini telah diubah di mana ianya mula dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari bagi pengoperasian pada hari Sabtu[48], manakala pada hari biasa, waktu operasi telah dilanjutkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam[49].

Hospital Pantai Ayer Keroh ialah hospital swasta yang terletak di Persimpangan Istana Melaka mula beroperasi pada tahun 1995[50]. Hospital ini mempunyai sebanyak 360 bilangan katil dan 10 dewan bedah[50]. Hospital ini pernah menawarkan perkhidmatan saringan COVID-19 secara pandu lalu yang pertama di Melaka[51].

Selain itu, terdapat juga beberapa bilangan klinik kesihatan swasta di sekitar Ayer Keroh[52][53] dan menawarkan perkhidmatan khusus seperti pergigian[54].


Pelancongan

Taman Botanikal Melaka

"Kampung Buku Malaysia" di Taman Botanikal Melaka.

Taman Botanikal Melaka sebelum ini dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh[55] terletak di tepi M29 Lebuh Ayer Keroh. Taman ini berkeluasan sebanyak 92.5 hektar dan merupakan idea cetusan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam yang kini memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka[56] ialah sebuah kawasan hutan rekreasi yang biasanya digunakan untuk tujuan riadah. Pada bulan Ogos 2020, pengurusan Taman Botanikal Melaka diambil alih oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) daripada Jabatan Hutan[57].

Terdapat beberapa pameran yang terletak di taman ini seperti "Kampung Buku Malaysia" yang bertujuan menarik pengunjung untuk membaca buku[58]. Hanya dua lokasi "Kampung Buku Malaysia" setakat tahun 2019, iaitu di taman ini dan di Langkawi, Kedah[58]. Selain itu, pameran mengenai spesis lebah juga diadakan di Galeri Lebah Melaka yang mula beroperasi pada tahun 2013[59]. Galeri ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai spesis lebah madu serta habitat dan cara memproses madu asli[59]. Taman Botanikal Melaka juga menempatkan Medan Kraftangan Taman Botanikal iaitu beberapa unit kedai yang menjual pelbagai produk kraftangan tradisional[60].

Zoo Melaka

Pintu gerbang ke Zoo Melaka & Night Safari

Zoo Melaka & Night Safari ialah sebuah fasiliti di mana pelbagai spesis flora dan fauna ditempatkan bagi tujuan pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai dan menjadi tempat konservatif sama ada dibiakkan untuk tujuan pemuliharaan[61][62] atau perlindungan hidupan liar terutamanya spesis yang hampir pupus. Zoo ini berkeluasan 54 ekar serta bersempadan dengan Taman Botanikal Melaka di bahagian utara, sebuah tasik buatan dan padang golf milik Ayer Keroh Golf & Country Club di bahagian selatan, kawasan hutan di bahagian barat dan Malaysia Heritage Studios (dulu dikenali dengan nama Taman Mini Malaysia dan ASEAN[63]) di bahagian timur[64]. Zoo Melaka diiktiraf sebagai zoo kedua terbesar di Malaysia serta merupakan tarikan pelancongan rekreasi paling tertua di negeri Melaka[65].

Setakat Januari 2024, terdapat lebih daripada 1,200 ekor haiwan daripada 214 spesis berada di dalam zoo ini di mana kebanyakkan haiwan berasal dari kawasan Asia Tenggara, Afrika dan Australia[66]. Antara spesis haiwan yang berjaya dibiakkan di Zoo Melaka seperti Beruang Matahari (Helarctos malayanus)[67] dan orang utan[61]. Selain itu, zoo ini juga pernah dijadikan sebagai lokasi rintis pembiakan spesis Harimau Malaya pada tahun 2022[68].

Pada 1 Januari 2013, pengurusan Zoo Melaka dikendalikan oleh syarikat swasta, Konsortium KKW Sdn. Bhd. dan dijenamakan kepada Zoo Melaka dan Safari Night[69], namun pada 1 Oktober 2018, ianya telah berpindak milik ke kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)[70]. Zoo Melaka dipilih antara lokasi pelancongan pada waktu tengah malam menerusi program Tahun Melawat Melaka 2024, di mana waktu operasi zoo dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi[71].


Pusat membeli-belah

Ayer Keroh mempunyai beberapa pusat membeli-belah yang terkemuka. Antaranya ialah:

  1. Jusco Ayer Keroh
  2. Mydin Mall MITC Melaka
  3. Melaka Mall

Melaka Mall menempatkan beberapa pusat membeli-belah yang lain. Antaranya ialah Parkson, Giant dan panggung wayang MBO. Ia juga menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.


Wakil rakyat

DUN Ayer Keroh, Melaka dimenangi oleh pembangkang, Khoo Poay Tiong dari parti DAP semasa Pilihan raya umum Malaysia 2008.


Rujukan

  1. ^ a b "THE MALACCA WATERWORKS.". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 26 November 1891. m/s. 6. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  2. ^ a b "THE MALACCA WATERWORKS.". The Straits Independent and Penang Chronicle. 25 November 1891. m/s. 5. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  3. ^ "Melaka says changing name of St Paul's Hill to Bukit Melaka not attempt to rewrite history". Malay Mail. 3 Mac 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2022. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  4. ^ a b "THE NEW MALACCA WATERWORKS". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 23 Mei 1893. m/s. 3. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  5. ^ "The Opening of the Malacca Water Works". Daily Advertiser. 23 Mei 1893. m/s. 2. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  6. ^ "Ayer Salak (Waterworks.)". Bintang Timor. 18 Julai 1894. m/s. 3. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  7. ^ V, Jeyanny. "FERTILISER USE IN MALAYSIAN FOREST PLANTATIONS–TRENDS OF THE PAST AND STRATEGIES FOR THE FUTURE ". Journal of Tropical Forest Science. 34 (4 (2022)): 426–438. doi:10.26525/jtfs2022.34.4.426. ISSN 2521-9847. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  8. ^ a b "Malacca in 1901.". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 6 Mei 1902. m/s. 3. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  9. ^ a b "FOREST RESERVES IN THE STRAITS SETTLEMENTS". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 6 Jun 1901. m/s. 3. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  10. ^ Leng Guan, Saw; Yen Yen, Sam. "CONSERVATION OF DIPTEROCARPACEAE IN PENINSULAR MALAYSIA" (PDF). Journal of Tropical Forest Science. 12 (3 (1999)): 593–615. doi:10.26525/jtfs2022.34.4.426. ISSN 2521-9847. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  11. ^ a b "Malacca in 1901.". The Straits Budget. 23 Jun 1904. m/s. 5. Dicapai pada 31 Julai 2024.
  12. ^ a b c "$30 juta untok 'Satelite Town' Melaka". Berita Harian. 25 November 1968. m/s. 7. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  13. ^ a b "Melaka akan dirikan Satelite Town sendiri". Berita Harian. 13 September 1968. m/s. 7. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  14. ^ a b "Projek membuka 'Anak' Bandar Melaka di-mula". Berita Harian. 3 Julai 1969. m/s. 2. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  15. ^ a b "'Satellite Town' Melaka peringkat pertama di-bena". Berita Harian. 26 Ogos 1969. m/s. 8. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  16. ^ Rahmat, Muhammad Hafizi; Zainol, Salina; Mat Isa, Siti Sarah (10 November 2021). "Strategi Pembangunan Sektor Perindustrian di Melaka 1972-1980". Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. 13 (2 (2021)): 13–21. doi:10.37134/perspektif.vol13.2.2.2021. ISSN 2462-2435. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  17. ^ "Melaka kaji permohonan kilang Ayer Keroh". Berita Harian. 15 Mac 1970. m/s. 16. Dicapai pada 6 Ogos 2024.
  18. ^ Shuhada Abdul Kadir (1 Oktober 2020). "ADUN Melaka dipercayai positif COVID-19, Kompleks Seri Negeri diarah tutup". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  19. ^ Norafiqah Jamal (28 April 2023). "Lawatan Pemimpin Kanan China, intai pelaburan di Melaka – KM". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2023. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  20. ^ "Jabatan Kerajaan Negeri". Kerajaan Negeri Melaka. 14 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2024. Dicapai pada 14 Ogos 2024.
  21. ^ Liana Sahabudin (13 Julai 2022). "DUN Melaka bersidang 25-27 Julai". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2023. Dicapai pada 14 Ogos 2024.
  22. ^ a b c d Muhd Rizanizam (11 Ogos 2021). "Bangunan Wisma Negeri MITC ditutup esok". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2021. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  23. ^ Reza A Hamid (10 Mei 2022). "Bangunan Wisma Negeri Melaka 'banjir' selepas terbakar". MalaysiaGazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2022. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  24. ^ Muhammad Shahizam Tazali (2 April 2024). "Penerapan amalan hijau PKS di Melaka masih rendah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2024. Dicapai pada 14 Ogos 2024.
  25. ^ Amran Mulup (11 Mei 2023). "JKM Melaka lancar kod QR, jamin masalah selesai 7 hari". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023. Dicapai pada 14 Ogos 2024.
  26. ^ "HUBUNGI KAMI". Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2024. Dicapai pada 14 Ogos 2024.
  27. ^ a b "Kerajaan Tidak Pernah Arah Anggota Keselamatan Lakukan Sandiwara - PM". mStar. 9 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2024. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  28. ^ a b "Jabatan, agensi persekutuan di Melaka pindah". The Borneo Post. 3 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  29. ^ Nor Farhana Yaacob (30 Disember 2019). "Kompleks KDN Melaka lengang". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
  30. ^ "Pejabat Pelajaran Daerah". Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. 14 Ogos 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2021. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
  31. ^ Liana Sahabudin (1 Mac 2021). "Murid Tahun 1 teruja kembali ke sekolah". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2021. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  32. ^ Nor Farhana Yaacob (4 Oktober 2021). "Murid pendidikan khas gembira kembali ke sekolah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2022. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  33. ^ a b "PowerBI - MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  34. ^ Farah Suhaidah Othman (15 Mei 2023). "Melaka perintis laksana kajian tokoh di sebalik nama sekolah – Ketua Menteri". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2023. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  35. ^ Nor Farhana Yaacob (20 Januari 2021). "13,964 pelajar calon peperiksaan mulakan sesi persekolahan di Melaka". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  36. ^ "UUM International School Melaka (UUMISM)". Education Destination Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2023. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  37. ^ "UUM-UTeM TO EXPAND COOPERATION FOR THE BENEFIT OF BOTH INSTITUTIONS" (Siaran akhbar). Universiti Utara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  38. ^ "UUM INTERNATIONAL SECONDARY SCHOOL MELAKA". Universiti Multimedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2023. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  39. ^ "Record Field for Selangor Junior Meet". Konfederasi Golf Asia-Pasifik. 12 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  40. ^ "UTeM kini berusia 20 tahun, catat banyak kejayaan". MalaysiaGazette. 18 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2021. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  41. ^ "UTeM Naik Taraf Kelajuan Internet Kepada 13 Gbps Bagi Kampus Induk dan Kampus Teknologi" (Siaran akhbar). UTeM. 24 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  42. ^ "e-Panduan UPUOnline". Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  43. ^ "MoU DUA AKADEMI TERNAMA, MiCost TINGKAT KEBOLEHPASARAN PELAJAR". Majlis Keselamatan Negara Malaysia. 28 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  44. ^ "Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST)". Agensi Kelayakan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2019. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  45. ^ Nazri Abu Bakar (23 Februari 2019). "Sebak terima skrol anak (METROTV)". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  46. ^ Norafiqah Jamal (6 Mac 2023). "MiCoST, universiti Indonesia jalin MoU pertukaran pelajar". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2023. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  47. ^ Elissa Helmy (9 Mei 2011). "Majoriti ADUN Melaka gemuk". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2011. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  48. ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (29 April 2023). "Enam klinik kesihatan Melaka beroperasi hingga 1 tengah hari pada Sabtu". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2023. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  49. ^ Muhammad Najieb Ahmad Fuad (10 Mac 2023). "Waktu operasi klinik kesihatan dipanjangkan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2023. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  50. ^ a b "FACILITIES AT PANTAI HOSPITAL AYER KEROH IMPROVED TO OFFER BEST SPECIALIST SERVICES". Bernama. 16 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2024. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  51. ^ "Pantai Hospital Ayer Keroh offers first Covid-19 drive-through screening services in Melaka". New Straits Times. 13 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2020. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  52. ^ RSN Murali (14 Oktober 2022). "Doctor fulfils pledge with clinic for the needy". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  53. ^ Mohd Faiz Abu Hasan (26 Mac 2022). "Perkhidmatan X-ray Hospital Putra guna teknologi pendigitalan terkini". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2022. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  54. ^ Raja Noraina Raja Rahim (20 Mac 2019). "Terbaiklah, doktor!". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2023. Dicapai pada 23 Julai 2024.
  55. ^ Anansa Jacob (10 September 2021). "Get back to nature". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  56. ^ "Melaka Botanical Garden". Tourism Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  57. ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (14 Ogos 2020). "MPHTJ 'ubah wajah' Taman Botanikal Melaka". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  58. ^ a b Nor Farhana Yaacob (23 April 2019). "Melaka teruskan kemudahan Kampung Buku". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2019. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  59. ^ a b "Melaka Bee Gallery a great experience for visitors". New Straits Times. 9 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2022. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  60. ^ Nuraliawati Sabri (12 Februari 2023). "Zoo Melaka, Taman Botanikal Ayer Keroh ditutup esok selepas terjejas ribut". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2023. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  61. ^ a b Mohd Faiz Abu Hasan (19 Julai 2024). "Konservasi orang utan di Zoo Melaka". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  62. ^ "zoo". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Julai 2024.
  63. ^ "MASUK PERCUMA DI MALAYSIA HERITAGE STUDIOS, 20 FEBRUARI INI". Majlis Keselamatan Negara Malaysia. 6 Februari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  64. ^ Zainal, Zahari; A, Mohd Tajuddin; Daim, Mohd Shariff; Yasak, Mohd Nawayai. "Introduction of the green peafowl (Pavo muticus muticus) in the vicinity of Zoo Melaka, Malaysia - a preliminary observation" (PDF). Journal Of Wildlife And Parks. 19 (Disember 2001): 1–5. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  65. ^ RSN Murali (8 Mac 2024). "RM4mil allocated for upgrading Melaka Zoo, says MPHTJ president". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  66. ^ "Facelift for gateway to Melaka". The Star. 2 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  67. ^ RSN Murali (5 Ogos 2023). "Sun bears at Melaka Zoo are real, says Melaka rep". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  68. ^ Nursaliawati Salberi (7 Januari 2022). "Zoo Melaka perintis pembiakan Harimau Malaya". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2023. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  69. ^ "Zoo Melaka tutup 2 minggu bagi proses tukar pengurusan". Malaysiakini. 1 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  70. ^ "MPHTJ ambil alih Zoo Melaka, Taman Burung". Malaysiakini. 1 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  71. ^ "Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok". Astro Awani. 31 Mei 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2024. Dicapai pada 29 Julai 2024.
  • l
  • b
  • s
Ayer Keroh, Melaka
Politik
  • DUN Ayer Keroh
  • Parlimen Hang Tuah Jaya
Kesihatan
Keagamaan
Pendidikan
Rendah
Menengah
Tinggi
Pelancongan
Rekreasi
Pameran
Jerayawara
Jalan / Lebuh raya
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Tuan Yang Terutama
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Melaka
Alor Gajah
Jasin
Melaka Tengah
Lihat juga: Mukim di Melaka
Peringkat ketiga
Bandar baru
Kawasan perumahan
Kampung
Kampung baru
  • Desa Taboh Naning
  • Kampung Baru Ayer Keroh
  • Kampung Baru Air Salak
  • Kampung Baru Bertam Ulu
  • Kampung Baru Bukit Beruang
  • Kampung Baru Bukit Katong
  • Kampung Baru Bukit Rambai
  • Kampung Baru Gunung Emas
  • Kampung Baru Lendu
  • Kampung Baru Machap Baru
  • Kampung Baru On Lok
  • Kampung Baru Parit Keliling
  • Kampung Baru Paya Mengkuang
  • Kampung Maju Pondok Batang
  • Kampung Baru Simpang Bekoh
  • Kampung Baru Sungai Udang
  • Kampung Baru Tanjung Minyak
  • Kampung Baru Tiang Dua
  • Kampung Permai
Tanah rancangan
FELDA Gugusan
Tun Ghafar
  • FELDA Tun Ghafar Air Kangkong
  • FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
  • FELDA Tun Ghafar Kemendor
  • FELDA Tun Ghafar Machap
  • FELDA Tun Ghafar Menggong
Bahagian perundangan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P134 Masjid Tanah
N01 Kuala Linggi
N02 Tanjung Bidara
N03 Ayer Limau
N04 Lendu
N05 Taboh Naning

P135 Alor Gajah
N06 Rembia
N07 Gadek
N08 Machap Jaya
N09 Durian Tunggal
N10 Asahan

P136 Tangga Batu
N11 Sungai Udang
N12 Pantai Kundor
N13 Paya Rumput
N14 Kelebang

P137 Hang Tuah Jaya
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
N17 Bukit Katil
N18 Ayer Molek

P138 Kota Melaka
N19 Kesidang
N20 Kota Laksamana
N21 Duyong
N22 Bandar Hilir
N23 Telok Mas

P139 Jasin
N24 Bemban
N25 Rim
N26 Serkam
N27 Merlimau
N28 Sungai Rambai

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Israel
  • Amerika Syarikat