Hazeeq Dean

Hazeeq Dean
Kelahiran
Mohamad Haziq bin Nazimuddin

(1997-07-05) 5 Julai 1997 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainHaziq Nazimuddin, Hazeeq Dean
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2020–kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)

Mohamad Haziq Nazimuddin atau lebih dikenali sebagai Hazeeq Dean (lahir 5 Julai 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Kehidupan awal

Hazeeq Dean dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Julai 1997 dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Kerjaya

Kerjaya Hazeeq Dean bermula pada tahun 2020 apabila beliau menjadi salah satu finalis Hero Remaja 2020. Sebagai seorang finalis , beliau berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kelima terbaik dalam program berkenaan.

Kerjaya lakonan beliau mula dikenali pada tahun 2021 ketika beliau menjadi pelakon drama Ratu Ten Pin di Astro Ria memegang watak sebagai Khalid namun beliau lebih dikenali sebagai Ariz menerusi Projek: High Council yang ditayangkan di Astro Ria.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Ratu Ten Pin Khalid Astro Ria Drama pertama
2022 Cinta Amnesia Yassin TV3
Do You Love Me, Captain? Hakim
Kerana Aku Isteri Bidaan
The Maid 2 Kasri Astro Ria
2023 Projek: High Council Ariz
Andai Itu Takdirnya Rudy
Chinta Wrong Direction Saiful
Sempurnakah Cinta Kita? Fariz Awesome TV
2024 Menanti Senja Taufiq TV3

Drama web

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2024 Leha, Leya Lawa Hassan Tonton Drama pertama

Rujukan

Pautan luar