Aniq Suhair

Aniq Suhair
Kelahiran
Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh

(2000-12-21) 21 Disember 2000 (umur 23)
Kajang, Selangor, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan (Pemasaran)
Pusat pendidikanCity University, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2019–kini

Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh (lahir 21 Disember 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3]

Kerjaya

Aniq Suhair menghadirkan dirinya ke ujibakat Hero Remaja 2019/2020 tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Bermula disitulah beliau mengenali rakan-rakan seperjuangan termasuk Nadhir Nasar dan Meerqeen. Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas di TV3, ini kemudian diikuti oleh Lelaki Lingkungan Cinta dan Tak Sempurna Mencintaimu.[2] Beliau kemudian membintangi filem pertamanya, Banglo Seksyen 12, seterusnya muncul dalam telefilem Dolla Watch Me Glow.

Kehidupan peribadi

Aniq Suhair ialah anak sulung daripada empat beradik. Beliau menyifatkan dirinya seorang introvert kerana lebih selesa bersendirian dan kurang bersosial. Aniq ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan (Pemasaran) di City University, Kuala Lumpur.[2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Banglo No. 12 Filem pertama
2021 Chomel Zain

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Kebaya Kasut Kanvas Razi TV3
Lelaki Lingkungan Cinta Ariff
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Safwan
Budak Intern Adrian TV9
Tahyul Afiq TV3
2022 Life Lila Zakaria
Wan Senja Azman
The Maid 2 Sa'abon Astro Ria
Sekali Lagi Cinta Kembali Hayyat TV3
Kampung People 3 Darwish
2023 Liar Noah Aiman Astro Ria
Bunga Haris TV3
Journal Sara-haeyo Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Dolla Watch Me Glow Nick Astro Citra
2022 Sempurna Mencintaimu Safwan TV3
2023 Kami TV Astro Citra
2024 Enam Sebelah Tonton

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2021 MBuzz Pengacara TV3
2022 Terpaling Juara Artis jemputan Bersama Siti Khadijah Halim

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2021 Safi: Raya Kau Hijau bersama Amy Mastura dan Iman Suhana sebagai Kai
2022 Safi: Raya Kau Hijau 2.0 bersama Amy Mastura, Jaja Iliyes & Amyra Rosli sebagai Kai
McDonald's: Adakah Dia Menemui Cinta Klasik?
McDonald's: Nikmat Cinta Klasik
McDonald's: Kak Long Balik Muar bersama Nadiya Nisaa sebagai Azlan (Adik Bongsu)
2023 Safi Raya Supa Vass: Jodoh Syafiderella bersama Sofea Shra, Kilafairy, Jaja Iliyes & Ainaa Azhari sebagai Amir

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2019 "Gadees" Zaim Ajmal
2020 "Tak Mau Mau" Aidilia Hilda
2022 "7 Perkara"
"Ku Cuba" Hariz Fayahet

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah BBNU Tonton Menang
Pasangan Drama Terbaik Dirinya sendiri (bersama Siti Khadijah Halim) Tercalon

|}

Rujukan

  1. ^ Nana (23 Februari 2021). "Tak harap tawaran semata-mata, Aniq Suhair sedia 'back-up plan'". Remaja. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  2. ^ a b c Sairul Zamri Misrani (11 Januari 2021). "Laluan mudah Aniq Suhair". Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  3. ^ Norhayati Nordin (9 Januari 2021). "Jadual Aniq terlalu padat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2021.

Pautan luar