Anjing Lap Sweden

Anjing Lap Sweden
Nama lainLapphund Sweden
Negara asalSweden
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Lap Sweden atau lapphund Sweden[a] ialah satu baka anjing daripada jenis spits dari Sweden, salah satu daripada tiga baka anjing Lap atau lapphund yang dikembangkan daripada sejenis anjing yang digunakan oleh orang Sami untuk penggembalaan dan penjagaan rusa kutub mereka. Ungkapan "sang jelita hitam Norrland" sangat kerap diatributkan kepada lapphund Sweden yang paling berkemungkinan merupakan salah satu baka tertua Sweden.

Zuriat

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[1][2] Subklad d1 berasal "paling lama dari 480–3,000 tahun lalu" dan ditemukan pada semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[3] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[4]

Perihal

Seperti semua anjing spits pada umumnya, anjing Lap Sweden memerlukan pengasuhan stabil dan rangsangan mental dan fizikal nalar untuk berprestasi terbaik. Sebagai anjing pekerja, ia menunjukkan keserbagunaannya di sebilangan bidang berlainan. Banyak anjing berjaya bersaing dalam disiplin yang sangat berlainan seperti kepatuhan, ujian ketangkasan anjing, pertandingan kerja, gaya bebas/heelwork menurut muzik, rally obedience, dan penjejakan darah. Anjing Lap Sweden juga dapat menyertai acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Lapphund yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[5]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing
  • Anjing Lap Finland
  • Anjing gembala Lapland

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ لڤ سوءيدن; لڤهون سوءيدcode: ms is deprecated ; Svensk: svensk lapphundcode: sv is deprecated ; bahasa Inggeris: Swedish lapphundcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ Pang, Jun-Feng; Klütsch, Cornelya F. C.; Zou, Xiao-Ju; Zhang, Ai-Bing; Luo, Li-Yang; Angleby, Helen; Ardalan, Arman; Ekstrom, Camilla; Skollermo, Anna; Lundeberg, Joakim; Matsumura, Shuichi; Leitner, Thomas; Zhang, Yaping; Savolainen, Peter (1 September 2009). "mtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves" [Data mtDNA Menunjukkan Satu Asal Usul Tunggal untuk Anjing di Selatan Sungai Yangtze, Kurang daripada 16,300 Tahun Lalu, daripada Banyak Serigala]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. ISSN 1537-1719. PMC 2775109. PMID 19723671.
  2. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN 1872-4973. PMID 26218982.
  3. ^ Klütsch, Cornelya F. C.; Savolainen, Peter (18 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing-serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 6 (1): 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. ISSN 1878-7517. PMC 3040290. PMID 20497152.
  4. ^ Thalmann, Olaf; Shapiro, Beth; Cui, P.; Schuenemann, V. J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpré, Mietje B.; Sablin, Mikhail V.; López-Giráldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, H.; Uerpmann, H. P.; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, L.; Schmitz, R. W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, A.; Graphodatsky, A. S.; Ovodov, N. D.; Wahlberg, N.; Freedman, Adam H.; Schweizer, Rena M.; Koepfli, Klaus-Peter; Leonard, Jennifer A.; Meyer, M.; Krause, J.; Pääbo, S.; Green, R. E.; Wayne, Robert K. (15 November 2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs" [Genom Mitokondrion Lengkap bagi Canid Purba Mencadangkan Asal Usul Anjing Bela Jinak di Eropah]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 342 (6160): 871–874. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. hdl:10261/88173. ISSN 0036-8075. PMID 24233726. S2CID 1526260.
  5. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou
  • l
  • b
  • s