Anjing Hällefors

Anjing Hällefors
Seekor anjing Hällefors, jantan perang kekuning-kuningan
Nama lainAnjing pemburu elk Hällefors
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 55–63 sentimeter (22–25 in)
Betina 52–60 sentimeter (20–24 in)
Bulu Lapis bulu sederhana, tebal, kasar, dan padat
Warna Kuning; dengan topeng atau tanpa topeng
CatatanDiiktiraf oleh Svenska Kennelklubben, Suomen Kennelliitto, dan Norsk Kennel Klub
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Hällefors[a] atau anjing pemburu elk Hällefors[b] ialah satu baka anjing Sweden.

Penampilan

Anjing Hällefors ialah spits segi empat tepat bersaiz sederhana sama ada dengan ekor sabit atau melingkar. Lapis bulu tebal, kasar, dan padat patut sentiasa berwarna kuning, daripada perang kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan. Cahaya warna patut lebih cerah pada dada, perut, tungkai, dan di bawah ekor. Purata ketinggian untuk jantan ialah 55–63 cm (22–25 in) dan untuk betina 52–60 cm (20–24 in).[1]

Tingkah laku

Anjing Hällefors ialah anjing bertenaga, berani, dan tegar dengan perwatakan kuat.[2]

Sejarah

Baka ini dikembangkan di Svealand, tetapi kawasan lebih terperinci bagi asal usul telah dipertikaikan. Ada pernyataan bahawa walaupun namanya sedemikian, ia tidak diwujudkan di Hällefors, tetapi di kampung Fredriksberg yang terletak di Komun Ludvika yang bersebelahan.[2] Ia telah digunakan terutamanya sebagai anjing pemburu rusa[1] dan leluhur paling ketaranya merupakan spits Finland dan laika Ostyak.[3] Svenska Kennelklubben mengiktiraf baka ini pada tahun 2000[2] dan kini ia juga diiktiraf di beberapa buah negara Nordik, seperti Finland dan Norway.[1][4]

Zuriat

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[5][6] Subklad d1 berasal dari 480–3,000 tahun lalu dan ditemukan pada semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing pemburu elk Sweden, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[7] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[8]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ هيليفورسcode: ms is deprecated ; Svensk: hälleforshundcode: sv is deprecated ; bahasa Inggeris: Hällefors dogcode: en is deprecated
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک هيليفورسcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Hällefors elkhoundcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c SKL. (30 Mei 2006).Hälleforsinkoira (dalam bahasa Finlandia) Diarkibkan 3 Ogos 2014 di Wayback Machine. Suomen Kennelliitto (SKL). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ a b c SKK. Hälleforshund (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben (SKK). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  3. ^ Krämer, E.-M. (2009). Der grosse Kosmos Hundeführer (dalam bahasa Jerman): 187. Stuttgart, Jerman: Kosmos.
  4. ^ NKK. (Mac 2012). Hälleforshunden (dalam bahasa Bahasa Norway) [pautan mati kekal]. Norsk Kennel Klub (NKK). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  5. ^ Pang, Jun-Feng; Klütsch, Cornelya F. C.; Zou, Xiao-Ju; Zhang, Ai-Bing; Luo, Li-Yang; Angleby, Helen; Ardalan, Arman; Ekstrom, Camilla; Skollermo, Anna; Lundeberg, Joakim; Matsumura, Shuichi; Leitner, Thomas; Zhang, Yaping; Savolainen, Peter (1 September 2009). "mtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves" [Data mtDNA Menunjukkan Satu Asal Usul Tunggal untuk Anjing di Selatan Sungai Yangtze, Kurang daripada 16,300 Tahun Lalu, daripada Banyak Serigala]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. ISSN 1537-1719. PMC 2775109. PMID 19723671.
  6. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN 1872-4973. PMID 26218982.
  7. ^ Klütsch, Cornelya F. C.; Seppälä, Eija H.; Fall, T.; Uhlén, M.; Hedhammar, Åke; Lohi, Hannes; Savolainen, Peter (11 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency but low diversity of mitochondrial DNA haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in Scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing-serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 42 (1): 100–103. doi:10.1111/j.1365-2052.2010.02069.x. ISSN 1365-2052. PMC 3040290. PMID 20497152.
  8. ^ Thalmann, Olaf; Shapiro, Beth; Cui, P.; Schuenemann, V. J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpré, Mietje B.; Sablin, Mikhail V.; López-Giráldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, H.; Uerpmann, H. P.; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, L.; Schmitz, R. W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, A.; Graphodatsky, A. S.; Ovodov, N. D.; Wahlberg, N.; Freedman, Adam H.; Schweizer, Rena M.; Koepfli, Klaus-Peter; Leonard, Jennifer A.; Meyer, M.; Krause, J.; Pääbo, S.; Green, R. E.; Wayne, Robert K. (15 November 2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs" [Genom Mitokondrion Lengkap bagi Canid Purba Mencadangkan Asal Usul Anjing Bela Jinak di Eropah]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 342 (6160): 871–874. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. hdl:10261/88173. ISSN 0036-8075. PMID 24233726. S2CID 1526260.
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou