Wunderman Thompson
Jenis/bentuk sah | Perniagaan, perusahaan, syarikat awam |
---|---|
Industri | Pengiklanan, pemasaran digital |
Pendahulu | J. Walter Thompson dan Wunderman |
Ditubuhkan | 2018 |
Ibu pejabat | New York City, New York |
Tokoh penting | Mel Edwards (CEO Global) |
Syarikat induk | WPP |
Tapak web | www.wundermanthompson.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Wunderman Thompson ialah sebuah agensi komunikasi pemasaran global Amerika Syarikat yang berpangkalan di New York yang memiliki 200 pejabat di 90 negara. Syarikat ini merupakan sebahagian dari WPP Group (NYSE: WPP). Wunderman Thompson dibentuk pada tahun 2018, setelah WPP menggabungkan J. Walter Thompson dan Wunderman.[1]
Sejarah
J. Walter Thompson
J. Walter Thompson ditubuhkan pada tahun 1864 oleh James Walter Thompson dan asal-usulnya bermula daripada Carlton & Smith, salah satu agensi pengiklanan pertama di Amerika Syarikat.[2]
J. Walter Thompson kemudian dibeli oleh WPP pada tahun 1987.[3]
Wunderman
Pada tahun 1958, Lester Wunderman, bersama saudaranya, Irving Wunderman, serta rakan sekuliahnya, Ed Ricotta dan Harry Kline, membuka Wunderman, Ricotta & Klein (WRK).[4] Lester Wunderman dianggap sebagai pencipta pemasaran terus—sebuah frasa yang juga dicetuskannya pada tahun 1961.[4]
Pada tahun 2000, syarikatbini menjadi sebahagian dari WPP setelah dibeli oleh Young and Rubicam dengan harga $5,7 bilion.[4]
Pasca penggabungan
Pada tahun 2018, WPP menggabungkan Wunderman dengan J. Walter Thompson Co., dan pada suku pertama tahun 2019, sekaligus memperkenalkan nama barunya, iaitu Wunderman Thompson.[5][6] CEO Wunderman, Mel Edwards dilantik sebagai CEO Global syarikat yang digabungkan.[7]
Pada Mac 2019, WPP menggabungkan POSSIBLE dan Cole & Weber dengan Wunderman Thompson.[8]
Klien terkenal
Klien terkenal syarikat ini antara lain HSBC,[9], Rolex,[10] Samsung,[11] Shell Oil Company,[12], dan Kor Marin Amerika Syarikat.[13]
Kempen terkenal
Kempen terkenal yang dibuat oleh syarikat ini antara lain:
- Fon kepala penghalang bunyi bising sepanjang kuarantin buatan Bose[14]
- Penjarakan sosial Whopper oleh Burger King[15]
- Permainan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah bersama Fortnite[16]
- "Snap out of it" untuk Kit Kat buatan Nestle[17]
Rujukan
- ^ "WPP is merging JWT with Wunderman". Ad Age (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-26. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ J. Walter Thompson American Advertising Agency, Encyclopedia Britannica, November 13, 2019
- ^ Sir Martin Sorrell: advertising man who made the industry's biggest pitch, The Guardian, July 3, 2010
- ^ a b c "Lester Wunderman, Direct Marketing Pioneer and Original 'Mad Man,' Dies at 98". AdWeek. 2019-01-11. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "J. Walter Thompson & Co. and the 1964 Advertising Age Commemorative Issue". American Marketing Association New York. 2019-12-31. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "WPP Reveals Branding for Its Newly Merged Brands Wunderman and Thompson". MarTechSeries. 2019-02-15. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "Wunderman Thompson CEO Mel Edwards On Leading A 20,000-Person Merger". AdExchanger. 2018-05-18. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "WPP Folds Possible, Cole & Weber Into Wunderman Thompson Seattle as Part of 'Powerhouse' Merger". AdWeek. 2019-03-12. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "HSBC consolidates global creative account with WPP as lead agency". Campaign Live. 2020-03-17. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "Amp Spotlight: Nostalgia Reigns over Awards Season". AdAge. 2019-02-26. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "Samsung Mobile Sends $10 Million Social Media Account to Wunderman Thompson". AdWeek. 2020-05-08. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "As Shell shifts spend to target younger drivers, it is leaning on its agencies more than ever". The Drum. 2019-05-20. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ "Wunderman Thompson Atlanta Retains US Marine Corps Account". AdAge. 2019-09-19. Dicapai pada 2020-07-07.
- ^ "Striking Just the Right Tone, Bose Sends a Message to Your Noisy Neighbors in Quarantine". AdWeek. 2020-05-19. Dicapai pada 2020-07-07.
- ^ "Burger King uses extra onions to equip The Whopper for social distancing". Fast Company. 2020-05-21. Dicapai pada 2020-07-07.
- ^ "Red Cross Is Using Fortnite to Get Gen Z Into Lifesaving Mode". Muse buy Clio. 2020-01-27. Dicapai pada 2020-07-07.
- ^ "KITKAT reminds people to snap out of GPS dramas in latest campaign via Wunderman Thompson". Campaign Brief. 2019-05-16. Dicapai pada 2020-07-07.