Wan Saiful Wan Jan
Datuk Wan Saiful Wan Jan PMW (WP); DTM (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Kelahiran | Wan Saifulruddin bin Wan Jan (1976-06-21) 21 Jun 1976 (umur 48) Alor Setar, Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Parti politik | BERSATU (sejak 2017) |
Pasangan | Datin Alena Omar |
Anak-anak | 5 |
Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan adalah merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang dilantik pada 2018[1] bagi menggantikan Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu untuk kali yang pertama.
Sebelum menyertai politik, Wan Saiful adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diasaskan beliau bersama YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.[2]
Kerjaya politik
Pilihan raya umum 2018
Wan Saiful telah menyertai Pilihan raya umum Malaysia 2018 untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang yang lalu mewakili BERSATU dalam Pakatan Harapan yang menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat bagi menentang calon Awang Hashim dari Gagasan Sejahtera (PAS), Othman Abdul dari Barisan Nasional (UMNO) dan Abdul Malik Manaf, calon BEBAS.[3]
Dalam pertandingan 4 penjuru itu, Wan Saiful hanya memperolehi undian sebanyak 14,901, iaitu ketiga tertinggi selepas Awang Hashim dan Othman Abdul.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Wan Saiful telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mulai 2016 dan telah memenangi kerusi tersebut pada pemilihan untuk sesi tahun 2019-2021 pada 2020 lalu. Setelah Mohd Radzi Md Jidin memenangi kerusi Naib Presiden BERSATU, Wan Saiful telah dilantik menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Penerangan BERSATU.[4]
Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU selepas dituduh menerima rasuah daripada seorang kontraktor. Tindakan tersebut diambil bagi memudahkan proses penyiasatan dan perbicaraan.[5]
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran diraja
- Wilayah Persekutuan
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - Datuk (2021) [6]
- Negeri Sembilan
- Darjah Tuanku Muhriz (DTM) - 2015 [7]
Anugerah persilatan
- Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah
- Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam (2022) [8]
Rujukan
- ^ Perlantikan Pengerusi baharu PTPTN
- ^ Profil Tunku Zain Al-Abidin
- ^ Keputusan PRU14 Kedah
- ^ Anwar patut bersara - Wan Saiful
- ^ Letak jawatan bukan bermakna Wan Saiful bersalah - Tan Sri Muhyiddin
- ^ Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman (Februari 1, 2021). "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". BHarian. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ "812 terima darjah kebesaran, bintang, pingat Negeri Sembilan". BHarian. Januari 14, 2015. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ "Wan Saiful dianugerah Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam". Journal Malaysia. 21 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kategori |
Kawalan kewibawaan | |
---|---|
Umum |
|
Perpustakaan negara |
|