Vivian Dawson

Vivian Dawson
Kelahiran (1984-07-18) 18 Julai 1984 (umur 40)
Kanada
Warganegara
  • Canada
  • New Zealand
Nama lainJinrong (nama pentas)
Pusat pendidikanUniversity of Otago
Pekerjaan
  • Pelakon
  • peragawan
Tahun aktif2009–kini
Vivian Dawson
Tulisan Cina Tradisional錦榮code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas锦荣code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinJǐn Róng
Wade–GilesChin3 Jung2

Vivian Dawson (dilahirkan pada 18 Julai 1984), yang lebih dikenali dengan nama pentas Jinrong (Cina tradisional: 錦榮code: zh is deprecated ), ialah seorang pelakon dan peragawan New Zealand.[1]

Riwayat hidup dan karier

Dawson dilahirkan di Kanada pada 18 Julai 1984 dan membesar di New Zealand. Bapanya seorang rakyat New Zealand, manakala ibunya orang Cina Singapura. Dawson mengambil jurusan fisiologi di University of Otago dan tamat pengajian pada 2007. Selepas tamat pengajian, dia bekerja sebagai pakar kecergasan di sebuah kelab kesihatan di Melbourne dan kemudiannya berpindah ke Singapura. Pada 2009, Dawson menang bagi 50 orang calon suami idaman CLEO (Singapura) 2009.[2] Pada 2010, Dawson tampil dalam video muzik lagu penyanyi Taiwan, Jolin Tsai yang berjudul "Love Player".[3] Pada September 2010, Dawson dan Tsai dilihat berpacaran di Tokyo.[4]

Dawson membuat debut lakonannya dalam filem Taiwan, Double Trouble (2012). Pada Februari 2013, Dawson membawa Jolin Tsai melawat orang tuanya dan saudara-mara di New Zealand.[5] Dawson kemudian menggantikan pelakon British Rhydian Vaughn dan tampil dalam dua daripada filem-filem Cina paling lumayan, Tiny Times 3 (2014) dan Tiny Times 4 (2015), yang juga membantunya mengumpulkan lebih popularity di China Raya.[6][7] Pada Disember 2016, pengurus Tsai, Tom Wang mengesahkan bahawa Dawson dan Tsai berpisah secara aman pada November dan kekal rapat sebagai kawan.[8]

Filmografi

  • Double Trouble (2012)
  • Lover Run (2013)
  • Sorry, I Love You (2014)
  • Tiny Times 3 (2014)
  • Tiny Times 4 (2015)
  • All You Need is Love (2015)
  • Running After the Love (2015)
  • Xuanzang (2016)
  • For a Few Bullets (2016)
  • The Eight Immortals in School 2 (2016)
  • Butterfly Cemetery (2016)
  • My Other Home (2016)

Rujukan

  1. ^ "Jolin Tsai Releases First Photo with Longtime Boyfriend Vivian Dawson" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-09-13.
  2. ^ "Winner of CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2015 to be revealed". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-27. Dicapai pada 2016-09-13.
  3. ^ Maclang, Jon Khristian (2015-08-29). "Lovers in Japan: Jolin Tsai, Vivian Dawson Vacation Abroad". Dicapai pada 2016-09-13.
  4. ^ "Jolin Tsai & Vivian Dawson an Item" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-03. Dicapai pada 2016-09-13.
  5. ^ "Vivian Dawson's parents had no idea Jolin Tsai is a superstar - The Newsroom - Lollipop". 2013-02-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-05. Dicapai pada 2016-09-13.
  6. ^ "China Box Office: 'White Haired Witch' Casts Its Spell as Local Films Rule". Dicapai pada 2016-09-13.
  7. ^ Tartaglione, Nancy (2015-07-13). "'Minions' Henchmen Run Past $400M Worldwide & No. 1; 'Terminator' Generates $46.5M; 'Baahubali', China See Big Bows – Intl B. O. Update" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-09-13.
  8. ^ hermesauto (2016-12-22). "Singer Jolin Tsai and model Vivian Dawson split up after six years of dating". The Straits Times. Dicapai pada 2016-12-22.

Pautan luar

  • Vivian Dawson di Facebook
  • Vivian Dawson di Instagram
  • Vivian Dawson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • {{{name}}} at the Pangkalan Data Filem Hong Kong
  • Vivian Dawson di Allmovie