Terrapene ornata luteola

Kura-kura Katup Gurun
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Terrapene
Spesies:
T. ornata
Subspesies:
T. o. luteola
Nama trinomial
Terrapene ornata luteola
H.M. Smith & Ramsey, 1952
Sinonim[1]
  • Terrapene ornata luteola H.M. Smith & Ramsey, 1952

Terrapene ornata luteola juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Gurun ialah subspesies kura-kura yang berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Haiwan ini bersifat kedaratan dan kadangkala berada di dalam air. Mereka aktif pada penghujung bulan Jun atau awal Julai sehingga Oktober, dan bertambah aktif pada bulan Julai dan Ogos.[2]

Ciri-ciri

Ciri-ciri morfologi kura-kura ini ialah bentuk cangkerangnya yang boleh menutup keseluruhan bahagian lembut badannya. Karapasnya (cangkerang belakang) mengandungi kepingan skut yang membentuk keseluruhan cangkerang. Sangkar rusuknya bersambung dengan tulang belakang menjadikan ia berbeza berbanding kura-kura akuatik yang lain.[3]

Plastronnya (cangkerang hadapan) memiliki engsel yang membolehkan ia memasukkan kepala dan seluruh kakinya kedalam cangkerang (Gambar 1).[3]

Kura-kura ini juga memiliki garisan kuning pada bahagian karapasnya. Plastron pula berwarna coklat dengan tompokan kuning, dengan kepala dan kakinya yang berbelak. Sesetengah kura-kura jantan memiliki kepala berwarna hijau.[4] Warna pada badannya menyerupai warna permukaan tanah di kawasan gurun menjadikan ia satu penyamaran yang baik. Kebanyakan kura-kura jantan mempunyai mata berwarna merah. Kura-kura jantan memiliki lekuk pada bahagian perut, berekor tebal dengan kloakanya di hujung ekor. Kaki belakang lebih panjang, kukunya panjang dan melengkung memudahkan ia mencengkam kura-kura betina semasa proses mengawan. Walaupun anatomi badannya menyerupai kura-kura air tawar, namun ia tidak berhibernasi di dalam air seperti kura-kura akuatik yang lain.[3]

Panjang kura-kura dewasa sekitar 125–130 mm, di mana kura-kura betina lebih panjang berbanding jantan. Manakala usianya boleh mencecah sehingga 30 ke 40 tahun.[2]

Taburan geografi

Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang tengah Amerika Utara sehingga ke barat kaki bukit Pergunungan Rocky, Mexico Utara dan selatan Texas. Mereka biasanya ditemui di bahagian barat daya, termasuklah New Mexico, wilayah Trans-Pecos, Texas atau dikenali sebagai wilayah “Big Bend” Texas, tenggara Arizona, Sonora dan Chihuahua di Mexico, sehingga utara Mexico.[2] Haiwan ini sentiasa bergerak dalam kawasan yang kecil, menjadikan ia cenderung pulang ke tempat asalnya.[5]

Habitat

Haiwan ini berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Menjadikan kawasan padang rumput kering dan tanah gersang sebagai habitat, tidak seperti kura-kura Amerika Utara yang lain. Mereka memilih kawasan tandus, prairie terbuka sebagai tempat tinggal yang dipenuhi tumbuhan yucca.[2] Mereka juga tidak bergerak jauh dari lokasi habitat memudahkan mereka mengawasi sekeliling, mendapatkan perlindungan dari pemangsa dan musim sejuk[3]

Rujukan

  1. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 201. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d Germano, David J. (2014). Activity, Growth, Reproduction and Population Structure of Desert Box Turtles (Terrapene ornata luteola) at the Northern Edge of Chihuahuan Desert. Chelonian Conservation and Biology. Vol 13: Iss 1. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.
  3. ^ a b c d Dodd, C. Kenneth. (2001). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. Vol 6. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.
  4. ^ Ward, Joseph P. (1978). Terrapene ornata (Agassiz) Ornate box turtle. The Society for the study of Amphibians and Reptiles. Vol. 217. Archived from the original. Retrieved 8 June 2018.
  5. ^ Refsnider, Jeanine M., Strickland Jeramie, and Janzen, Fredric J. (2011). Home Range and Site Fidelity of Imperiled Ornate Box Turtles (Terrapene ornata) in Northwestern Illinois. Chelonian Conservation and Biology. Vol. 11: pp. 78–83. Archived from original 9 June 2018.

Bacaan lanjut

  • van Dijk, P.P. and Hammerson, G.A. (2011) Terrapene ornata. IUCN Red List of Threatened Species. Archived online 9 June 2018.
  • http://www.reptilefact.com/dmca-take-down-notice. (2018). Ornate Box Turtle Range. Archived online 9 June 2018

Pautan luar

  • ITIS Standard Report Page
  • Information from the Arizona Sonoran Desert Museum Diarkibkan 2008-05-15 di Wayback Machine
  • Closeup photo of four-year-old male Desert Box Turtle
  • l
  • b
  • s
Keluarga Emydidae
Genus
Spesies dari subkeluarga Deirochelyinae
Northern red-bellied cooter(Pseudemys rubriventris)
Chrysemys
Deirochelys
Graptemys
Malaclemys
Pseudemys
  • Kuta Dada Merah Alabama
  • Kuta Dada Merah Utara
  • Kuta Dada Merah Florida
  • Kuta Semenanjung
  • Kuta Rio Grande
  • Kuta Sungai Timur
  • Kuta SungaiTexas
Trachemys
  • Big Bend slider
  • Baja California slider
  • Central Antillean slider
  • Colombian slider
  • Cuatro Cienegas slider
  • Cuban slider
  • D'Orbigny's slider
  • Hispaniolan slider
  • Jamaican slider
  • Maranhão slider
  • Meso-American slider
  • Nicaraguan slider
  • Ornate slider
  • Pond slider
  • Yaqui slider
Spesies dari subkeluarga Emydinae
Clemmys
  • Kura-kura Bintik
Emys
  • Kura-kura Blanding
  • Kura-kura Kolam Eropah
  • Kura-kura Kolam Sicily
  • Kura-kura Kolam Barat
Glyptemys
  • Kura-kura Rawa
  • Kura-kura Kayu
Terrapene
  • Kura-kura Katup Coahuilan
  • Kura-kura Katup Carolina
  • Kura-kura Katup Ornata
  • Kura-kura Katup Bintik
Susunan filogenetik berdasarkan turtles of the world 2011 update: annotated checklist.
Spesies dan subspesies yang pupus (Gyremys sectabilis) tidak disertakan.
  • l
  • b
  • s
Taksonomi penyu, kura-kura dan labi-labi
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Kriptodira
 
Chelydridae
 
Chelonioidea
Cheloniidae
Carettinae
Cheloniinae
Dermochelyidae
 
Kinosternoidea
Dermatemydidae
 
Kinosternidae
Kinosterninae
Staurotypinae
Testudinoidea
Emydidae
Deirochelyinae
Emydinae
Geoemydidae
Geoemydinae
Rhinoclemmydinae
 Platysternidae
 
Testudinidae
 
Trionychia
Carettochelyidae
 
Trionychidae
Cyclanorbinae
Trionychinae
Pleurodira
 
Chelidae
Chelinae
Chelodininae
Hydromedusinae
Pelomedusidae
 
Podocnemididae
 
  • Susunan filogenetik berdasarkan Turtles of the World, 2012 Update. Tidak termasuk ahli Testudines yang pupus.
Pengenalpastian takson