Tegangan permukaan

Tegangan permukaan diertikan sebagai kecenderungan sesuatu permukaan bendalir menganjal lalu menjadikannya memperolehi luas permukaan yang sekurang-kurangnya. Air mempunyai tegangan permukaan yang lebih tinggi (72.8 milinewton per meter pada 20°C) berbanding kebanyakan cecair lain kerana daya tarikan molekul air yang secara relatifnya tinggi melalui suatu rangkaian ikatan hidrogen.

Tegangan ini berdimensi daya per unit panjang, atau tenaga per unit keluasan. Kedua-dua kawasan ini mempunyai sama nilainya, namun istilah tenaga permukaan yang turut dipakai untuk pepejal lebih umum digunakan apabila merujuk kepada tenaga per unit keluasan.

Sifat ini membolehkan spesies serangga tertentu (e.g. Gerridae) untuk mengapung serta meluncur di atas permukaan air sungguhpun ia lebih tumpat berbanding air.

Pautan luar

  • Mengenai ketegangan permukaan serta kes-kes berkaitannya yang unik di dunia sebenar (dalam bahasa Inggeris)
  • Surface Tensions of Various Liquids
  • Mesin pengiraan tegangan permukaan untuk larutan akueus yang mengandungi ion-ion H+, NH+
    4
    , Na+, K+, Mg2+, Ca2+, SO2−
    4
    , NO
    3
    , Cl, CO2−
    3
    , Br dan OH.
  • l
  • b
  • s