Tarik Aku Ke Syurga

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tarik Aku Ke Syurga karya Haitun KamarazamanDitulis olehNieza NaharPengarahMalek Rahman
Dibintangi oleh
  • Zul Ariffin
  • Nelissa Nizam
  • Izzendra
  • Keith Foo
Lagu pembukaan"Bukti Cinta" oleh Wanie OoiLagu penutup"Bukti Cinta" oleh Wanie OoiNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanPenerbit eksekutifSadupal Singh Vareen KaurPenerbitJaspal S. KorotanaTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree ProductionPenyiaranSaluran asalTV3 &Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal23 Jun 2022 – 10 Ogos 2022StatusTamatKronologiMengikutiKerana Aku Isteri BidaanDiikuti olehBiarkan Ia Pergi

Tarik Aku Ke Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2022 arahan Malek Rahman, dibintangi oleh Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Izzendra dan Keith Foo. Diadaptasi dari novel 2020 bertajuk sama karya Haitun Kamarazaman, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 23 Jun 2022 menggantikan Kerana Aku Isteri Bidaan.[1]

Siri drama ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman IQIYI pada 1 jam akhir selepas siaran TV percuma, 48 jam kemudian.

Sinopsis

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh.

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Runut bunyi

  • "Bukti Cinta" - Wanie Ooi
  • "Kekasih" - Aiman Sidek, Aniq Muhai & Aliff Azhari
  • "Teristimewa" - Aiman Sidek

Rujukan

  1. ^ "Adegan mesra dengan Zul, hanya untuk promosi drama". Kosmo!. 26 Februari 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  2. ^ Zaara Talita (19 Januari 2022). "'Dia bukan kekasih saya'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Ogos 2022). "Impak watak lemah lembut". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.