Taman laut

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Taman laut terbesar ialah Taman Laut Terumbu Sawar Besar di Australia, seluas 350,000 km².

Malaysia

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar , Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Dodol di Melaka dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia.

Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.

Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 45 pulau yang telah digazetkan Jabatan Perikanan Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah , 3 perairan di Melaka dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.[1]

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar,Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Dodol di Melaka dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya. Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 45 pulau yang telah digazetkan dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah. 3 perairan di Melaka dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Taman laut diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Sebelum itu pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut ditubuhkan dibawah Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan. Namun pada 2018 Jabatan Taman Laut telah dibubarkan dan ditempatkan di Jabatan Perikanan Malaysia bagi tujuan Konservasi dan Perlindungan Perikanan yang memastikan Pengurusan Biodiversiti Marin diurus Secara Lestari Bagi Menjamin Sumber Yang Berkekalan Untuk Kepentingan Sejagat.

Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi penubuhan Taman Laut, Jabatan Perikanan Malaysia dapat membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa. Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Pengurusan

Taman laut diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Pembiakan Ikan

Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi penubuhan Taman Laut,Jabatan Perikanan Malaysia dapat membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.

Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Senarai taman laut

  1. Taman Laut Pulau Payar
  2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
  3. Taman Laut Pulau Kuraman
  4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar
  5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
  6. Taman Laut Pulau Tinggi
  7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
  8. Taman Laut Pulau Tioman
  9. Taman Laut Pulau Perhentian
  10. Taman Laut Melaka (Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Dodol)

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-22. Dicapai pada 2013-03-18.