Sultan Muzaffar Shah I, Kedah

(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Almarhum Sultan Muzaffar Shah I
سلطان مظفر شاه ١
Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II
سري ڤدوک مهاراج دربر راج ٢
Phra Ong Mahawangsa
ڤراء ءوڠ مهاوڠسا
Pemerintahan1136–1179
Diikuti olehMu'adzam Shah
Kemangkatan27 July 1179
Anakandatunku Mu'adzam Shah
Tunku Muhammad Shah
Tunku Sulaiman Shah
KerabatMahawangsa
dan Kesultanan
Kedah Darul Aman
AyahandaSeri Paduka Maha Jiwa
AgamaSunni Islam

Almarhum Sultan Muzaffar Shah I atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (mangkat Jumaat, 13 Safar 575 Hijrah, bersamaan 20 Julai 1179)[1] ialah Sultan Kedah yang pertama. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Maha Jiwa. Baginda dimasyhurkan sebagai Maharaja "Kalah" bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Bukit Mariyam (Permaisuri Duli Yang Maha Mulia Nagara Kedah Pasai Ma Benua Siam Islam, Me Rong Maha Wang Ser. Baginda sering berulang alik memantau wilayah jajahan Kalah (Kedah). Pada waktu ini, Sungai Babur telah bertukar nama kepada Sungai Merbuk manakala Kuala Babur "arti pintu" (Kuala Merbuk).

Pengislaman

Pada 1136 Masihi, Syeikh Abdullah al-Qumairi serta 11 orang pengikutnya belayar menaiki baghalah (sejenis kapal layar) dari kawasan as-Shir, Yaman. Beliau tiba di Kuala Sungai Merbuk dan menghadap baginda di Istana Bukit Mariyam (Permaisuri Syarifah Mariam atau nama Siam Pi Nang Tung Gal).

Beliau berdakwah berkenaan Islam serta perihal syariah, hukum-hakam kepada baginda dan jemaah menteri. Dengan itu, baginda bersama jemaah menteri telah bermuafakat untuk memeluk agama Islam di hadapan Syeikh Abdullah.[2] Baginda juga berkenan menukar nama diri dan negeri atas nasihat beliau. Syeikh Abdullah bangkit menjunjung duli dan menunaikan solat sunat. Sebaik melakasanakan, beliau menyeru "Daulat Tuanku Zillullah Fil Alam As Sultan Mad Zaffar Shah" sebanyak tiga kali. Kalaha bertukar nama kepada "Kedah Darul Aman". Syikh Abdullah juga menyarankan agar alunan nobat dipukul dan ditalu setiap kali masuknya waktu solat fardu.

Suatu hari, Syeikh Abdullah memohon perkenan baginda untuk membina sebuah menara azan di atas pusat Gunung Jerai bagi mengalun kebesaran Allah. Baginda berkenan saran Syeikh Abdullah dan perintah orang suruhan membina menara tersebut. Ketika proses pembinaan, Syeikh Abdullah jatuh gering lalu meninggal dunia. Jenazahnya disemadi di pusat Gunung Jerai. Setelah baginda melawat kuburnya, berangkat pulang ke istana dengan penuh kemasyghulan yang mendalam.

Dalam satu pandangan lain, baginda menitahkan Tengku Mad Azzam untuk mentadbir Kota Palas, Langkawi dan Wang Tepus di utara Kedah, Paduka Seri Laksamana Raja Sulaiman (Raja Daerah Pulau Langkawi hingga ke Kuala Perai) bagi perairan laut dan Raja Muda Mahmud (Kota Ulu, Padang Terap) bagi timur Kedah.[perlu rujukan]

Kemangkatan

Pada Masihi 20 Julai 1179 atau Hijriah 13 Safar 575, hari Jumaat, baginda mangkat akibat kegeringan dan dikubur di makam diraja Langgar di Kota Bukit Mariyam.

Keluarga

  1. Tengku Muazzam (kemudian ditabalkan sebagai Sultan Mu'adzam Shah). Dikurniakan oleh ayahandanya memerintah Kota Palas, Mukim Wang Tepus.
  2. Tengku Sulaiman, Kedah, dikurniakan pangkat Raja Laksamana dengan gelaran Tengku Seri Paduka Raja Laksamana. Baginda memerintah Pulau Langkawi dan pulau-pulau yang lain sehingga ke Kuala Kuala Bara serta pulau-pulau sebelah selatan hingga Kuala Perai, dan Kerian.
  3. Tengku Mahmud, dikurniakan pangkat Raja Muda Kedah. Baginda memerintah Kota Ulu, mukim Padang Terap.

Rujukan

  1. ^ Wan Mohd. Shaghir Abdullah (28 Mei 2007). "Syikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 19 Ogos 2018 – melalui Utusan online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Siti Rosnah Haji Ahmad (2003). Pemerintah dan Pemimpin Kerajaan-Kerajaan Negeri. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. m/s. 14. ISBN 9837204591.
Didahului oleh
tiada
Sultan Kedah
1136-1179
Diikuti oleh:
Sultan Mu'adzam Shah