Stadium Singaperbangsa

Stadium Singaperbangsa adalah sebuah stadium pelbagai guna terletak di Kabupaten Kerawang, Indonesia. Kebanyakannya, stadium ini digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini adalah rumah kepada is Pelita Jaya FC[1], sebuah kelab bola sepak yang bermain di Liga Super Indonesia (ISL) dan juga Persika Karawang yang bermain di dalam Divisyen Kedua (pertandingan bola sepak aras ke-4 di Indonesia).

Stadium Singaperbangsa mempunyai kapasiti sebanyak 18,000 tempat duduk.[2]

Rujukan

  1. ^ Pelita Jaya Pilih Stadion Singaperbangsa sebagai Kandang
  2. ^ Laman Soccerway. 9 April 2011

Koordinat: 6°18′10″S 107°18′22″E / 6.302641°S 107.306235°E / -6.302641; 107.306235


  • l
  • b
  • s