Sistem berparlimen
Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua pemerintahan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.
Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan sistem demokrasi yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua pemerintahan (yang lazim bergelar perdana menteri) dan ketua negara yang bergelar presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (kerajaan berperlembagaan).
Senarai negara yang mengamalkan sistem berparlimen
Sistem ekadewan
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada satu dewan.
Negara | Parlimen |
---|---|
Albania | Kuvendi |
Bangladesh | Jatiyo Sangshad |
Bulgaria | Perhimpunan Kebangsaan |
Botswana | Parlimen Botswana |
Burkina Faso | Perhimpunan Kebangsaan |
Croatia | Sabor |
Denmark | Folketing |
Dominica | Dewan Perhimpunan |
Estonia | Riigikogu |
Finland | Eduskunta/Riksdag |
Greece | Parlimen Yunani |
Hungary | Perhimpunan Kebangsaan |
Iceland | Althingi |
Israel | Knesset |
Kosovo | Kuvendi |
Kuwait | Perhimpunan Kebangsaan Kuwait |
Latvia | Saeima |
Lithuania | Seimas |
Lubnan | Perhimpunan Timbalan |
Luxembourg | Chamber of Deputies |
Macedonia Utara | Sobranie |
Malta | Dewan Perwakilan |
Mauritius | Perhimpunan Kebangsaan |
Moldova | Parlimen |
Mongolia | Khural Besar Negara |
Montenegro | Parlimen |
Nepal | Parlimen Perundangan Nepa |
New Zealand | Parlimen |
Norway | Stortinget |
Palestin, Pihak Berkuasa | Parlimen |
Papua New Guinea | Parlimen Kebangsaan |
Portugal | Perhimpunan Republik Portugal |
Saint Kitts dan Nevis | Perhimpunan Kebangsaan |
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine | Dewan Perhimpunan |
Samoa | Fono |
Scotland | Parlimen Scotland |
Serbia | Perhimpunan Kebangsaan |
Singapura | Parlimen |
Slovakia | Majlis Negara |
Sri Lanka | Parlimen |
Sweden | Riksdag |
Turki | Perhimpunan Agung Kebangsaan |
Ukraine | Verkhovna Rada |
Vanuatu | Parlimen |
Sistem dwidewan
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada dua dewan.
Negara/Pertubuhan | Parlimen | Dewan pertuanan | Dewan rakyat |
---|---|---|---|
Afrika Selatan | Parlimen | Majlis Provinsi Negara | Perhimpunan Kebangsaan |
Australia | Parlimen Komanwel | Senat | Dewan Perwakilan |
Austria | Parlimen | Majlis Persekutuan | Majlis Negara |
Antigua dan Barbuda | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
Bahamas | Parlimen | Senat | Dewan Perhimpunan |
Barbados | Dewan Perhimpunan | Senat | Dewan Perhimpunan |
Belanda | Staaten-Generaal (Jeneral-Negara) | Eerste Kamer (Senat) | Tweede Kamer (Dewan Perwakilan) |
Belize | Perhimpunan Kebangsaan | Senat | Dewan Perwakilan |
Belgium | Parlimen Persekutuan | Senat | Dewan Perwakilan |
Bhutan | Parlimen | Majlis Negara | Perhimpunan Kebangsaan |
Czech, Republik | Parlimen | Senat | Dewan Timbalan |
Eropah, Kesatuan | Majlis Kesatuan Eropah | Parlimen Eropah | |
Habsyah | Perhimpunan Parlimen Persekutuan | House of Federation | Dewan Wakil Rakyat |
Jerman | Perundangan Persekutuan/Bundesversammlung (Perhimpunan Persekutuan) | Bundesrat (Majlis Persekutuan) | Bundestag (Diet Persekutuan) |
Grenada | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
India | Parlimen (Sansad) | Rajya Sabha (Majlis Negeri) | Lok Sabha (Dewan Rakyat) |
Ireland | Oireachtas | Seanad Éireann | Dáil Éireann |
Iraq | Perhimpunan Kebangsaan | Majlis Kesatuan[1] | Majlis Perwakilan |
Itali | Parlimen | Senat Republik | Dewan Rakyat |
Jamaica | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
Jepun | Diet | Dewan Kaunselor | Dewan Perwakilan |
Kanada | Parlimen | Senat | Dewan Rakyat |
Malaysia | Parlimen | Dewan Negara | Dewan Rakyat |
Pakistan | Parlimen | Senat | Perhimpunan Kebangsaan |
Poland | Parlimen | Senat | Sejm |
Romania | Parlimen | Senat | Dewan Timbalan |
Saint Lucia | Parlimen | Senat | Dewan Perhimpunan |
Sepanyol | Cortes Generales | Senat | Kongres Perwakilan |
Slovenia | Parlimen | Majlis Kebangsaan | Perhimpunan Kebangsaan |
Switzerland | Perhimpunan Persekutuan | Majlis Negeri-Negeri | Majlis Kebangsaan |
Thailand | Perhimpunan Kebangsaan | Senat | Dewan Perwakilan |
Trinidad dan Tobago | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
United Kingdom | Parlimen | Pertuanan (House of Lords) | Dewan Rakyat (House of Commons) |
Rujukan
- ^ Majlis Kesatuan ditetapkan dalam perlembagaan Iraq tetapi kini belum diwujudkan.