Sarawak Media Group

Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah agensi penyiaran media & penstriman digital separa kerajaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta dipegang hak milik oleh Kementerian Komunikasi Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah merupakan rakan kongsi baharu Sarawak Media Group (SMG). SMG juga merupakan agensi penyiaran media yang terbaik di negeri Sarawak, serta mendapat sokongan penuh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. Buat masa ini, hanya TVS sahaja yang masih beroperasi ketika ini. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

Sarawak Media Group (SMG)
JenisMedia & penyiaran separa kerajaan
Ditubuhkan10 April 2018
Stesen TVTVS
Ibu pejabatLG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan siaran
• Malaysia
• Singapura
• Indonesia
• Brunei
• Thailand
• Filipina
• Australia
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
Pemilik
  • Kerajaan Negeri Sarawak (Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan)
  • Kementerian Komunikasi Malaysia
  • Radio Televisyen Malaysia (rakan kongsi SMG)
Orang penting
Haji Kushairi Abang
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Laman sesawang
www.smg.my

Senarai saluran televisyen Sarawak Media Group (SMG)

Sebahagian besar rancangan atau program yang disediakan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), adalah bertepatan dan lebih bersesuaian dengan aspirasi sebenar rakyat Sarawak, budaya & tradisi masyarakat Sarawak, semangat muhibbah rakyat, kerjasama perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, semangat nasionalisme & reformisme Sarawak, serta penyatuan masyarakat pelbagai etnik & pelbagai agama di seluruh Borneo.

Selain daripada itu, terdapat juga rancangan atau program dari luar negara, terutamanya dalam rancangan berbentuk drama, filem, dan candawara (variety shows). Keutamaan ini diberikan kepada rancangan atau program dari negara Indonesia, Singapura, United Kingdom, China, Korea Selatan, Filipina, dan Turki.

TVS juga akan menyiarkan secara penuh liputan siaran langsung acara, sambutan, atau majlis yang penting dan bersejarah di kesemua lima negara terpilih iaitu Malaysia (terutamanya sambutan Hari Malaysia, kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), dan kejohanan Sukan SEA), Indonesia (sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia), Singapura (sambutan Hari Kemerdekaan Singapura), Australia, dan New Zealand.

Rangkaian televisyen milik Sarawak Media Group (SMG)

Nama saluran televisyen Waktu siaran Genre / Jenis rancangan
TVS
(Saluran 122 MYTV, Astro dan Unifi TV)
24 Jam • Liputan berita utama terkini (berdurasi 1 jam sahaja) (siaran berita Utama TVS.)
• Liputan berita ringkas (berdurasi 30 minit sahaja) (Berita TVS, Berita Iban TVS, TVS Re Bao, dan TVS Nightline).
• Program bual bicara terkini.
• Hal ehwal semasa & pengetahuan umum.
• Filem dokumentari mengenai sejarah & asal usul wilayah Sarawak, serta memahami unsur-unsur semangat perpaduan kaum dan agama yang ada di Sarawak.
• Dokumentari bersiri mengenai sejarah, adat, tradisi & budaya masyarakat Sarawak.
• Variasi umum / candawara / variety shows.
• Program hiburan dan nyanyian bersama artis–artis dari Sarawak dan juga bersama artis–artis terkemuka tanah air.
• Program animasi tempatan dan antarabangsa terkini.
• Drama–drama tempatan Sarawak terbaru.
• Telemovie tempatan Sarawak.
• Filem–filem tempatan Malaysia yang terbaik
• Program siaran langsung majlis / acara rasmi anjuran kerajaan Sarawak.
• Program siaran langsung majlis / acara rasmi kerajaan Malaysia.
• Program siaran langsung khas dari negara Singapura, Indonesia, Australia, dan New Zealand.
• Program masakan tempatan dan masakan tradisi Sarawak.
• Drama–drama antarabangsa yang terkini (khususnya dari Filipina (Tagalog), Indonesia, Korea Selatan, Australia, United Kingdom, dan Turki.)

Platform penstriman digital