Salak Tinggi
Salak Tinggi ialah ibu daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Akan tetapi pada 5 April 2008, Majlis Perbandaran Sepang telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Cyberjaya yang lebih strategik. Sebelumnya ketika Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang bagi menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan dari pekan Sepang ke sini iaitu ke Bandar Baru Salak Tinggi yang juga turut dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City).[1] Menurut Majlis Perbandaran Sepang, konsep pembangunan di Bandar Baru Salak Tinggi adalah menggunakan nama bunga tempatan sebagai nama di setiap taman perumahan. Antara nama-nama taman perumahan sedia ada di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi adalah :[2]
- Taman Seroja
- Taman Anggerik
- Taman Cempaka
- Taman Mawar
- Taman Ixora
- Taman Dahlia
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.