Rompin, Negeri Sembilan

Sebuah masjid di Pekan Rompin

Pekan Rompin merupakan sebuah pekan yang terletak di dalam jajahan daerah Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia. yang mana keadaan posisi di antara pekan Gemas, pekan Bahau serta sekitar Felda Gugusan Palong/Pasir Besar/Jelai. Pekan Rompin membangun sebagai sebuah bandar untuk masyarakat tempatan pelbagai bangsa yang terdiri daripada Kaum Majoriti Melayu dan Cina seimbang dengan bangsa India serta bangsa Bumiputera dari pelbagai kaum suku orang2 asli. pada asalnya penempatan tersebut terbahagi kepada tanah2 lot melayu dan kg baru cina yang mana selepas gencatan senjata oleh pihak P[1]KM, sebahagian mereka ditempatkan satu penempatan baru di Pekan Rompin. Dari sektor ekonomi Masyarakat Pekan Rompin lebih kepada Pertanian dan Perladangan serta Peniaga2 kecil yang terdapat dipekan ini selain itu di sini terdapat satu Home Stay yang diberi nama AL ZAHRA bertempat di Kg Sri Rompin. Pekan Rompin juga ditadbir dalam adat Perpatih melalui Luak Undang Johol, bagi pentadbiran Politik Pekan Rompin ditatakelola oleh Adun Jeram Padang antaranya Barisan Nasional dan PKR. Kepimpinan Ketua Kg di Pekan ini merangkumi aspek penglibatan Parti yang mana lantikan berdasarkan Parti yang terpilih, terdapat Ketua Kampung yang terbahagi kepada Kampung Baru Rompin, Kampung Sri Rompin (Balai Cina), Felcra Rompin dan Kampung Tanah Panjis (Kg Baru Penempatan PKM). Dari segi perundangan Balai Polis Rompin pertanggujawab sebagai HQ Kepada Pondok2 Polis disekitar Felda dan Estet2 berdekatan yang diketuai oleh seorang SM. Pekan ini boleh dikatakan sebagai Pekan 1 Malaysia yang mana masyaratkan boleh bercampur tanpa apa2 fahaman yang membezakan kaum, akan tetapi perbezaan pandangan politik masih menjadi virus pada masyarakat disini. Gejala penyalahan dadah juga menjadi perkara yang membimbangkan, ini berikutan Pekan Rompin adalah tempat transit bagi hukuman persalah PCO sejak era 1970 an lagi. Antara Kampung2 dan Penempatan yang ada sini adalah seperti: Kg Baru Rompin, Kg Balai Cina, Kg Sri Rompin, Kg Tanah Panjis, Kg Batu Peti, Kg Felcra Rompin, Kg Lubok Lawang, Ladang Batang Jelai, Ladang Bukit Pilah, Ladang New Rompin, Rumah Rakyat P1 dan P2, Taman Melor. Disini juga mempunyai Sek Ren Keb dan Sek Ren Jenis Cina dan India, Pekan Rompin memiliki 1 Masjid sahaja dan 3 Surau yang masih aktif. Bahan Sejarah yang ada disini adalah Jambatan Era British yang telah dirobohkan bagi menaik taraf jalan utama. Bagi tempat pengkebumian, terdapat 3 Tanah Pekuburan Islam, 1 Jirat Cina dan 2 Tempat Semadi bagi kaum india. Untuk sebarang persuratan Poskod Pekan ini adalah 73500 serta kemudahan yang ada kini adalah:

  1. Pejabat Pos Bhd (Pej Pos Bersejarah)
  2. Masjid Pekan
  3. Sekolah Keb dan Sek Ren (Aliran Cina dan India)
  4. Balai Polis
  5. Klinik Bidan, Poliklinik RAAMA
  6. Pasar Awam
  7. Kedai Makan MARA
  8. Kedai Runcit berbilang bangsa
  9. Stesen Petronas (Meps ATM)
  10. Perpustakaan Desa Rompin
  11. Tadika Kemas
  12. Kedai 99 Speedmart di Taman Melor
  13. Kedai Motosikal - 8 Kedai
  14. Kedai2 Hadware - 3 Kedai
  15. Kedai Membeli Getah - 2 Kedai
  16. Kedai Gas- 2 Kedai
  17. Kedai Mr DIY Taman Melor
  18. Kedai Membaiki Kereta - 2 Kedai
  19. Pusat Khidmat Adun BN
  20. Pusat Penyelaras PKR (Telah Ditutup)
  21. Klinik 1 Malaysia (Telah Ditutup)
  22. Rumah Ibadat India
  23. Tokong Cina


Dangi,  Negeri Sembilan Bahau,  Negeri Sembilan Mahsan,  Negeri Sembilan
Bukit Rokan,  Negeri Sembilan Palong,  Negeri Sembilan
   Rompin    
Jelai,  Negeri Sembilan Pasir Besar,  Negeri Sembilan Londah,  Negeri Sembilan
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  1. ^ Adam, Ramlah (1997-12-17). "PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM) DAN PARTI KOMUNIS MALAYA, 1945-1948: SATU PENELITIAN MENGENAI KEGIATAN POLITIK MEREKA". SEJARAH. 5 (5): 93–116. doi:10.22452/sejarah.vol5no5.6. ISSN 1985-0611.