Ribbit

Ribbit
Fail:RIBBIT (font).png
PengarahChuck Powers, Mamat Khalid (versi Malaysia)
PenulisChuck Powers, Hamir Afizi
Dihasilkan olehShireen M. Hashim
DibintangiJohan
Awie
Elfira Loy
Aznil Nawawi
Izzue Islam
Disunting olehEzaisyirwan Basri
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Crest Animation Studios
Western Pictures
Diedarkan olehKRU Studios
Tarikh tayangan
  • 21 Januari 2013 (2013-01-21) (Festival Filem Bersepadu Niagara)
  • 4 Februari 2013 (2013-02-04) (Malaysia)
Masa tayangan
1 Jam 28 Minit
NegaraMalaysia
BahasaInggeris
Melayu
BajetRM 10 juta [1]
Pecah panggungRM 4 juta (anggaran kasar)[2]

Ribbit ialah sebuah filem komedi animasi komputer dari Malaysia yang dihasilkan oleh KRU Studios & Crest Animation Studios. Ia diarahkan oleh Chuck Powers dan skrip ditulis bersama Hamir Afizi dan menampilkan lakon suara daripada bintang-bintang besar Hollywood seperti Sean Astin, Russell Peters, Tim Curry dan Cherami Leigh, diterbitkan oleh Shireen M. Hashim.[3][4]

Plot

Sepanjang hidupnya, Ribbit merasakan dirinya berbeza daripada semua katak lain. Untuk mencari tujuan dalam hidupnya, Ribbit memulakan perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Semasa perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja dihipnotis supaya percaya bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam tubuh katak. Yakin bahawa dia kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit berangkat untuk mencari Puteri yang ciumannya akan menyelesaikan semua masalahnya. Disertai oleh sahabat baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit bertemu dengan pelbagai karakter yang unik dan berwarna-warni dalam kembaranya dalam kisah ini.

Watak

Versi BI Versi BM Peranan
Sean Astin Johan Raja Lawak Ribbit - seekor katak panah beracun dengan krisis identitinya, protagonis utama
Cherami Leigh Elfira Loy Sandy (Siti) - seekor tupai terbang betina yang merupakan kawan baik Ribbit
Elza Irdalynna Misha The Glam Girls Luciano (Misha) - anak harimau oselot
Yati The Glam Girls Rafa (Yati) - anak harimau oselot
Amelia Henderson Alia The Glam Girls Marcella (Alia) - anak harimau oselot
Russel Peters Awie Wings Deepak (Kulup) - seekor kelawar dengan jawapan kepada persoalan hidup
Abigail Cole Hani Safya Bianca (Rauf) - anak monyet lolong
Lydia Lubon Jihan Muse Carla (Kak Yong) - Ibu Bianca (Rauf)
Carey Van Driest Sharifah Sakinah Avelina (Gina) - adik Carla (Kak Yong)
Chuck Powers A.R Badul Grandpa (Ayah Ngah) - Suami Kak Yong & abang Gina
Tim Curry Datuk Aznil Hj Nawawi Terrence (Mat Rompi) - seekor tukan dengan paruh berwarna-warni
Sonny Franks Adam AF Kai (Balan) - seekor kaiman yang hidup di kawasan air terjun, antagonis utama
Munir Phyne Ballers Ollie (Ali) - pasangan Jojo (Milah)
Chrisrina Orow Jihan Muse Jojo (Milah) - seekor manati
Kennie Dowle Izzue Islam Labah-labah
Valentine Cawley One Forteen Witch Doctor (Dukun Istana)
Ali Astin Norisnaini Ali Princess (Puteri) - bakal pemimpin suku Amazon

Muzik

Tema muzik utama filem ini adalah Magical Moment, sebuah duet oleh kumpulan R&B Amerika Az Yet dan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Lagu lain pada trek muzik adalah Destiny, yang dihasilkan oleh DJ Motiv8 dan disampaikan oleh SuPreme yang menampilkan Felice LaZae.

Keluaran

Filem ini telah dipersembahkan di Pesta Filem Cannes pada 2012 di peringkat projek.[5] Ia telah dikeluarkan secara teatrik di Malaysia pada 4 Februari 2013. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat dalam bentuk DVD pada 4 Februari 2013.

Rujukan

  1. ^ "Band boy done good" The Star Online Hariati Azizan Dicapai pada 24 April 2019.
  2. ^ "Wheely Laris, Filem Animasi Setanding Filem Antarabangsa" Media Hiburan, Wani Ariffin Dicapai pada 24 April 2019
  3. ^ [1] mStar Ribbit Selit Nilai Moral Dalam Humor Dicapai 24 April 2019.
  4. ^ https://variety.com/2013/film/asia/russell-peters-sean-astin-say-ribbit-to-malaysian-animation-1201137675/ Russell Peters Sean Astlin Say Ribbit To Malaysian Animation Dicapai 26 April 2019
  5. ^ Law, John. "Niagara Film Fest wraps up big first year", Niagara Falls Review, Niagara, 23 Januari 2013. Dicapai pada 24 April 2013.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Studio
penerbitan
Siri
televisyen
Filem
Campur
Agensi dan
pertubuhan