Rango (filem 2011)

Rango
Poster filem Rango
PengarahGore Verbinski
Lakon layarJohn Logan
Cerita olehGore Verbinski
John Logan
James Byrkit
Dihasilkan olehGore Verbinski
Graham King
John B. Carls
DibintangiJohnny Depp
Isla Fisher
Abigail Breslin
Alfred Molina
Bill Nighy
Harry Dean Stanton
Ray Winstone
Timothy Olyphant
Disunting olehCraig Wood
Muzik olehHans Zimmer
Syarikat
penerbitan
Nickelodeon Movies
Industrial Light & Magic
GK Films
Blind Wink
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 04 Mac 2011 (2011-03-04)
Masa tayangan
107 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$135 juta[1][2]
Pecah panggung$245.7 juta (Worldwide)

Rango merupakan filem komedi animasi komputer Amerika gaya Barat arahan Gore Verbinski dan diterbitkan oleh Graham King. Ia menampilkan lakonan suara Johnny Depp, Isla Fisher, Bill Nighy, Abigail Breslin, Alfred Molina, Harry Dean Stanton, Ray Winstone, Ned Beatty, dan Timothy Olyphant.

Jalan cerita

Templat:Spoiler Seekor sesumpah yang tidak bernama (Johnny Depp) secara tiba-tiba tercampak keluar dan tersadai di gurun Nevada. Setelah bertemu dengan seekor armadillo (Alfred Molina) yang sedang mencari Semangat Barat, dia terpaksa melarikan diri daripada dimakan oleh seekor helang. Keesokannya, dia bertemu dengan seekor biawak bernama Beans (Isla Fisher), anak petani, yang membawanya ke Dirt, sebuah pekan koboi yang didiami haiwan gurun.

Beans mendapati rizab air yang disimpan di bank sudah tinggal terlalu sedikit. Di salun, sesumpah itu menamakan dirinya sebagai Rango. Dia berdepan dengan penjenayah bernama Bad Bill (Ray Winstone), mengelak tembakannya semasa helang tersebut kembali, menyebabkan Bill cabut lari Bill. Helang tersebut mengejar Rango sehinggalah Rango membunuhnya secara tidak sengaja apabila helang tersebut dihempap menara tangki air yang runtuh. Sebagai balasan, Datuk Bandar Tortoise John (Ned Beatty) melantik Rango sebagai sherif baharu. Beans yang skeptikal meminta Rango menyiasat masalah air sementara warga pekan bimbang kerana hanya kehadiran helang tersebut sahajalah yang mampu mencegah kemunculan Rattlesnake Jake si penembak daripada bermaharajalela.

Malam itu, Rango secara tidak sengaja mendedahkan lokasi bank kepada tikus mondok perompak serta peralatan untuk memecahkan bilik kebal. Setelah warga pekan mendapati air mereka dicuri, Rango menubuhkan pasukan penyiasat yang mendapati pengurus bank Merrimack (Stephen Root) mati. Mereka menjejak para perompak tersebut ke sarang persembunyian mereka, namun ketua perompak tersebut iaitu Balthazar (Harry Dean Stanton) mengerahkan kesemua tikus mondok, anjing prairie serta kelawar untuk menewaskan kumpulan Rango. Setelah bertarung bermati-matian, mereka mendapati tangki air yang dicuri itu sebenarnya sudah kosong. Rango dan kumpulannya pulang ke pekan dengan penuh rasa hampa.

Setelah Rango dan Beans membuat kesimpulan bahawa Datuk Bandar sudah membeli kesemua tanah berhampiran, Rango mengimbas semula bagaimana datuk bandar tersebut menegaskan kepadanya bahawa mengawal air bermaksud mengawal segalanya. Rango berhadapan dengan datuk bandar tersebut, yang menafikan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah serta menunjukkan kepada Rango bandar baru yang dibinanya di atas tanah lama. Dengan tiada bukti untuk mendakwa datuk bandar, Rango beredar, sementara datuk bandar mengarahkan orang-orangnya untuk memanggil Rattlesnake Jake (Bill Nighy) yang tiba serta menembak bertubi—tubi dengan ekornya yang dipasang meriam Gatling, serta mendedahkan bahawa Rango sebenarnya adalah pembohong. Jake seterusnya menghalau Rango setelah memalukannya.

Malu setelah dia tidak lagi mengetahui siapa dirinya yang sebenar, Rango merayau-rayau di sepanjang gurun sehinggalah dia terserempak dengan Semangat Barat (Timothy Olyphant), seorang koboi yang digelar oleh Rango sebagai "lelaki tidak bernama". Semangat tersebut memberi inspirasi kepada Rango dan memberitahunya, "Tiada siapa yang boleh keluar daripada kisahnya sendiri." Dengan pertolongan armadillo serta kaktus mistik yang boleh bergerak, Rango mendapati bahawa sumber air bagi Dirt ialah Las Vegas, maka sudah tentu ada orang yang sudah menutup injap air. Menyedari peranan datuk bandar di sebalik penemuannya itu, Rango merekrut klan perompak bukit untuk mengikuti rancangannya.

Rango kembali semula ke pekan dan memanggil Jake untuk bertarung — satu pengalihan supaya klan bukit serta kaktus bergerak boleh membanjirkan pekan tersebut dengan air. Datuk bandar mengancam mahu membunuh Beans untuk memaksa Rango menyerah kalah. Kedua-duanya disumbatkan di dalam botol air untuk dilemaskan, sementara datuk bandar tersebut bersedia untuk menembak Jake yang dianggapnya sudah lapuk. Beans dan Rango menggunakan peluru untuk memecahkan tangki, menyebabkan air membanjiri bilik. Jake yang mengakui Rango sebagai lawan yang berbaloi, mengheret datuk bandar ke gurun untuk membalas dendam. Penduduk Dirt bersyukur kerana pekan mereka memperoleh bekalan air semula.

Pelakon

  • Johnny Depp sebagai Rango, seekor sesumpah[3]
  • Isla Fisher sebagai Beans, seekor biawak gurun[4]
  • Abigail Breslin sebagai Priscilla, seekor mencit kaktus[5]
  • Ned Beatty sebagai Tortoise John, Datuk Bandar Dirt, seekor kura-kura gurun[6]
  • Alfred Molina sebagai Roadkill, seekor armadillo[6]
  • Bill Nighy sebagai Rattlesnake Jake, seekor ular orok-orok
  • Stephen Root sebagai:
  • Harry Dean Stanton sebagai Balthazar, seekor tikus mondok[8]
  • Maile Flanagan sebagai Lucky
  • Timothy Olyphant sebagai Semangat Barat
  • Ray Winstone sebagai Bad Bill, seekor biawak Gila[7]
  • Ian Abercrombie sebagai Ambrose, seekor burung hantu[perlu rujukan]
  • Gil Birmingham sebagai Burung Cedera, seekor burung raven Chihuahua[perlu rujukan]
  • James Ward Byrkit sebagai:
    • Waffles, seekor kodok bertanduk[perlu rujukan]
    • Gordy Papa
    • Joad
    • Cousin Murt
    • Curlie Knife Attacker
    • Rodent Kid
  • Claudia Black sebagai Angelique, seekor musang[7]
  • Blake Clark sebagai Buford, seekor kodok Gurun Sonora[perlu rujukan]
  • John Cothran, Jr. sebagai Elgin[perlu rujukan]
  • Patrika Darbo sebagai:
    • Delilah
    • Maybelle
  • George DelHoyo sebagai Señor Flan, ahli pemuzik burung hantu yang bermain akordion[perlu rujukan]
  • Charles Fleischer sebagai Elbows
  • Beth Grant sebagai Bonnie
  • Ryan Hurst sebagai Jedidiah
  • Vincent Kartheiser sebagai:
    • Ezekiel
    • Lasso Rodent
  • Hemky Madera sebagai Chorizo[perlu rujukan]
  • Alex Manugian sebagai Spoons, seekor mencit[perlu rujukan]
  • Mark McCreery sebagai Parsons
  • Joe Nunez sebagai Rock-Eye
  • Chris Parson sebagai:
    • Hazel Moats
    • Kinski[perlu rujukan]
    • Stump[perlu rujukan]
    • Clinker
    • Lenny
    • Boseefus
    • Dirt Kid
  • Lew Temple sebagai:
    • Furgus
    • Hitch
  • Alanna Ubach sebagai:
    • Boo Cletus
    • Fresca Miss
    • Daisy
  • Gore Verbinski sebagai:
    • Sarjan Turley
    • Crevice
    • Slim
    • Lupe, ahli pemuzik burung hantu yang bermain biola[perlu rujukan]
  • Kym Whitley sebagai Melonee
  • Keith Campbell sebagai Sod buster

Pembangunan

Filem ini diterbitkan oleh Nickelodeon Movies, syarikat penerbitan milik Gore Verbinski iaitu Blind Wink, dan GK Films milik Graham King. Animasi CGI dilakukan oleh Industrial Light & Magic (ILM), menjadikannya filem animasi yang dilakukan oleh ILM, yang merupakan syarikat kesan khas.[9] Semasa rakaman suara, para pelakon diberikan pakaian dan seu "untuk membolehkan mereka menjiwai budaya koboi Wild West". Pelakon Johnny Depp mempunyai jadual 20 hari supaya dia boleh melakonkan watak Rango, manakala pembikin filem turut menjadualkan pelakon tambahan supaya mereka boleh melakonkan babak mereka bersama-sama Depp dan berinteraksi bersamanya.[10] Verbinski berkata cubaannya untuk menerbitkan Rango adalah untuk membikin sebuah filem "kecil" setelah bersusah-payah membikin triologi filem Pirates of the Caribbean, tetapi kemudian dia menyedari bahawa menerbitkan filem animasi sebenarnya lebih memenatkan serta lebih banyak memakan masa.[9][10]

Rujukan

  1. ^ "Rango (2011 film)". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada March 3, 2011.
  2. ^ Kaufman, Amy (March 3, 2011). "Movie Projector: 'Rango' expected to shoot down the competition". Los Angeles Times. Tribune Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-06. Dicapai pada March 3, 2011.
  3. ^ Billington, Alex. "Posters: Introducing: Johnny Depp as a Western Chameleon in Rango!", FirstShowing.net, June 28, 2010. WebCitation archive.
  4. ^ Mondello, Bob. "Ride 'Em, Chameleon! 'Rango' A Wild, Wacky Western", NPR.org, March 4, 2011. WebCitation archive.
  5. ^ "Abigail Breslin in Rango and The Hunger Games?", "The Stacks" (section), "Ink Splots 26" (column), Scholastic Corporation, March 4, 2011. WebCitation archive.
  6. ^ a b O'Hehir, Andrew. "'Rango' and the rise of kidult-oriented animation", Salon.com, March 2, 2011. WebCitation archive.
  7. ^ a b c Coyle, Jake. "Movie review: 'Rango'", Associated Press via NorthJersey.com, March 4, 2011. WebCitation archive.
  8. ^ della Cava, Marco R. "'Rango' team can't be caged", USA Today, March 4, 2011, p. 1D. WebCitation archive
  9. ^ a b Moody, Annemarie. "ILM Jumps to Features with Rango", Animation World Network, September 12, 2008. WebCitation archive.
  10. ^ a b Vejvoda, Jim. What Exactly is Rango?", IGN.com, June 30, 2010. WebCitation archive

Pautan luar