Rahim Othman

  • Carefree
  • Taib Othman
  • Omar Taib
  • Kumpulan Gersang
  • Kumpulan Mega
  • Kid Search
  • Din Search
  • Lomaq Kris
  • Joey BPR

Abdul Rahim bin Othman (12 Januari 1955 – 16 Julai 2015) atau lebih dikenali sebagai Rahim Othman merupakan seorang komposer, penerbit album dan pemuzik yang terkenal di Malaysia. Rahim Othman mula mencipta nama di persada muzik tanah air apabila menganggotai kumpulan pop terkenal Carefree sebagai pemain seruling (flute).

Merupakan adik kepada komposer dan pemain saksofon terkenal iaitu Allahyarham Taib Othman, Rahim adalah bapa saudara kepada dua gitaris kumpulan rock lagenda Search iaitu Kid dan Din serta pemain bass kumpulan Kris iaitu Lomaq. Beliau juga merupakan sepupu kepada komposer terkenal Allahyarham Omar Taib serta cicit kepada Dato' Bentara Luar Johor iaitu Allahyarham Dato' Salleh Perang.

Banyak lagu ciptaan beliau yang menjadi siulan peminat sehingga kini, antaranya Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1991 dan Untukmu Ibu dendangan kumpulan Exists.

Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2015 pukul 4:45 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor kerana komplikasi paru-paru.[1]

Lagu ciptaan

  • Masih Aku Terasa - Gersang
  • Suratan Takdir - Gersang
  • Bersama Suara Hati - Gersang
  • Kau Yang Tak Mengerti - Teja
  • Takdir Dan Waktu - Mega
  • Untukmu Ibu - Exists
  • Alasanmu - Exists
  • Nina - Slam

Rujukan

  1. ^ http://origin.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015/07/68380/komposer-rahim-othman-meninggal-dunia-pagi-tadi