Polis Peronda

Polis Peronda atau Polis Peronda:Ranjau Jalanan merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di TV3 .Drama ini bersiaran pada 28 Jun 2024 dan disiarkan setiap hari Jumaat jam 10:00 malam juga boleh menonton di laman web rasmi Tonton .[1]

Siri 33 episod ini mempaparkan cabaran anggota polis peronda daripada Unit Rondaan Kereta (MPV/URK) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (MPU/URB) dalam harungi pelbagai cabaran termasuk tangani kes jenayah seperti ragut,samun,pergaduhan dan bunuh selain cabaran sebagai anggota kedua-dua unit hadapi masalah peribadi .

Polis Peronda
GenreAksi, drama, jenayah
Dibangunkan oleh
  • Skop Productions
  • Polis Diraja Malaysia
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
  • Datuk Yusof Haslam
  • C. Kumaresan
  • Syafiq Yusof (bersama)
Dibintangi oleh
  • Shah Iskandar
  • Raja Afiq
  • Soffwany Yusoff
  • Puteri Sarah Liyana
  • Ramona Zamzam
  • Ali Reza
  • Kodi Rasheed
  • Shekeen Waida
  • Shyrim Husni
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod33
Penerbitan
Penerbit eksekutifFetty Hj. Ismail
Salmah Hj. Ismail
PenerbitACP (K) Datuk Yusof Haslam
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Jun 2024 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Gerak Khas (1999–2021)
Gerak Khas Undercover (2021–2022)

Sinopsis

Mengisahkan cabaran anggota dan pegawai peronda IPD Gombak,Selangor dalam usaha menjaga keamanan di daerah itu , Koperal Bani (Shah) seorang anggota MPV berpengalaman sentiasa menjaga disiplin, Integriti dirinya dan disenangi oleh rakan setugas Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dan Sarjan Othman (Shyim Husni) manakala URB pula Lans Koperal Husin (Kodi) dan Ali (Urwan ) sentiasa memberi komitmen terbaik buat mereka.[2]


Mereka juga disenangi oleh pegawainya seperti ASP Daniel (Reza), Inspektor Sarah (Puteri Sarah) dan Inspektor Elly (Ramona) kerana tanggungjawab yang dibawa oleh Bani.Dalam masa sama Bani seorang Bapa kepada dua anaknya iaitu Fariz dan Shira serta suami kepada isterinya.

Pelakon & Watak

Unit Peronda Kereta

Shah Iskandar sebagai Koperal Bani, seorang anggota MPV berkhidmat 15 tahun yang berpegang teguh amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat,pasukan .Di luar beliau seorang bapa penyayang dan tegas kepada dua anaknya

Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar,rakan setugas Koperal Bani berkhidmat Lima tahun

•Ali Reza sebagai ASP Daniel

Puteri Sarah Liyana sebagai Insp Sarah

Ramona Zamzam sebagai Insp Elly

•Arnie Shasha Ismail sebagai Lans Koperal Shasha

•Soffwany Yusof sebagai Lans Koperal Delisha

•Shyim Husni sebagai Sarjan Othman,Penyelia URB & URK IPD Gombak

•Inspektor Wan Safrie sebagai dirinya sendiri (bertindak sebagai penasihat Teknikal)[3]

Unit Rondaan Bermotorsikal

•Arwan Umar sebagai Lans Koperal Ali

Kodi Rasheed sebagai Lans Koperal Husin

PELAKON UNDANGAN

Setiap episod Polis Peronda akan tampilkan oleh ramai pelakon undangan seperti berikut:[1]

Koperal Bani (Episod 1-2)

Sinopsis:Koperal Bani dan Lans Koperal Amar menahan dua remaja atas kesalahan membawa kereta tanpa lesen manakala Lans Koperal Husin,Ali meleraikan pergaduhan kecil selain meronda cegah jenayah ragut.Sementara itu Rudi terlibat dengan kumpulan samun bersenjata bagi langsaikan hutang ceti haram bernama Chai selain mempunyai isteri sarat mengandung . Bagaimanapun Rudi telah bunuh Chai kerana tidak sanggup dengan gangguan mereka selain membunuh Sam dan rakan-rakan tetapi akhirnya Rudi ditangkap tanpa merasa duit hasil rompakan. Sementara itu Lans Koperal Ali membuat kesalahan ponteng ketika bertugas sehingga dimarahi oleh Sarjan Othman

Jay Iswazir sebagai Rudy, Seorang kaki judi dan meminjam duit daripada ceti haram kemudian menyertai kumpulan rompakan ketuai oleh Sam

•Effa Naresha sebagai Shima

•Mazlee Razli sebagai Sam ,Ketua kumpulan rompakan

•Kok Hao Lin sebagai Chai,Pengutip hutang haram

Food Rider (Episod 3-4)

Koperal Bani dan Lans Koperal Amar berhadapan dengan segelintir penghantar makanan bermotorsikal (food rider) yang melakukan kesalahan lalu lintas di sekitar daerah Gombak .Jojo merupakan seorang food rider yang mempunyai sikap panas baran dan sering melakukan kesalahan semata-mata kejar pesanan pelanggan, namun satu hari Jojo dan rakan-rakan diburu polis kerana terlibat kes mencederakan seorang pemandu kereta yang dilakukan oleh Jojo.

Sementara itu isteri Jojo iaitu Ana telah menegur , nasihat kepada beliau supaya ubah perangai namun Jojo tidak endahkan nasihat tersebut.Berikutan kes belasah pemandu kereta rakan-rakan Jojo terpaksa elak laluan sekatan jalan raya ,dalam masa sama Jojo melakukan perkara sama apabila dua food rider cuba heret ke balai polis tetapi dibelasah namun mujurlah dua pemuda tadi membuat laporan polis dan berjaya menangkap rakan-rakan Jojo selepas itu Lans Koperal Husin, Ali pergi ke rumah Jojo dan bertembung Jojo semasa turun tangga akhirnya dikejar oleh Lans Koperal Husin,Ali diikuti Koperal Bani,Lans Koperal Amar serta Insp Wan Maka berlaku kejar mengejar tapi Jojo dilanggar oleh sebuah kereta dan mati ditempat kejadian.

Amai Kamarudin sebagai Jojo

Duri Jalanan (Episod 5)

Insp Sarah bersama Koperal Bani dan Lans Koperal Amar sedang membuat rondaan kemudian ternampak sebuah kereta penjenayah yang baru membuat rompakan di sebuah kedai . Sementara itu Insp Wan dan anggota lain berjaya sekat kereta tersebut lepas itu berlaku tembak menembak antara penjenayah dengan Insp Sarah,Insp Wan akhirnya 3 penjenayah ditembak mati oleh Sarah sendiri seterusnya mendapat pujian daripada ASP Daniel dan masyarakat.

Dalam pada itu Sazali seorang penanggur berdepan masalah apabila beliau dibuang kerja selepas terjadi hubungan sulit dengan seorang pekerja.Isterinya Rina tidak tahan dengan Sazali kerana asyik meminta Wang daripadanya dan kerap memukul jika tidak memenuhi, suatu hari Sazali dan Rina bergaduh dalam kereta sehingga Koperal Bani,Lans Koperal Amar dan Lans Koperal Delisha ternampak terus memujuk mereka berdua tidak habis itu Sazali mencederakan Rina sehingga melarikan diri sebelum kereta Peronda tiba.Akhirnya Sazali ditangkap atas kesalahan keganasan rumah tangga.

Wan Raja sebagai Sazali

Sabrina Ali sebagai Rina

Trivia

•Drama Polis Peronda adalah cerita pertama menangkat kisah polis peronda dan idea ini datangnya daripada Dato Yusof Haslam sejak dahulu lagi namun idea terperap sekian lama kerana ingin tumpukan drama Gerak Khas,Roda-Roda Kuala Lumpur di RTM dan Gerak Khas Undercover di TV3 , namun idea itu berjaya direlisasikan oleh anaknya Syafiq Yusof dan pengarah episode lain.Malah drama Polis Peronda cuba lari bayangan fenomena Gerak Khas setelah 20 tahun bersiaran di dua stesen TV iaitu RTM dan TV3.

•Shah Iskandar kembali menjadi pelakon utama selepas berehat tempoh panjang dan kerap mendapat pelakon pembantu, untuk jayakan drama ini berat badan diturunkan kepada 83kg demi bawa watak anggota polis [4]


•Lokasi penggambaran dijalankan sekitar Gombak namun hanya adegan pejabat dilakukan di pejabat Skop Production,Setapak dan adegan lain di Sentul .


•Semasa menjalani penggambaran drama ini dilakukan ketika bulan ramadhan tahun 2023,menurut Raja Afiq dan Shasha dalam program di sebalik tabir, semua pelakon dan krew terpaksa lakukan babak lasak meskipun di saat jalani ibadah puasa tetapi berjaya selesaikan seperti tetapkan.


•Puteri Sarah pertama kali membawa kelainan watak yang selalu sinonim watak antagonist,lemah lembut dalam mana-mana projek di stesen TV lain.

•Kodi Rasheed pernah bekerjasama dengan Syafiq Yusof menerusi filem Sheriff: Narko Integriti pada 2023 diikuti Ramona terlibat dalam KL Special Force pada 2017 ,tetapi Ali Reza dan Puteri Sarah kali pertama bekerja dibawah beliau .

•Kereta peronda Honda Civic dan motorsikal Kawasaki Ninja digunakan kenderaan rasmi drama Polis Peronda: Ranjau Jalanan



Rujukan

  1. ^ a b [1]
  2. ^ "Polis Peronda: Drama Bersiri Kepolisan Terbaru Dari Yusof Haslam dan Syafiq Yusof". BACKSTAGE.MY (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-27. Dicapai pada 2024-06-28.
  3. ^ TV3MALAYSIA Official (2024-06-19), [CLIP] MHI (20 Jun 2024): Pelancaran Drama Polis Peronda Ranjau Jalanan | Tonton, dicapai pada 2024-07-01
  4. ^ Drama Sangat Official (2024-06-23), [DI SEBALIK TABIR] Polis Peronda (2024) | Tonton, dicapai pada 2024-06-28