Perikatan Utara

Bendera yang digunakan oleh Barisan Islam Bersatu
Peta keadaan di Afghanistan pada akhir 1996; menunjukan wilayah-wilayah Massoud (merah), Dostum (hijau) dan Taliban (kuning). Perikatan Utara merujuk kepada wilayah yang berwarna merah dan hijau.

Barisan Bersatu (Barisan Islam Bersatu untuk Keselamatan dari Afghanistan, UIF, Jabha-yi Muttahid-i Islami-yi Milli bara-yi Nijat-i Afghanistan), yang dikenali di Barat sebagai Perikatan Utara Afghanistan adalah sebuah pertubuhan payung ketenteraan-politik yang ditubuhkan oleh Negara Islam Afghanistan pada tahun 1996 di bawah kepimpinan Menteri Pertahanan Ahmad Shah Massoud. Pertubuhan ini menyatukan kesemua kumpulan etnik di Afghanistan untuk menentang Taliban Afghanistan yang mana disokong oleh Pakistan dan Al Qaeda. Etnik yang menyertai Perikatan Utara termasuk orang Tajik, Pashtun, Hazaras, Uzbeks, Turkmen dan lain-lain.

Pada akhir tahun 2001, selepas serangan dalam Peristiwa 11 September ke di Amerika Syarikat yang membunuh 3,000 orang, Perikatan Utara berjaya merampas kebanyakan wilayah Afghanistan daripada kawalan dengan bantuan daripada angkatan tentera dan pasukan khas Amerika Syarikat. Walaupun bimbang akan berulangnya kekacauan sama seperti yang berlaku semasa perang saudara 1992-1996, kesemua puak dalam Perikatan Utara menerima pemerintahan kerajaan sementara yang diketuai oleh Presiden Hamid Karzai.

Rujukan

Pautan luar


Starving to Death Afghanistan (documentary report March 1996) by Journeyman Pictures/ABC Australia
  • Taliban attack Kabul and Massoud
Massoud's Last Stand - Afghanistan (documentary report 1997) by Journeyman Pictures/ABC Australia
  • Afghanistan in 1997
Afghanistan Revealed (documentary film 2001) by National Geographic
Inside the Taliban (documentary film 2007) by the National Geographic
  • Inside the Taliban
Lain-lain
  • The Last Interview with Ahmad Shah Massoud Diarkibkan 2006-09-25 di Wayback Machine Piotr Balcerowicz, early August 2001]
  • Proposal for Peace, promoted by Commander Massoud, in English Diarkibkan 2012-03-10 di Wayback Machine in Dari (Persian) Diarkibkan 2011-07-15 di Wayback Machine
  • Northern Alliance at FAS
  • Who are the Northern Alliance?, BBC, 13 November, 2001
  • Afghanistan's Northern Alliance, BBC, 19 September, 2001
  • Human Rights Watch on the UIF