Perhimpunan Agung UMNO 2008

Perhimpunan Agung UMNO 2008
Pusat Dagangan Dunia Putra (kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)
Tarikh24-28 Mac 2009
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Bandar rayaKuala Lumpur, Malaysia
PengerusiBadruddin Amiruldin
Persidangan sebelum iniPerhimpunan Agung UMNO 2007
Persidangan seterusnyaPerhimpunan Agung UMNO 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2008 ialah sebuah siri perhimpunan agung bagi parti politik di Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia merupakan perhimpunan agung parti tersebut untuk kali ke-58. Ia berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 28 Mac 2009, selepas berlakunya beberapa pindaan tarikh.[1] Dalam perhimpunan ini, dijadualkan berlangsung pemilihan kepimpinan baharu yang sepatutnya berlangung pada 2007.[2]

Pindaan tarikh

Ia dijadualkan berlangsung pada Mac 2008. Ia ditangguhkan ke 16 Disember 2008, iaitu selepas semua parti komponen Barisan Nasional (BN) - yang diterajui UMNO - selesai mengadakan mesyuarat agung parti masing-masing. Penangguhan tersebut juga bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2008.[2]

Walai bagaimanapun, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO memutuskan tarikh perhimpunan agung UMNO kemudiannya ditunda ke 24-28 Mac 2009. Ini berlaku disebabkan kekalahan besar yang dialami BN dalam pilihan raya umum, di samping bagi memastikan peralihan kepimpinan antara presiden semasa, Abdullah Ahmad Badawi dengan penggantinya, Najib Razak berjalan dengan lancar.[3]

Praperhimpunan

Surat Tengku Razaleigh

Surat Tengku Razaleigh kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi agar kerajaan memugar semula dasar-dasar Barisan Nasional dan terasnya UMNO terus relevan kepada generasi akan datang. Sekiranya masih ada jurang antara pemimpin dengan rakyat dan UMNO dikuasai golongan elit sahaja serta memperlekeh golongan remaja dan terpelajar, detik kematian UMNO tidak jauh lagi.

Tetapi ramai pihak prasangka dengan Tengku Razaleigh Hamzah itu kerana beliau pernah cuba bertanding menentang Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Peliknya beliau dengan selamba berpakat dengan Musa Hitam untuk bertanding menentang Mahathir Mohamad pada 1987. Tindakan beliau dianggap tidak berpendirian apatah lagi menubuhkan Parti Semangat 46 dan menyertai semula UMNO. Tengku Razaleigh dilihat cuba 'menangguk di air keruh' menjatuhkan Abdullah dalam situasi gawat politik sekarang.

Pemilihan UMNO

Beberapa kali pemilihan UMNO telah ditangguhkan dengan alasan kestabilan dan mengelakkan pepecahan. Sepatutnya November 2007 ada pemilihan UMNO tetapi ditangguhkan ke Disember 2008. Ada cadangan ditanggunkan lagi ke Jun 2009 seperti kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhammad Taib pada 25 Mac 2008. Sebelum ini pemilihan UMNO diadakan pada 2004 .

Pemilihan dilihat tidak serasi dengan UMNO kerana politik wang akan berlaku. Persoalan pro dan kontra dibincangkan tanpa sebarang penyelesaian. Veteran UMNO mahu generasi muda belajar dari pengalaman. Tidak lari gunung dikejar.Pemimpin muda tentu mahu mencuba nasib kepimpinan mereka. Veteran UMNO dan BN dilihat menyumbang kekalahan PRU 2008.

Umno Bahagian Cheras pula menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu di semua peringkat, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. 12 resolusi yang dilulus oleh Umno Bahagian Cheras pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat. Ketua Umno bahagian Cheras ialah Syed Ali Al-Habshee.

Jawatan yang cukup dijaga agar tidak berpecah ialah jawatan Presiden UMNO. Pengalaman 1987 mengajar betapa buruknya perpecahan hingga UMNO diharamkan. Beberapa syarat tambahan dikenakan agar calon yang hendak bertanding mendapat sejumlah undi pencadang. Sistem kuota pencalonan mensyaratkan calon Presiden hendaklah mendapat 30 peratus pencalonan (atau dari 58 bahagian).[4]

Perlembagaan UMNO telah menetapkan kuota bagi sesiapa yang hendak bertanding jawatan tertinggi peringkat pusat. Tujuannya agar tidak ada ahli yang kacau daun, menyusahkan dan tidak ada sokongan akar umbi yang saja-saja bertanding dan mencabar Mahathir Mohamad ketika itu. Sistem kuota memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka.[5]

Najib Razak menjadi calon tunggal Presiden UMNO setelah Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat tidak bertanding sebagai Presiden UMNO. Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan hasrat untuk bertanding tidak dapat bertanding kerana tidak mendapat kouta yang mencukupi. Beliau hanya mendapat satu percalonan sahaja iaitu dari bahagian Gua Musang.

Tindakan Lembaga Disiplin UMNO

Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengisytiharkan calon-calon yang didapati bersalah kerana telah melanggar tataetika parti. Mohd Ali Rustam telah hilang kelayakan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tidak digantung. Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO berkaitan dengan politik wang. Khairy Jamaluddin pula hanya diberi amaran walaupun didapati bersalah dalam tataetika UMNO.

Semasa perhimpunan

Perhimpunan kali ini mendapat kejutan apabila mantan Presiden UMNO, Mahathir Mohamad hadir sebagai jemputan, walaupun telah keluar parti tersebut pada 19 Mei 2008 kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu. Beliau kemudiannya mengumumkan penyertaan semula ke dalam UMNO setelah kepimpinan UMNO berlaku peralihan.[6]

Selain itu perhimpunan kali ini membincangkan survival UMNO untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu dan Transformasi UMNO setelah UMNO terkena tsunami poltik pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.

Agenda perhimpunan

Presiden UMNO yang baru telah menetapkan beberapa agenda baru UMNO setelah beliau memimpin UMNO. Antara agenda beliau ialah mengkaji semula sistem kouta dalam memilih kepimpinan baru UMNO, dan pengundian yang sebelum ini hanya dibuat oleh hanya sekitar 2000 perwakilan di perhimpunan, akan diganti dengan sistem yang lebih ramai akan mengundi iaitu termasuk dari 191 bahagian UMNO seluruh negara.[7]

Pemilihan UMNO

Perhimpunan pada kali ini tertumpu kepada pemilhan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO dan tiga sayap di bawahnya iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri. Pada kali ini, Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi mengetuai perhimpunan buat kali terakhir kerana tidak mempertahankan jawatan tersebut.[3] Najib Razak diisytiharkan sebagai Presiden UMNO ke-7 setelah menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi oleh Muhyiddin Yassin yang mengalahkan Muhammad Haji Muhammad Taib. Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh tiga muka baru iaitu Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Mohd Shafie Apdal.

Rujukan

  1. ^ "Menang tanpa bertanding, Najib Presiden Umno Mac 2009 - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2008-11-03. Dicapai pada 2024-08-04.
  2. ^ a b "Tangguh AGM Umno tidak bercangga perlembagaan parti - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2008-09-29. Dicapai pada 2024-08-04.
  3. ^ a b Sabri, Muda Mohd Noor & Abdul Rahim (2008-10-08). "Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-08-04.
  4. ^ [1], "Jika pemilihan dibuat tahun ini Umno tambah huru hara", Harakahdaily.net, 26 Mac 2008.
  5. ^ Sistem Kuota Perlu Dimansuhkan, Kata Mahathir
  6. ^ "Tun Mahathir sahkan akan sertai semula Umno - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-03-28. Dicapai pada 2024-08-05.
  7. ^ "Najib: Cara pemilihan Umno diubah, sistem kuota dikaji - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-03-26. Dicapai pada 2024-08-05.
  • l
  • b
  • s
Perhimpunan Agung UMNO]
  • 1990
  • 1991
  • 1992
  • 1993
  • 1994
  • 1995
  • 1996
  • 1997
  • 1998
  • 1999
  • 2010
  • 2011
  • 2012
  • 2013
  • 2014
  • 2015
  • 2016
  • 2017
  • 2018
  • 2019
  • 2020
  • 2021
  • 2022
  • 2023
  • 2024
  • l
  • b
  • s
Politik


Jata Malaysia
Diplomasi
Darjah Kebesaran
Kepimpinan
Antarabangsa
Persekutuan
Jemaah Menteri
Dewan Rakyat Malaysia
Negeri
Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
Dewan Negeri Johor
Parti Politik
Kediaman
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar Johor
  • Saujana
Pendidikan
Keluarga
Buku

Laman Wikiberita Berita • Buku Wikipedia Buku • Portal • Laman Commons Gambar • Kategori Kategori • Laman Wikiquote Petikan • Laman WikiProject Projek • List-Class article SenaraiLaman Wikisource Sumber