Perempuan Dalam Pasungan

Perempuan Dalam Pasungan ialah sebuah siri drama Malaysia 2014 arahan Zul Huzaimy dibintangi oleh Dato' Eizlan Yusof, Dato' Rafiena Ezanee Ramli, Zul Huzaimy dan Lia Natalia. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima dan Astro Maya HD pada 14 Mac 2014.

Perempuan Dalam Pasungan
GenreCinta
Keluarga
Konflik
Ditulis olehHaida Mazni
PengarahZul Huzaimy
Dibintangi oleh
  • Dato' Eizlan Yusof
  • Dato' Rafiena Ezanee Ramli
  • Zul Huzaimy
  • Lia Natalia
Lagu pembukaanKisah Hati - Alyah
Lagu penutupKisah Hati - Alyah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Eizlan Yusof
Catherina Batrisya Taufik
Christinaa Zaraa Mazlan
Nur Fazriena Ezwanie Ramli
PenerbitDato' Rafiena Ezanee Ramli
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Darkwave Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Mac 2014 – 1 Mei 2014

Sinopsis

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Fariena yang dipasung oleh ‘takdir’ hidupnya sendiri. Percintaan yang terjalin sejak dari bangku sekolah dengan Kamarulzaman ditentang keras oleh kedua orang tuanya kerana mereka berbeza darjat. Papa Fariena memperkenalkan Farid yang akhirnya berjaya membuat Fariena jatuh cinta pada Farid.

Farah yang merupakan kawan baik kepada Fariena pula masih menaruh perasaan terhadap Alex. Manakala Alex pula menaruh hati pada Fariena, tetapi Fariena menolak cinta Alex. Farid pula dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji oleh ayahnya. Mama Farid menentang keras namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia terlalu inginkan Fariena menjadi menantunya. Farid terima Alisya sebagai isterinya kerana terpaksa.

Cinta yang dipasung oleh takdir menjadi semakin rumit bila Fariena nekad balik ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan menuntut kembali janji Farid. Farid dalam masa yang sama sudah mula sayangkan Alissya dan anak mereka Adelia. Farah yang rasa bersalah dengan apa yang berlaku cuba menyatukan kembali cinta Farid dan Fariena.

Apakah kesudahan perjalanan hidup Fariena? Adakah dia berjaya mendapat cinta sejati yang dicari selama ini, atau kembali pada Farid, cinta yang terlalu diagung-agungkan selama ini. Apakah yang tejadi pada Kamarulzaman, bekas kekasih Fariena yang masih manaruh harapan yang tinggi pada Fariena?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Tambahan

  • Kak Nurin Talent Agency

Rujukan