Pelumba Malam

Pelumba Malam
PengarahA. R. Badul
Dihasilkan olehZainal Nazeri Zainuddin
DibintangiSabree Fadzil
Noreen Noor
SinematografiBade Hj. Azmi
Muzik olehP.H Lim
A. R. Badul
Syarikat
penerbitan
Pengedar Utama Sdn. Bhd. (kini Primeworks Studios)
Tarikh tayangan
1989
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pelumba Malam merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 1989 arahan A. R. Badul. Filem Pelumba Malam diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Pelumba Malam mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sabree Fadzil, Noreen Noor dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Pelumba Malam diarah oleh pengarah A. R. Badul pada 1989.

Ringkasan

Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. Sepanjang Rizal di hospital, Ema yang telah lama menjadi teman Rizal secara menyamar menceritakan latar belakang kegiatan Rizal kepada Jeff. Akhirnya Rizal dapat tahu yang Ema bekerja rapat dengan Jeff. Rizal mengambil langkah menawan Ema sebagai tebusan.

Pelakon

  • Sabree Fadzil sebagai ASP Jeffrie
  • Noreen Noor sebagai Ema
  • Azmi Mohamad sebagai Rizal
  • Erma Fatima sebagai Tini
  • Mustapha Kamal sebagai Zul
  • Edika Yusof
  • Sidi Oraza sebagai Lan
  • Wann

Lagu

  • Jawapan Yang Kelabu

Pencapaian

  • Festival Filem Malaysia ke-8, 1989
    • Jurukamera Terbaik: Badaruddin Haji Azmi
    • Lagu dan Penggubahan Terbaik: A. Ali

Lihat juga

Pautan luar

  • Filem Kita - Pelumba Malam