Parti Radikal Malaya

Parti Radikal Malaya
PemimpinN.K. Menon (1952-1966)
Dr. Lim Chong Eu (1951-1952)
Ditubuhkan1951
Dibubarkan1966
Ibu pejabatPulau Pinang
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (1954-1959)
Politik Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN
Kerajaan Persekutuan
  • Perlembagaan Malaysia
  • Hak asasi manusia
  • Undang-undang
  • Kontrak sosial
  • Rukun Negara
  • Agama Persekutuan (Islam)
  • Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
  • Hak istimewa Melayu & Bumiputera

  • Kerajaan gabungan
  • Kerajaan perpaduan


  • Politik di negeri-negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s


Parti Radikal Malaya adalah sebuah parti pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 1951 sebelum Tanah Melayu merdeka, tahun yang sama tertubuhnya sebuah lagi parti pelbagai kaum, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Penubuhan parti ini dimulakan oleh C.O. Lim dan beberapa orang bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Menjelang tahun 1954, parti ini banyak kehilangan anggota setelah masing-masing keluar untuk menyertai Persatuan Cina Malaya (MCA), termasuklah pemimpinnya, Dr Lim Chong Eu.

Di bawah kepimpinan N. K. Menon, Parti Radikal menyertai Parti Perikatan Pulau Pinang pada Oktober 1954 tetapi berpisah pada 1959 selepas seorang pemimpinnya, Oliver Phipps, bertanding menentang Perikatan dalam pilihan raya umum Tanah Melayu tahun tersebut. Parti ini dibubarkan oleh pendaftar pertubuhan Malaysia pada 1966[1].

Penyertaan dalam pilihan raya

Parti Radikal menyertai pilihan raya pertama di Tanah Melayu, pilihan raya majlis bandaran George Town, Pulau Pinang yang berlangsung pada 1 Disember 1951. Selain Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya dan UMNO turut menyertai pilihan raya tersebut. Parti Radikal berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi bagi Majlis Bandaran George Town tersebut.[2]

Semasa dalam Perikatan, Parti Radikal bersama-sama menyertai pilihan raya negeri Pulau Pinang pertama yang berlangsung pada 19 Februari 1955. Parti Radikal diberikan satu kerusi iaitu di DUN Jelutong dan menang dalam pilihan raya tersebut menerusi calonnya, N.K. Menon.

Lihat juga

Pautan Luar

  • Wikipedia Bahasa Inggeris Malaysian Chinese Association Lihat seksyen History Formation.

Rujukan

  1. ^ http://www.singapore-elections.com/malaysia-political-parties/radical.html
  2. ^ Personalized politics: the Malaysian state under Mahathir, By In-wŏn Hwang, 2003, Institute of Southeast Asian Studies, ISBN 981-230-185-2
  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen