Pan Yuliang

Pan Yuliang
潘玉良
Foto Pan tahun 1930
Kelahiran(1895-06-14)14 Jun 1895
Yangzhou, Jiangsu, China
Meninggal dunia22 Julai 1977(1977-07-22) (umur 82)
Paris, Perancis
DikebumikanTanah Perkuburan Montparnasse, Paris
WarganegaraChina
Nama lainZhang Yuliang, Chen Xiuqing, Pan Shixiu
PendidikanHong Ye, Zhu Qizhan, Wang Jiyuan
Pusat pendidikan
  • Sekolah Seni Halus Shanghai
  • Institut Franco-Chinois de Lyon
  • École Nationale des Beaux-Arts de Lyon
  • École Nationale des Beaux-Arts de Paris
  • Accademia di Belle Arti, Roma
PekerjaanPelukis
Karya terkenal
Nu ren ti (女人體)
Anugerah
  • Female Nude receives the Roman International Art Exhibition’s Gold Prize
  • Paris Gold Prize
  • L'art Libre Confédération Française. Salon International Prize
  • Gold Medal, French Cultural Education Prize"
  • Hadiah Arts-Sciences-Lettres
Pan Yuliang
Tulisan Cina Tradisional潘玉良code: zh is deprecated
Transkripsi

Pan Yuliang (Bahasa Cina: 潘玉良code: zh is deprecated , nama asal: Zhang Yuliang 張玉良; 14 Jun 1895 – 22 Julai 1977) ialah pelukis dari China. Beliau merupakan pelukis pertama dalam kalangan wanita dari negara itu yang mengkhusus dalam gaya Barat terutamanya dalam gaya Modenisme hasil didikannya di Shanghai and Paris.

Beliau tidak sahaja memperkenalkan gaya seni Barat ke China tetapi juga memberikan sudut pandang terhadap orang yang ditumpukan dalam lukisan dikaryakannya, terutamanya subjek wanita. Beliau juga merupakan pengajar di École des Beaux Arts. Karya-karyanya tidak sahaja terpamer serata dunia sejauh Amerika dan Jepun, tetapi juga memenangi seberapa anugerah cemerlang.

Awal hidup

Beliau lahir di Yangzhou, Provinsi Jiangsu tahun 1895 di mana beliau diberi nama asal Chen Xiuqing sebelum ditukar kepada Zhang Yuliang (張玉良). Setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia usia 14 tahun, Yulinag dijual seorang bapa saudaranya[1] kepada rumah pelacuran.

Tidak lama kemudian, kehadiran Zhang menarik perhatian Pan Zanhua,[2] seorang pegawai kastam kaya yang membelinya lalu memerdekakannya. Pan mengahwini Zhang sebagai isteri keduanya, Zhang turut mengambil nama keluarganya sekali[2] sebagai Pan-Zhang Yuliang (潘張玉良) dalam suatu surat wasiat;[3] Pan turut memberi peluang kepada Yuliang mendapatkan pendidikan sebaiknya.

Pendidikan

Pasangan berdua itu berpindah ke Shanghai untuk memasukkan Yuliang ke Sekolah Seni Shanghai tahun 1920.[4] Beliau melanjutkan pelajaran ke Lyon dan Paris atas tajaan suaminya.

Beliau berjaya mendapatkan biasiswa ke Accademia di Belle Arti di kota Roma, Itali tahun 1925.[2][1]

Kerjaya seni

Potret diri tahun 1924

Senja hidup

Tidak lama setelah kematian beliau, banyak karyanya dibawa ke China tahun 1985 - sebahagian besarnya disimpan di Muzium Seni Kebangsaan Beijing sementara ada yang lain dibawa ke Muzium Hefei, Anhui. Ada juga seberapa lukisan, catan dan ukiran yang sedang dipulihkan di Perancis di bawah kelolaan Muzium Cernuschi.

Gaya seni

Rujukan

  1. ^ a b PHYLLIS, TEO (2010). "MODERNISM AND ORIENTALISM: THE AMBIGUOUS NUDES OF CHINESE ARTIST PAN YULIANG". New Zealand Journal of Asian Studies (dalam bahasa Inggeris). 12, 2: 65–80.
  2. ^ a b c "Pan Yuliang's painting of bathing nudity", (dalam bahasa Inggeris) China Daily, 11 November 2006. Dicapai pada 1 Januari 2008
  3. ^ Dong, Song (6 Februari 2011). "女画家潘玉良姓名考-新闻-华东站 -雅昌艺术网". huadong.artron.net. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  4. ^ Zheng, Jane (2007). "The Shanghai Fine Arts College: Art Education and Modern Women Artists in the 1920s and 1930s". Modern Chinese Literature and Culture (dalam bahasa Inggeris). 19 (1): 206.