N. Gobalakrishnan

Tuan

Gobalakrishnan Nagapan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Serai
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Lim Bee Kau
Digantikan oleh N. Surendran
Majoriti11,738 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir23 Mac 1960 (64 tahun)
Sitiawan, Perak
Parti politik Kongres India Malaysia (2017-kini)[1]
BEBAS (2011-2017)
Parti Keadilan Rakyat (-2011)
PasanganVasanthi Ramalingam (atlet kebangsaan)
PekerjaanAhli Politik

Gobalakrishnan Nagapan ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Padang Serai selama sepenggal (2008-2013).

Pendidikan

  • SRJK (Ing) Gandhi Memorial School, Sitiawan, Perak
  • SM Tok Perdana
  • SMJK Nan Hwa, Sitiawan
  • Kolej Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi, Selangor dalam bidang kejuruteraan elektrik (1978 - 1981)

Kerjaya

  • Pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad dari 1981-1993

Politik

  • Menjadi ahli politik MIC sepenuh masa dari tahun 1993-1999, pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC peringkat Nasional.
  • Menyertai Parti Keadilan Rakyat pada April 1999
  • Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - MCA, Datuk Boey Chin Gan dengan majoriti sebanyak 11,738 undi. Beliau memperolehi 28,774 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,036 undi.
  • Beliau menarik diri dari Parti Keadilan Rakyat kerana mendakwa bahawa penasihat Pakatan Pembangkang, Anwar, tidak mengambil berat kepada kaum india.[2]

Kontroversi

  • Beliau didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 19 Ogos 2009 atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 pada pada 18 Ogos 2009. Beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Gobalakrishnan dibenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.[3] Gobalakrishnan didakwa menghalang pegawai polis, M Karunamuthi daripada menjalankan tanggungjawabnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam (IKBN Bukit Mertajam) pada pukul 11 pagi. Selepas kejadian itu, Gobala dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan berkerusi roda dan tangan berbalut.
  • Pada 16 disember 2009, Gobalakrishnan didenda RM1000.00 atau 7 minggu penjara kerana menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai PDRM dalam satu perhimpunan haram anjuran Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, Gombak. Hakim Hasbi Hasan memutuskan demikian di Mahkamah Sesyen Shah Alam
  • Pada 9 November 2011, Gobalakrisnan diarah hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung artikel mengkritik peribadi peguam Manjeet Singh Dhillon bertajuk “Manjeet selalu burukkan kerajaan” dalam Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011. Hakim Datuk Akhtar Tahir bagi kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya setuju bahawa kritik itu menimbulkan subjudis memandangkan perbicaraan masih berjalan.[4]

Rujukan

  1. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/08/ex-mp-gobalakrishnan-rejoins-mic-after-18-years/
  2. ^ Anwar is plotting to sack me, says Gobala. "Gobalakrishnan said Anwar had on many occasions dared him to quit PKR and join Barisan Nasional whenever he brought up contentious issues concerning the Indian community."
  3. ^ "Gobala dituduh halang tugas polis", Malaysiakini.com. 19 Ogos 2009.
  4. ^ Gobalakrisnan hadiri prosiding kes bunuh Sosilawati

Pautan luar