Muhammad Radhi Razali

Radhi OAG
Kelahiran
Muhammad Radhi bin Razali

(1977-08-02) 2 Ogos 1977 (umur 47)
Kuching, Sarawak, Malaysia
PasanganShazlin Sharif – cerai
Kerjaya muzik
Genre
  • Rock alternatif
  • rock indie
  • pop rock
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • komposer
  • pelakon
Instrumen
  • Vokal
  • gitar akustik
Tahun aktif1992–kini
Pengkarya berkait
  • OAG
  • Flop Poppy

Muhammad Radhi bin Razali (lahir 2 Ogos 1977) yang dikenali sebagai Radhi OAG merupakan penyanyi utama kumpulan rock alternatif OAG sejak kugiran tersebut diasaskan.

Biodata

Radhi dilahirkan pada 2 Ogos 1977 dan berasal dari Kuching, Sarawak. Selain membuat rakaman dan persembahan bersama kumpulan muzik beliau, Radhi pernah muncul dalam rancangan realiti Sehati Berdansa dan Radhi Study Go!. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi telefilem Ora Ora Yeah di TV2 dan menjadi pelakon utama dalam filem Antoofighter.

Keluarga

Radhi berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005[1], lalu dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Mohd. Rifdhi Muslim pada akhir tahun yang sama. Mereka berdua pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa pada tahun 2007.[2]

Bagaimanapun, pernikahan Radhi dan Shazlin diwar-warkan agak goyah. Pada tahun 2008, tanda-tandanya timbul apabila Shazlin Sharif memfailkan tuntutan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Pada 4 Disember, perselisihan mereka reda seketika apabila Rifdhi yang ketika itu berusia 3 tahun nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang di banglo neneknya di Petaling Jaya lalu dikejarkan di hospital.[3]

Keretakan hubungan Radhi dan isterinya memuncak pada tahun 2009, apabila diketahui puncanya berbunyi ura-ura bahawa Shazlin menjalin hubungan dengan seorang lelaki lain.[4] Radhi pernah dikenakan waran tangkap beberapa kali kerana gagal hadir di mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerainya.[5] Oleh itu, Radhi dan Shazlin masih diisytiharkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh mahkamah, sehingga mereka mengumumkan cerai talak satu pada 8 Jun 2010.[6][7]

Diskografi

Bersama OAG

Lihat rencana OAG

Solo/Radhi-O

Sejak memulakan karier solo dengan menggunakan nama Radhi-O, Radhi telah merakam sebuah single bertajuk Infiniti yang telah ditulisnya ketika konflik bersama isterinya sebelum penceraian.[8] Radhi juga memaklumkan akan mengeluarkan single kedua bertajuk Limbo yang pertama kali didendangkan kepada wartawan sejurus selepas penceraiannya dengan Shazlin.[9]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Pohjee (Fauzi Deraman) Filem pertama
2010 V3 Samseng Jalanan Lan Ribut

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Ride TV9
2013–2014 OMG (Ohsem Music Group) Heman

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Puteri Histeria Fazli VCD
2007 Ora Ora Yeah TV2

Rujukan

  1. ^ Radhi (OAG), ShaZlin - Tangguh bulan madu kerana tsunami, Utusan Malaysia, 3 Januari 2005/
  2. ^ Siapa ke final Sehati Berdansa, Utusan Malaysia, 23 Disember 2007.
  3. ^ Anak Radhi OAG masuk ICU, Utusan Malaysia, 4 Disember 2008.
  4. ^ ‘Drama sebabak’ Radhi-Shazlin di luar Mahkamah Syariah, mStar Online, 28 Julai 2009.
  5. ^ Radhi OAG dikenakan waran tangkap lagi, Utusan Malaysia, 3 November 2009.
  6. ^ Radhi Cerai Shazlin Talak Satu, gua.com.my, 9 Jun 2010.
  7. ^ Sein Ruffedge dan Nana bercerai
  8. ^ mStar Online: Lagu ‘Infiniti’ khas untuk Radhi OAG-Shazlin?
  9. ^ Radhi (OAG) Ceraikan Shazlin Talak Satu, mStar Online, 8 Jun 2010.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Radhi Azzam Afiq Nazrin Izmer
Azeezul Fitri • Eric Wong • Haifizul Fitri • Muhamad Nizam Chi Lam • Ivan • Adin • Edmund • Alim • Niki • Farid • Andy • Miji • Bakri • Edwin • Naza • David • Rizal • Orange • Jim • Attan
Album studio
Single
Akustatik • Nowwhy2 • 60's TV • Beautifool • Knocked Silly • Slumber • Merdayka