Mohd Shuhaily Mohd Zain

محمد سهوهاءيلي محمد زينcode: ms is deprecated
Mohd Shuhaily pada 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Penjawat kini
Memegang jawatan
15 Ogos 2023Raja Johor Sultan Ibrahim
(sejak 2024)
Pahang Al-Sultan Abdullah
(2023–2024)Perdana MenteriDatuk Seri Anwar IbrahimMenteriDatuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKetuaTan Sri Razarudin HusainDidahului olehDatuk Seri Ayob Khan Mydin PitchayKetua Polis Kuala LumpurDalam jawatan
15 Mei 2023[1] – 15 Ogos 2023Perdana MenteriDatuk Seri Anwar IbrahimMenteriDatuk Seri Saifuddin Nasution IsmailDidahului olehDatuk Abu Samah Mohd NoorDigantikan olehDatuk Allaudeen Abdul MajidKetua Polis Pulau PinangDalam jawatan
1 Julai 2021[2] – 15 Mei 2023Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
(2021)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
(2021–2022)
Datuk Seri Anwar Ibrahim
(sejak 2022)MenteriDatuk Seri Hamzah Zainudin
(2021–2022)
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
(sejak 2022)Didahului olehDatuk Sahabudin Abd MananDigantikan olehDatuk Khaw Kok Chin Butiran peribadiLahirMohd Shuhaily bin Mohd Zain
(1972-07-12) 12 Julai 1972 (umur 52)
Kuala Lumpur, MalaysiaPasanganDatin Seri Ennie Salina RoseliAlma materUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaPekerjaanPegawai polis

YDH Dato' Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain (Jawi: محمد سهوهاءيلي بن محمد زين; lahir 12 Julai 1972), atau nama panggilannya Haily, ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak Ogos 2023.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan

Mohd Shuhaily bin Mohd Zain dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 1972. Bapa beliau, Mohd Zain bin Ismail merupakan seorang polis trafik di Kuala Lumpur. Bapa beliau juga pernah berhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) ketika Kebangkitan Komunis Kedua di Malaysia.[4]

Mohd Shuhaily merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga menerima latihan intensif dari akademi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Quantico, Virginia awal pertengahan 2002 semasa pangkatnya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).

Karier kepolisan

Mohd Shuhaily pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Cawangan Khas Pahang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Kuala Lumpur.[5] Beliau ditugaskan untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak 15 Ogos 2023 menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay.[6]

Senarai jabatan

  • Kadet Penolong Penguasa Polis (2001)
  • Pegawai Cawangan Khas (2001)
  • Polis PBB pegawai pemantau di Kosovo di bawah Misi Pentadbiran Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kosovo (2002)
  • Attache RMP di Kedutaan Malaysia, Washington, D.C. (2003)
  • OCPD Perak Tengah (kini sebagai Seri Iskandar, Perak)
  • Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang
  • Timbalan Ketua Cawangan Khas, Bukit Aman
  • Ketua Polis Pulau Pinang (2020–2022)
  • Ketua Polis Kuala Lumpur (2022)
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (sejak 2023)

Anugerah

Anugerah di Malaysia

Rujukan

  1. ^ "Mohd Shuhaily dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur".
  2. ^ "Shuhaily Ketua Polis P Pinang baharu".
  3. ^ "Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu - PDRM".
  4. ^ "CPO Shuhaily Zain: Beyond Mere Enforcement of the Law (Part One)".
  5. ^ "Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur baharu". www.bharian.com.my.
  6. ^ "Mohd Shuhaily is now Bukit Aman's CID director". www.thestar.com.my.
  7. ^ "100 bergelar Datuk Seri, Datuk". www.hmetro.com.my. 24 Oktober 2017. Dicapai pada 22 April 2024.
  8. ^ "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star Online. 4 Ogos 2023.
  9. ^ "Penang Governor to bestow awards and honours on 1,117". www.buletinmutiara.com. 13 Oktober 2023.
  • l
  • b
  • s