Mohd Farid Ariffin

Dato'

Mohd Farid Ariffin

Presiden pengasas
Majlis Kanser Nasional
Penjawat kini
Memegang jawatan
November 1994
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
Jun 1989 – April 1995
MenteriNg Cheng Kiat
Didahului olehPathmanaban Kunjamboo
Digantikan olehSiti Zaharah Sulaiman
Kawasan pilihan rayaBalik Pulau (1990-1995)
Senator (1989-1990)
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
1987–1989
Berkhidmat dengan Loke Yuen Yow
MenteriDaim Zainuddin
Didahului olehSabbaruddin Chik
Digantikan olehWan Abu Bakar Wan Mohamed
Kawasan pilihan rayaSenator (1989-1990)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Balik Pulau
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 24 April 1995
Didahului olehMohamad Subky Abdul Raof
Digantikan olehNungsari Ahmad Radhi
Kumpulan parlimenBarisan Nasional
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
29 Mei 1990 – 20 Oktober 1990
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 19 Mei 1990
Butiran peribadi
LahirMohamed Farid bin Ariffin
(1942-10-21) 21 Oktober 1942 (umur 81)
Kuala Nerang, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
KediamanKuala Lumpur
Alma materUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanPresiden pengasas Majlis Kanser Nasional, peguam

Mohamed Farid Ariffin (lahir 21 Oktober 1942) merupakan pengasas dan Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebuah agensi yang diwujudkan bagi membantu pesakit kanser.[1]

Biografi

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah, beliau menerima pendidikan awal di Alor Setar, Baling dan Kulim. Mempunyai Diploma dalam pendidikan di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1963. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada tahun 1973 di Universiti Sains Malaysia.[1]

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Lincoln's Inn, London dalam bidang Ijazah Undang-undang dan kembali ke Malaysia untuk memulakan kerjaya sebagai peguam melalui firmanya sendiri iaitu Farid Ariffin & Associates. Beliau juga bergiat aktif dalam politik dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kesihatan dari 1987 hingga 1995.[1][2] Beliau menubuhkan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 1994 berdasarkan dari pengalamannya sendiri apabila anak lelakinya yang bertarung dengan leukemia, yang membuatnya menyedari bahawa pesakit tidak mempunyai peluang untuk meneruskan rawatan jika mereka tidak mampu melakukan rawatan.[3][4]

Beliau dianugerahkan Tokoh Kanser Negara pada 2014 oleh Universiti Putra Malaysia.[5]

Rujukan

  1. ^ a b c Dato' Mohammad Farid Ariffin: Tokoh Alumni 2000 Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  2. ^ "Penyata Rasmi Parlimen" (PDF). 13 Julai 1987.
  3. ^ Working hard for a meaningful cause The Star Online (22 Jun 2015). Dicapai pada 10 Julai 2015.
  4. ^ Amida Abdulhamid (2001). Dato' Mohd Farid Ariffin tubuhkan MAKNA untuk bantu peaksit kanser Google Books. Dicapai pada 10 Julai 2013.
  5. ^ Mohd Farid Ariffin dianugerahkan Tokoh Kanser Negara 2014 Utusan Malaysia (12 Mei 2014). Dicapai pada 12 Mei 2014. — melalui laman web rasmi MAKNA.

Pautan luar

  • Laman web rasmi