Memanah di Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Memanah di Sukan Olimpik XXXIII | |
---|---|
Tempat | Les Invalides |
Tarikh | 25 Julai — 4 Ogos 2024 |
Bil. acara | 5 |
Pesaing | 128 (dijangka) |
← 2020 2028 → |
Memanah di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 4 Ogos 2024 di Les Invalides, Paris, Perancis. Pusingan penentuan ranking akan diadakan pada 25 Julai manakala pertandingan yang sebenar akan bermula 28 Julai.[1]
Kelayakan
Terdapat 128 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 64 untuk lelaki dan 64 untuk perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan oleh World Archery pada 12 April 2022.[2]
Setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum enam peserta (tiga bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024. Bagi JOK yang layak dalam acara berpasukan dalam satu jantina, mereka boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga atlet ke acara berpasukan dan ketiga-tiga atlet tersebut juga boleh bertanding dalam acara individu. Terdapat 12 slot pasukan bagi setiap jantina, oleh itu 36 individu akan layak ke Sukan Olimpik melalui kelayakan acara berpasukan. JOK yang lain pula boleh mendapat maksimum satu tempat bagi setiap jantina bagi acara individu.[3]
Pasukan Perancis akan memperoleh enam slot (tiga bagi setiap jantina) secara automatik, manakala empat slot yang lain (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. 118 slot yang lain pula diperuntukkan melalui proses kelayakan, di mana pemanah akan memperoleh slot kelayakan bagi JOK masing-masing tetapi bukan semestinya bagi diri sendiri.[3]
Berbeza dengan Sukan Olimpik 2020, hanya tiga pemenang yang tertinggi dalam acara berpasukan di Kejohanan Dunia akan memperoleh slot kelayakan. Slot yang lain akan diperuntukkan melalui Kejohanan Benua (3), Kejohanan Kelayakan Dunia (3) dan mengikut ranking dunia (2).[2] Bagi acara berpasukan campuran pula, satu slot akan diberikan dalam setiap Kejohanan Benua, atau melalui Kejohanan Kelayakan Dunia sekiranya acara berpasukan campuran tidak dipertandingan dalam Kejohanan Benua tersebut.[3] Kemungkinan untuk menambah slot kelayakan bagi atlet pelarian dalam edisi ini juga sedang dibincangkan.[2]
Untuk layak ke dalam Sukan Olimpik selepas sebuah JOK memperoleh satu slot kelayakan, setiap pemanah mestilah mencapai Skor Kelayakan Minimum (MQS) yang berikut:
- Lelaki: 640 dalam pusingan 70m
- Wanita: 610 dalam pusingan 70m
MQS ini mesti dicapai antara hari pertama Kejohanan Memanah Dunia 2023 dan 28 Jun 2024 dalam acara yang diiktiraf oleh World Archery.[2]
Garis masa
Acara | Tarikh | Tempat |
---|---|---|
Sukan Asia 2022 | 10–25 September 2022 | Hangzhou |
Kejohanan Memanah Dunia 2023 | 28 Julai – 6 Ogos 2023 | Berlin |
Sukan Eropah 2023 | 21 Jun – 2 Julai 2023 | Kraków |
Sukan Pasifik 2023 | 14–28 Julai 2023 | Honiara |
Sukan Seluruh Amerika 2023 | 20 Oktober – 5 November 2023 | Santiago |
Sukan Afrika 2023 | Akan ditentukan | Accra |
Kejohanan Benua | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Kejohanan Kelayakan Dunia Akhir | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Pemenang
Acara | Emas | Perak | Gangsa |
Individu lelaki butiran | |||
Berkumpulan lelaki butiran | |||
Individu wanita butiran | |||
Berkumpulan wanita butiran | |||
Berkumpulan campuran butiran |
Rujukan
- ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ a b c d Wells, Chris (12 April 2022). "Olympic qualification procedure released for archery at Paris 2024". World Archery (dalam bahasa Inggeris). Lausanne. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ a b c "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024". World Archery (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
Pautan luar
- "Archery" di laman web rasmi Paris 2024.