Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); SSAP (Pahang) | |
---|---|
Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 11 Mac 2022 Berkhidmat dengan Jeffrey Kitingan Yong Teck Lee Pandikar Amin Mulia | |
Pengerusi | Hajiji Noor |
Presiden Parti Bersatu Sabah | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 17 November 2018 | |
Timbalan | Joachim Gunsalam |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Timbalan | Yang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib |
Ketua Menteri Sabah | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor |
Digantikan oleh | Armizan Mohd Ali |
Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Timbalan | Yang Berhormat Dato’ Hajah Hanifah Hajar Tun Abdul Taib |
Ketua Menteri Sabah | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal (2018–2020) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (2020–2021) |
Didahului oleh | Pejabat ditubuhkan |
Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P168 Kota Marudu, Sabah | |
Dalam jawatan 12 Mac 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Wetrom Bahanda |
Majoriti | 3,189 (PRU-11) 4,189 (PRU-12) 842 (PRU-13) 1,774 (PRU-14) |
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Timbalan | Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid 2013-2015 Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit 2015-2018 |
Didahului oleh | Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin Tenaga Yang Berhormat Dato' Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam Air |
Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim |
Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Timbalan | Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 15 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis |
Digantikan oleh | Yang Bahagia Datuk Dr. Ewon Ebin |
Kawasan pilihan raya | Kota Marudu |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi |
Timbalan | Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun |
Didahului oleh | Yang Bahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman Sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dibubarkan) |
Digantikan oleh | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal Sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Diserap ke Kementerian) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Johnity @ Maximus bin Ongkili (1953-10-26) 26 Oktober 1953 (umur 70) Jesselton, Borneo Utara (kini Sabah) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Bersatu (PBS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (2002-2018) Gabungan Bersatu (GBS) (2018-2020) Perikatan Nasional (PN) (2020-2022) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (September 2022-kini) (gabungan rasmi) |
Pasangan | Mendiang Datin Seri Panglima Joan Maluda (meninggal dunia 2018) Datin Seri Panglima Chhunlin Roeng (sejak 2023) |
Anak-anak | Rachel Jane Ongkili Andreas Jordan Ongkili |
Hubungan | Joseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Gapari Kitingan (bapa saudara) James Peter Ongkili (abang) |
Alma mater | La Trobe University, Australia |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Gaji | RM41,578.13 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM5 ke 8.5 juta[1] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parlimen Kota Marudu yang kini menyandang jawatan portfolio baru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau adalah Presiden Parti Bersatu Sabah yang bersekutu bersama parti lain di dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan juga sebagai komponen gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pada 12 September 2020, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga telah bersekutu dengan Gabungan baru yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin di Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dahulunya, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008. Selepas itu, beliau pernah menyandang jawatan menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik untuk kabinet 2013 dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak.[3] Sebelum ini juga, beliau merupakan bekas ahli Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Dr. Maximus juga merupakan salah seorang ahli yang dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA).[4] Sebagai Timbalan Presiden KDCA, beliau juga diamanahkan untuk mengetuai penganjuran Tadau Kaamatan peringkat negeri Sabah yang diadakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun di KDCA Hongkod Koisaan (Pusat Budaya), Penampang dan telah menganjurkan banyak aktiviti berkaitan kemasyarakatan.[4]
Kehidupan awal
Dr. Maximus ialah anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan berasal dari Kampung Karanaan serta Kampung Lintuhun, Tambunan, Sabah. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tambunan pada tahun 1960 sehingga tahun 1966 lalu menyambung persekolahannya di SM St. Martin Tampasak, Tambunan (1967-1970) dan kemudiannya berpindah serta bersekolah di SMK Gunsanad, Keningau pada tahun 1971 sehingga 1973, kerana mengikuti kedua-dua ibu bapanya berasal dari daerah Tambunan yang turut berhijrah ke daerah Keningau terutama sekali ayahnya, mendiang Sarjan Mejar Ongkili yang telah bersara dari perkhidmatan polis yang telah mempunyai sebidang tanah serta sebuah rumah rehat peribadi milik keluarga mereka hasil titik peluh duit pencen perkhidmatan kepolisan. Setahun dua kemudian, beliau kemudiannya berpindah sekali lagi ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu untuk melanjutkan pengajian tingkatan enamnya sebleum melanjutkan pendidikan ke tahap menara gading di La Trobe University, Melbourne, Australia.
Keluarga
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda (lahir 1955) seorang Kadazan dari Penampang[4] dari tahun 1981 sehingga kematiannya pada tahun 2018, tetapi kini beliau berkahwin semula dengan seorang wanita berketurunan Siam, Datin Chhunlin Roeng sejak hujung tahun 2023. Beliau mempunyai seramai 2 orang anak iaitu seorang anak perempuan, Rachel Jane Ongkili (lahir 1983) dan seorang anak lelaki, Andreas Jordan Ongkili (lahir 1996).[4] Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing.[4] Selain itu, beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.[4]
Kerjaya
Y.B. Datuk Seri Panglima telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Melbourne, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pengajar dan penyelidik sambilan di Universiti tersebut.[4] Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapatkan segulung Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.[4]
Sekembalinya dari luar negara, beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya beralih ke Institute of Strategic & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1987). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (Sabah) (1987-1993).
Kerjaya politik
Beliau memulakan kariernya dalam bidang politik sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah. Beliau juga memasuki Parlimen Bandau pada pilihan raya umum 1995 (ketika itu, kerusi Parlimen Kota Marudu adalah Parlimen Bandau).
Beliau pada asalnya seorang ahli politik pembangkang tetapi menyertai kerajaan apabila Parti Bersatu Sabah menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 2002. Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Marudu dan berjaya menewaskan pencabarnya iaitu Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau telah dilantik bagi menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya 2004 oleh Perdana Menteri yang Ke-5 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi. Beliau ditugaskan untuk mengurus Perpaduan Negara, dan mengetuai permulaan program pengesahan Khidmat Negara.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Johnity @ Maximus Ongkili bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Marudu, negeri Sabah. Johnity @ Maximus Bin Ongkili telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12028. Calon lawan ialah Roslan Bin Mohd Zain dari (Bebas) mendapat 1,109 undi dan hilang deposit. Berman Bin Angkap dari Bersekutu mendapat 457 undi dan hilang deposit. Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau dari PKR mendapt 7,830 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 69.51 % manakala Undi rosak sebanyak 748. Atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi. Kemudian selepas kemenangannya pada pilihan raya umum 2013, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.[5]
Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (10 Mac 2020 - Kini)
Pada 10 Mac 2020, beliau telah diberi tanggungjawab memegang porffolio yang baru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) atas lantikan daripada Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin.[6] Beliau memulakan tugasnya untuk menumpukan isu utama di negeri Sabah dan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga isu (PATI).[7]
Jawatan
Parti Bersatu Sabah
Jawatan yang disandang;
- Setiausaha Agung - (1994)
- Timbalan Presiden - (1994 - 2016)
- Pemangku Presiden - (2016 - 2018)
- Presiden[8] - (17 November 2018 - Kini)
Jawatan lain
- Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA)
- Ketua Penyelaras KDCA Kota Marudu
Sumbangan kepada orang ramai
Beliau merupakan perasmi Bangunan Rukun Tetangga Taman Rambai Jaya yang berada di mukim Tanjung Minyak, Melaka. Beliau juga telah banyak membantu rakyat Sabah dengan memberi bantuan dari segi kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, beliau telah mendapat sokongan orang ramai di Melaka dan apatah lagi di Sabah disebabkan sifat baik hati beliau kepada rakyat. Beliau digelar sebagai "Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat, Prihatin dan Berwibawa".[4]
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Jeffrey Kitingan (AKAR) | 5,851 | 35% | Maximus Ongkili (PBS) | 10,716 | 63% | ||
1999 | Maijol Mahap (UPKO) | 6,781 | 41% | Maximus Ongkili (PBS) | 8,465 | 51% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Maximus Ongkili (PBS-BN) | 10,457 | 59.0% | Anthony Biri Mandiau (BEBAS) | 7,268 | 41.0% | ||
2008 | Maximus Ongkili (PBS-BN) | 12,028 | 56.14% | Anthony Biri Mandiau (PKR) | 7,830 | 36.55% | ||
2013 | Maximus Ongkili (PBS-BN) | 15,168 | 45.9% | Maijol Mahap (PKR) | 14,326 | 43.3% | ||
2018 | Maximus Ongkili (PBS-BN) | 13,033 | 27.7%2 | Maijol Mahap (PHRS) | 11,259 | 24.0%2 | ||
Nota: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2% Yang digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Anugerah
- Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2017)
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2009)
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2001)
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2011)
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-17.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-28.
- ^ a b c d e f g h i j "Ongkili: Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat, Prihatin Dan Berwibawa". www.malaysia-today.net. 2009-05-09. Dicapai pada 2020-04-02.
- ^ "Ongkili To Lead Malaysian Delegation To ASEAN Energy Ministers Meeting". Bernama. 25 September 2017. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ "Portfolio khas untuk Sabah, Sarawak dalam kabinet persekutuan baharu". www.utusanborneo.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-13.
- ^ "Ongkili harap MA63 dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan". www.bernama.com. 2020-03-12. Dicapai pada 2020-03-13.
- ^ Maskilone, Chris (2018-11-02). "DR MAXIMUS MENANG TANPA TANDING JAWATAN PRESIDEN PBS". www.sabahnewstoday.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-08. Dicapai pada 2020-04-01.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi kerajaan Diarkibkan 2008-08-27 di Wayback Machine