Marzuki Mohamad

YBhg Prof. Madya Datuk Dr. Haji

Marzuki Mohamad

PJN; PMW (Wilayah Persekutuan); PhD (ANU)
Ketua Setiausaha Sulit
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 21 Ogos 2021
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Digantikan olehNor Nazimah Hashim (Ismail Sabri)
Butiran peribadi
LahirMarzuki bin Mohamad
(1972-06-24) 24 Jun 1972 (umur 52)
Pasir Mas, Kelantan
PasanganDatin Haryaty Ibrahim
Anak-anak5
IbuRokiah Pa’chu
BapaMohamad Che Ibrahim
Alma materAustralia Universiti Nasional Australia (PhD)
Universiti Kebangsaan Malaysia (MA)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (BA)
PekerjaanAhli akademik

Prof. Madya Datuk Dr. Marzuki Mohamad merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin.[1] Beliau merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan. Beliau mula berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pegawai Khas ketika Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009. Beliau sebelum itu pernah menjadi intern penyelidik di Centre for Leadership and Development Studies (CELDES) yang antara tugasnya ialah membantu Tan Sri Muhyiddin ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Kehidupan peribadi

Marzuki telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Haryaty Ibrahim dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

Pendidikan

Beliau mendapat ijazah pertamanya, Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Sarjana Sastera (Sains Politik) dan akhirnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa) di Australian National University, Australia.[2]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1999.[3]

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri ke-10 dari 2009 hingga 2013. Pada 2013, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pendidikan I Malaysia. Pada 2018 pula, beliau dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas khas Menteri Dalam Negeri hingga tahun 2020.

Selepas peletakan jawatan Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri baharu, Muhyiddin Yassin telah menggantikan tempat beliau dan Marzuki telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia.[4]

Selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8 dan selepas itu dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Marzuki telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Selepas PRU 15, beliau kembali berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penghargaan

Rujukan

  1. ^ Datuk Dr Marzuki Ketua Setiausaha Sulit PM
  2. ^ Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri
  3. ^ Direktori UIAM
  4. ^ Kenali Insan Disebalik Skrip Ucapan PM, Datuk Dr Marzuki Mohamad
  5. ^ Senarai penerima darjah kebesaran
  • l
  • b
  • s
Jawatan Nama Tempoh Jawatan Nama Tempoh
Ketua Setiausaha Sulit Marzuki Mohamad 2020-2021 Setiausaha Politik Kanan Mohd Nardin Awang 2020-2021
Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Asmar Asmadi Abdullah Sani 2020-2021 Setiausaha Politik Saiful Adli Mohd Arshad 2020-2021
Setiausaha Sulit Kanan Mohd Naaim Mahmod 2020-2021 Setiausaha Politik Azlinda Abdul Latif 2020-2021
Setiausaha Akhbar Ismail Amsyar Mohd Said 2020-2021 Setiausaha Pejabat Salina Dahalan 2020-2021
Setiausaha Akhbar Mohd Yusof Saari 2020-2021 Penasihat Khas Jemilah Mahmood 2020-2021
Pegawai Khas Datuk Ainon Mohd 2020-2021 Pegawai Khas Datuk Hafiz Abdul Halim 2020-2021
Pegawai Khas Ahmad Faizal Abdul Rahman 2020-2021 Pegawai Khas Azril Mohd Amin 2020-2021
Pegawai Khas Roslan Sharif 2020-2021 Pegawai Khas Khairul Anuar Khairi 2020-2021
Pegawai Khas Zahar Harun 2020-2021 Pegawai Khas Shamril Faizalis Shamsul Bahari 2020-2021
Pegawai Khas Rozaman Ismail 2020-2021 Pegawai Khas Hamidah Atan 2020-2021
Pegawai Khas Marhaini Kamaruddin 2020-2021 Pegawai Khas Mohd Azimin Che Wil 2020-2021
Pegawai Polis Pengiring SAC Dato' Yusni Mohd Jamil 2020-2021 Timbalan Pegawai Polis Pengiring DSP Mohd Iswandi Omar 2020-2021
Pengarah Perdana Digital Shaharuddin Mohamad Nor 2020-2021 Penolong Pegawai Khas Mohamad Zaini Abdull Hamed 2020-2021
Timbalan Pengarah Keurusetiaan dan Pengurusan Said Khamis 2020-2021 Penolong Pegawai Khas Hamizah Aimi Sharifutdin 2020-2021