March

Dalam konteks bidang geopolitik Eropah zaman pertengarah, sesebuah kerajaan atau negara boleh mempunyai wilayah pinggiran (bahasa Inggeris: marchcode: en is deprecated , Belanda: markcode: nl is deprecated dedua turunan Proto-Jerman *marko seakar Latin margo "pinggir"[1][2]) seperti zon penampan yang didirikan kubu demi pertahanan daripada serangan pihak jiran. Keluasan lazimnya lebih kurang sama dengan kaunti tetapi diutamakan lebih tinggi dengan pemimpin bangsawan (marquis atau margrave– setaraf temenggung di alam Melayu) berbanding kaunti baisa yang dipimpin seorang count.

Semasa zaman kerajaan Islam Andalusiyah, Kekhalifahan Qurtubah mendirikan tiga "perbatasan" (Arab: ثَغْرcode: ar is deprecated thaghr muf. ثُغُـوْرthughūr jam.)[3] utama:[4][5]

  • Perbatasan Hulu (الثَغْر الأعلىAth-Thaghr al-Aʿlā), ibukota: Sarakustah
  • Perbatasan Tengah (الثَغْر الأوسطAth-Thaghr al-Awsaṭ) merangkumi wilayah lembah Ebro antara pesisiran Laut Rum dan sesungai Douro dan Tajo, ibukota: Tulaitilah dan Madinah Salim
  • Perbatasan Hilir (الثَغْر الأدنىAth-Thaghr al-Adnā) di pesisir barat semenanjung termasuk Usbunah, ibukota: Mardah dan Batalyus

Raja Charlemagne sendiri mendirikan kawasan pinggiran Hispanica (Latin: Marchia Hispanicacode: la is deprecated , Sepanyol: Marca Hispánicacode: es is deprecated , Arab: ثَغْر الإسباني, rumi: Ath-Thaghr al-Isbānīcode: ar is deprecated ) sebagai perbentengan mempertahankan empayar baginda daripada kemaraan tentera Islam Andalusiyah dari Perbatasan Hulu mereka.

Gambaran keberbahayaan kawasan pinggiran di mana writ raja tidak dapat berkuasa, berbeza dengan keadaan di dewan atau istananya, telah dibayangkan oleh puisi, Beowulf, berkenaan dengan sekeping tanah paya di tepi tasik yang dikuasai oleh raksasa Grendel: "the fell and fen his fastness was, the march his haunt" yang lebih kurang berbunyi "bukit dan tanah paya kubunya, march itu tempat tumpuannya".

Suku kata mark dalam nama "Denmark" memelihara kata seasal Nor Kunonya merki ("sempadan") atau mörk ("hutan kecil", "hutan") sehingga hari ini.

Rujukan

  1. ^ Online Etymology Dictionary
  2. ^ Lihat:
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "mark (grens)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...gelatiniseerd marca, marcha ‘grensstreek’... < [Proto-Germaans] *markō- ‘grens’, afleiding van *mark- ‘segment, afgescheiden deel’...verwant met Latijn margō ‘rand, grens’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
    • K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "margo". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 520. tepi; pinggir; kelim; batas
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 57. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ Guzmán, Roberto Marín (2006). Sociedad, política y protesta popular en la España musulmana. Universidad de Costa Rica. m/s. 68. ISBN 9968936960.
  5. ^ Manuela Marín, penyunting (1962). The Formation of al-Andalus, Part 1: History and Society (ed. cetakan semula 2016). Routledge. m/s. 380. ISBN 9780860787082.


  • l
  • b
  • s
Jenis subbahagian negara pentadbiran
Huruf besar menunjukkan jenis yang digunakan oleh sepuluh atau lebih negara.
Istilah bahasa Inggeris kini

Bahagian · Bailiwick · Bandar · Bandar raya (Bandar raya autonomi · Bandar raya berpiagam · Bandar raya merdeka) · Banner (Banner autonomi) · Blok · Boro (Boro kaunti · Boro metropolitan) · Bulatan · Daerah (Daerah autonomi) · Daerah bandar raya · Daerah ibu negara · Daerah metropolitan · Daerah perbandaran · Daerah persekutuan · Subdaerah) · Departmen · Desa · Duchy · Eldership · Ibu negara (Ibu negara persekutuan) · Kanton · Kariah (Kariah awam) · Kaunti (Kaunti autonomi · Kaunti metropolitan · Kaunti pentadbiran) · Kawasan (Kawasan autonomi · Kawasan pentadbiran khas· Kawasan bandar (diperbandarkan) · Kawasan Cadastre · Kawasan ibu negara · Kawasan kejiranan · Kawasan kekuasaan Gabenor · Kawasan kepulauan · Kawasan Kerajaan Tempatan · Kawasan kerejenan · Kawasan pilihan raya · Kawasan perbandaran (Kawasan perbandaran daerah · Kawasan perbandaran kaunti wilayah · Kawasan perbandaran luar bandar) · Kawasan perbandaran wilayah · Kawasan pertuanan · Kerajaan kecil (Kerajaan kecil bersama) · Komuniti (Komuniti autonomi · Komuniti perumahan) · Kondominium · Kuarter · Litar · Majlis · Negeri · Negeri naungan · Komun · Perbandaran (Perbandaran (Scotland) · Perbandaran awam) · Perkampungan desa · Pinggir · Prefektur (Prefektur autonomi · Subprefektur) · Provinsi (Provinsi autonomi) · Republik (Republik autonomi) · Rizab (Kawasan simpanan) · Shire · Tanah Bandar · Tanah jajahan · Unit pentadbiran tempatan · Wilayah (Unit wilayah autonomi · Wilayah ibu negara · Wilayah Kesatuan) · Wilayah negara · Wilayah tanggungan · Wilayah tanggungan persekutuan · Wad

Istilah kata pinjaman dan perkataan
bukan bahasa Inggeris kini

Amt · Arrondissement · Bakhsh · Baladiyah · Barangay · Bairro · Bezirk / Regierungsbezirk · Comarca · Daïra · Frazione · Freguesia · Gmina · Judeţ · Kawasan kevoivodan · Komun · Komun Sweden · Liwa · Località · Oblas · Okrug · Ostān · Plasă · Powiat · Raion · Ranchería · Shabiyah · Shahr · Shahrestān · Sýsla · Taluka · Tehsil · Vingtaine · Wilayah · Woreda

Istilah bahasa Inggeris
sejarah dan tidak wujud lagi

Agensi (India British) · Agensi (Pakistan) · Bulatan Empayar · Daerah bandar · Daerah luar bandar · Daerah sanitari · Exarchate · Hide (unit) · Hundred · Kawasan kekuasaan baron · Kepresidenan · Keresidenan · Kawasan uskup · Kota empayar merdeka · Mac · Prefektur Praetoria · Riding · Tithing · Kawasan kekuasaan Viscount)

Istilah bukan bahasa Inggeris
yang dahulu dan tidak wujud lagi

Burgh · Deme · Heerlijkheid · Katepanikion · Komot · Naukrari · Nome · Pargana · Satrapy · Tema

Lihat juga Kawasan politik · Kawasan banci · Kawasan pilihan raya