Majlis Perbandaran Sandakan

Majlis Bandaraya Sandakan
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1982; 42 tahun yang lalu (1982-01-01)
Bidang kuasa
Bandar Sandakan
Ibu pejabatPO Box 221, 90702 Sandakan, Sabah, Malaysia
5°50′24″N 118°7′0″E / 5.84000°N 118.11667°E / 5.84000; 118.11667Koordinat: 5°50′24″N 118°7′0″E / 5.84000°N 118.11667°E / 5.84000; 118.11667
Eksekutif Agensi
  • Wong Foo Tin, Presiden
Laman sesawang
www.mps.sabah.gov.my

Majlis Bandaraya Sandakan (disingkatkan MBS) ialah sebuah majlis bandaraya yang mentadbir kawasan perbandaran di Sandakan dalam negeri Sabah, Malaysia.

Sejarah

Majlis perbandaran ini dibentuk pada 1982 berikutan penggabungan Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Jawatan "Pesuruhjaya" digantikan dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".[1] Pada 1 January 1984, Pejabat Daerah Sandakan dimansuhkan oleh kerajaan negeri dan beberapa tugasan diserahkan di bawah tanggungjawab majlis perbandaran.[1] Pada April 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah Hajiji Noor menyatakan bahawa Kabinet Sabah memutuskan untuk menaik taraf kedudukan majlis perbandaran kepada Majlis Bandaraya Sanakan dengan perancangan pada 1 Julai.[2] Walau bagaimanapun, berikutan perubahan tampuk pemerintahan selepas pilihan raya 2018, perancangan tidak menjadi kenyataan. Pada 4 September 2018, Presiden majlis digantikan dengan Presiden baharu dengan tumpuan yang diberikan kepada perkara lain.[3] Menerusi kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 5 Ogos 2019, kerajaan baharu akan menyambung perancangan untuk menaik taraf Sandakan sebagai bandar raya kedua di Sabah.[4]

Presiden

Sejak 1982, bandar ini telah diketuai oleh sebelas presiden. Berikut ialah senarai presiden:[5]

No President Term start Term end
1 Mohd Tahir Jaafar 1982 1983
2 Abdul Ghani Rashid 1984 1986
3 Kamaruddin Linggam 1986 1988
4 Ignatius J. Bantoi 1988 1995
5 Leong Chen Kong 1995 1996
6 Claudius Roman 1996 2000
7 Adeline Leong 2000 2004
8 Yeo Boon Hai 2004 2009
9 Ir. James Wong 2009 2018
10 Hii Chang Lik 2018 2019
11 Wong Foo Tin 2019 Penyandang

Rujukan

  1. ^ a b "Pengenalan MPS [Pihak Berkuasa Tempatan]" [MPS Introduction [Local Government Authority]] (dalam bahasa Malay). Sandakan Municipal Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Vesta Vanessa Jsol (17 April 2018). "MPS bakal dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Sandakan" [MPS will be upgraded as Sandakan City Council] (dalam bahasa Malay). New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Mardinah Jikur (5 September 2018). "New MPS chief vows to make Sandakan among the best". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.
  4. ^ Larry Ralon (6 August 2019). "City status for S'kan plan". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2019. Dicapai pada 7 August 2019.
  5. ^ "Senarai Pengurusi, Pesuruhjaya dan Presiden" [List of Managers, Commissioners and Presidents] (dalam bahasa Malay). Sandakan Municipal Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

  • Tapak web rasmi (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris)