Majlis Daerah Tanjong Malim

Majlis Daerah Tanjong Malim
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Disember 1979
Didahului oleh
Tanjong Malim Sanitary Board
Kepimpinan
Yang Dipertua
MOHD IKRAM BIN AHMAD (sejak Mac 2022)
Struktur
Ahli25 orang ahli majlis
Moto
Maju dan Jaya
Tempat persidangan
Bandar Behrang 2020
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Laman sesawang
https://www.mdtm.gov.my/index.php
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Tanjong Malim ialah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengurus daerah Muallim, Perak, Malaysia.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim merangkumi Tanjung Malim yang merupakan bandar yang paling selatan di negeri Perak, Bandar Baru yang dikenali sebagai Bandar Behrang 2020, Behrang Stesyen, Proton City, Slim River dan Trolak juga terletak di dalam kawasan Wilayah Perak Selatan (WPS) yang merangkumi 4 daerah yang terletak di selatan 0erak iaitu Daerah Bagan Datuk, Teluk Intan (Hilir Perak), Tapah (Batang Padang) dan Muallim (Tanjung Malim).[1]

Sejarah

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Tanjung Malim. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MDTM bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MDTM dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board dan kemudian dikenali dengan nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT). Pada 1 Disember 1979, Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan dengan keluasan seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang. Pada bulan April 2002, Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Baru yang ditubuhkan iaitu Bandar Behrang 2020.[2]

Ahli Majlis

Seramai 25 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-31. Dicapai pada 2021-10-02.
  2. ^ http://www.mdtm.gov.my/ms/mdtm/profil/latar-belakang

Pautan luar

  • Portal Rasmi Majlis Daerah Tanjong Malim