Majlis Daerah Selama

Majlis Daerah Selama merupakan badan pentadbiran yang mentadbir daerah Selama, iaitu daerah gabungan Larut, Matang dan Selama di negeri Perak.

Majlis Daerah Selama
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Disember 1979
Didahului oleh
Lembaga Pentadbiran Kerajaan Tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua
Nor Akmal bin Yang Ghazali (sejak Mac 2021)
Struktur
Ahli15 orang ahli majlis
Tempat persidangan
Majlis Daerah Selama,

34100 Selama,

Perak Darul Ridzuan
Laman sesawang
https://www.mdselama.gov.my/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local Authorities Election Ordinance. Kemudian, nama Lembaga Bandaran telah bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan. Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance. Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember 1979 dengan pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari kawasan-kawasan [1]:

  • Selama
  • Sungai Terap
  • Sungai Bayor
  • Bagan Baru
  • Redang Panjang
  • Kampung Masjid
  • Rantau Panjang
  • Kubu Gajah

Hasil dari pengisytiharaan, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan Majlis Daerah Selama sebagai Majlis Daerah pada 24 April, 1980 melalu Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14, yakni Majlis Daerah ini mentadbir kawasan seluas 764.73 kilometer persegi.

Rujukan

  1. ^ "Majlis Daerah Selama". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-25. Dicapai pada 2007-08-05.

Lihat juga

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Daerah Selama
  • Majis Daerah Selama di Facebook