Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua
ENCIK MOHD SUKERI BIN IBRAHIM (sejak Oktober 2023)
Struktur
Ahli20 orang ahli majlis
Moto
Bersih Budaya Besut
Tempat persidangan
MAJLIS DAERAH BESUT,

22200 Besut,

Terengganu Darul Iman
Laman sesawang
https://mdb.terengganu.gov.my/index.php/ms/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Besut merupakan salah sebuah pihak berkuasa tempatan bagi Besut, Terengganu. Pada 18 Julai 1996 melalui Warta Kerajaan N0. 908 kawasan pentadbiran MDB diperluaskan menjadikan luas keseluruhan kawasan Majlis berjumlah 123,367.8 kilometer persegi.

Terdapat tiga buah bandar utama dan empat buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Bandar-bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut, manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah.

Walau bagaimanapun, luas kawasan operasi Majlis adalah kira-kira 73.82 kilometer persegi sahaja atau meliputi 90% daripada keseluruhan kawasan Majlis.

Bilangan penduduk dalam kawasan Majlis pada tahun 1991 adalah dianggarkan seramai 53,793 orang atau 55% daripada keseluruhan penduduk Daerah Besut dan terdiri daripada 95% Melayu, 4% China dan 1% lain-lain Bangsa.

Bilangan bangunan (holding) yang boleh dikenakan kadar di dalam kawasan Majlis adalah kira-kira 10,122 unit terdiri daripada bangunan-bangunan kediaman (9,622 unit) dan kedai (500 unit). Majlis juga mengenakan kadar bagi bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun yang berjumlah 279 unit.

Lokasi

BESUT merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan di bahagian utara dan baratnya. Daerah ini dikelilingi Laut Cina Selatan di sepanjang pantai Timur Laut dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian baratnya. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.

Rujukan

  1. https://mdb.terengganu.gov.my/index.php/ms/