Majlis Daerah Bera

Majlis Daerah Bera
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1998
Kepimpinan
Yang Dipertua
DATO` AHMAD NASIM BIN DATO` HAJI MOHD SIDEK
Struktur
Ahli15 orang ahli majlis
Tempat persidangan
Majlis Daerah Bera

28200 Bandar Bera

Pahang
Laman sesawang
https://www.mdbera.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Bera ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) terletak di Bera, Pahang. Keluasan kawasan Majlis Daerah Bera adalah 1,970 km persegi (tidak termasuk Hutan Simpan) (89.0%) manakala luas kawasan operasi pula adalah 270 kilometer persegi (14.0%).

Misi dan Visi

  • Misi

Membangunkan daerah Bera setanding dengan daerah-daerah lain, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperseimbangkan pembangunan bagi seluruh daerah di negeri ini.

  • Visi

Matlamat Majlis Daerah Bera ialah menjadikan Majlis Daerah Bera Maju, Indah, Bersih, Tersusun dan Bersistematik yang dapat disebarkan secara meluas ke seluruh kawasan serta mempunyai kemudahan-kemudahan yang setanding dan bertaraf Perbandaran.

Objektif

  • Mempastikan pembangunan bandar dilaksanakan dengan terancang dan terkawal melalui perancangan yang sistematik dan praktikal.
  • Meningkatkan kualiti perbandaran melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan dan menyeluruh.
  • Menjalin keselesaan dan keindahan alam sekitar sentiasa ditahap yang baik.

Fungsi

  1. Merancang, merangka dan mengawal pembangunan termasuk penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
  2. Menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran dan pusat-pusat penempatan utama.
  3. Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar.
  4. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan dan kawalan penyakit berjangkit.
  5. Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja serta pengiklanan dan papan tanda.[1]
  6. Membina dan menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar.
  7. Menyelenggara dan mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik.
  8. Menyediakan kemudahan awam yang lengkap dan selesa seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, taman rekreasi dan sebagainya.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti kepada setiap pelanggan dan sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Daerah Bera maju dan ceria.

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Penguatkuasaan:

Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bera ditubuhkan bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada bahagian penjaja kecil, bahagian perlesenan, Majlis Daerah Bera. Selain melaksanakan tindakan sumari (Perobohan dan Rampasan) untuk berbagai bahagian dalam Majlis, Bahagian Penguatkuasaan ditugaskan juga untuk melaksanakan Akta / Undang-undang Kecil.

  • Perkhidmatan Aduan

Bahagian Penguatkuasaan juga mengendalikan perkhidmatan aduan orang ramai setiap hari. Jenis-jenis aduan yang sering diterima adalah:-

  1. Halangan di kaki lima / siarkaki awam
  2. Halangan di tempat letak kereta
  3. Halangan binatang peliharaan (lembu, kerbau) yang berkeliaran
  4. Kekotoran di tempat awam
  5. Perbuatan yang dilarang di taman
  6. Pembakaran terbuka
  7. Pembinaan haram
  8. Penjaja/peniaga haram

Rujukan

  • Majlis Daerah Bera, Pahang

Lihat juga

Bera, Pahang

  1. ^ Apakah pengiklanan papan iklan?