Majlis Daerah Bandar Baharu

Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) terletak di Serdang, Kedah

Majlis Daerah Bandar Baharu
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Mac 1979
Kepimpinan
Yang Dipertua
Tuan Mohd Noor bin Ismail (sejak Oktober 2023)
Setiausaha
Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Haji Mohd Oma
Struktur
Ahli18 orang ahli majlis
Tempat persidangan
Majlis Daerah Bandar Baharu 09800 Serdang
Laman sesawang
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-bandar-baharu/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu. Ia merangkumi kawasan seluas 269.3 kilometer persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Taraf sebagai Lembaga Bandaran Bandar Baharu taraf Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul Aman, bersempadan dengan Daerah Kulim disebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak disebelah Selatan.

Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan penempatan dikenal pasti iaitu Serdang, Bandar Baharu, Kuala Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar.

Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan penempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.

Pusat Pentadbiran Dan Pemerintahan

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di Bandar Baharu ke Serdang telah ditentang oleh penduduk kampung Sungai Kecil Hilir dan Relau. Namun selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai Kecil Hilir, mereka mula menyokong cadang tersebut. Bermula tahun 1997, pusat pentadbiran kerajaan mula berpindah ke Serdang. Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu. Ini memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, beberapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Daerah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  2. Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  3. Pejabat Agama Dan Mahkamah Syariah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  4. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Serdang
  5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Serdang
  6. jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bandar Baharu, Serdang
  7. Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu, Serdang

Pautan

  • mdbb. gov. my/home MDBB
  • kedah. gov. my/ptbb. phpKawasan Daerah
  • mdbb. gov. my/html/themes/kdh_mbb/images/kdh_mbb/KEDAHMAP. jpg Negeri Kedah
  • kedah. gov. my/pdbb/imej/SEJARAH%20ASAL%20USUL%20BANDAR%20BAHARU. pdf Asal Usul Daerah Bandar Baru
  • kedah. gov. my/ptbb/imej/BANDAR%20BAHARU. jpg Daerah Bandar Baharu