Limosin Presiden (Amerika Syarikat)

Limosin Presiden Amerika Syarikat atau dikenali sebagai The Beast atau Cadillac One ialah kenderaan rasmi yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat atau semasa lawatan ke luar negara. Kenderaan ini dihasilkan oleh General Motors pada tahun 2009.

Ciri-ciri

Limosin Presiden (Amerika Syarikat)
Model terkini Limosin rasmi presiden A.S.
Maklumat
PengilangCadillac
PendahuluVersi 2009–2018
KelasLimosin
PelantarGMC TopKick
Berat Curb15,000–20,000 lb (6,800–9,100 kg)

Kenderaan ini juga mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri sebuah kereta kebal. The Beast mempunyai sepanjang 5 meter dan mempunyai berat sebanyak 8 tan. Kenderaan ini dilengkapi dengan pintu kalis peluru. Pintu kalis peluru ini setebal sebanyak 20 cm. Tayar kenderaan ini juga tayar kalis bocor. Badan kenderaan ini cukup kukuh kerana kenderaan ini diperbuat daripada besi keluli, seramik serta titanium.

Selain itu, tangki minyak kenderaan ini juga diperbuat daripada bahan kalis letupan. Kenderaan ini juga dilengkapi senapang shotgun dan kamera penglihatan malam. Kenderaan ini mempunyai bekalan oksigen dan darah sama jenis dengan Presiden Amerika Syarikat sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan ini dapat memuatkan maksimum 7 orang. Model semasa limosin presiden telah diserviskan pada tahun 2009. Walaupun harga kenderaan ini belum dikeluarkan, menurut The Guardian, akhbar British, setiap limosin mempunyai kos sebanyak USD 1 juta atau dalam ringgit Malaysia ialah sebanyak RM 4,430,500.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Presiden Barack Obama, beliau kadang-kadang menggunakan limosin yang digunakan oleh bekas presiden George W. Bush dalam acara-acara kebangsaan dan antarabangsa.

Galeri

Gambar-gambar kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat
  • Kenderaan yang digunakan oleh Bill Clinton.
    Kenderaan rasmi yang digunakan oleh Bill Clinton pada tahun 1993.
  • Kenderaan JFK pada hari pembunuhan beliau pada tahun 1963.
    Kenderaan rasmi yang digunakan oleh JFK semasa hari pembunuhan beliau pada 22 November 1963.
  • Limosin Ronald Reagan.
    Kenderaan rasmi yang digunakan oleh Ronald Reagan sepanjang perkhidmatan beliau.
  • Limosin George H. W. Bush.
    Kenderaan rasmi yang digunakan oleh George H. W. Bush pada tahun 1989.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar