Lepus californicus

Arnab Jack Berekor Hitam
ارنب جاك برايکور هيتم
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Order:
Lagomorpha
Keluarga:
Leporidae
Genus:
Lepus
Spesies:
L. californicus
Nama binomial
Lepus californicus
Gray, 1837
Subspesies
  • Lepus californicus californicus
  • Lepus californicus deserticola
  • Lepus californicus insularis
  • Lepus californicus madalenae
  • Lepus californicus melanotis
  • Lepus californicus texianus
Taburan Lepus californicus

Arnab Jack Berekor Hitam (Tulisan Jawi: ارنب جاك برايكور هيتم) disebut juga sebagai 'Lepus californicus' ialah sejenis spesies haiwan arnab yang dijumpai di Amerika Syarikat barat dan Mexico, di mana ia ditemui di kawasan tinggi setinggi 10,000 kaki (3,000 m). Mencapai kepanjangan 2 kaki (61 cm) dan keberatan 3 hingga 6 paun (1.4 hingga 2.7 kg), arnab ini merupakan kelinci Amerika Utara yang ketiga terbesar, selepas Arnab Jack Antelop dan Arnab Jack Berekor Putih. Arnab jack berekor hitam mendiami kawasan campuran pokok renek dan padang rumput. Kekerapan membiaknya bergantung pada tempatnya, iaitu selalunya memuncak pada musim bunga, tetapi boleh beterusan sepanjang tahun di kawasan yang lebih panas iklimnya. Anak arnab lahir berbulu dan terbuka matanya, cukup tersamar dan boleh bergerak beberapa minit selepas lahir. Oleh itu, ibu arnab tidak perlu melindungi atau menjaga anaknya kecuali ketika menyusu. Si ibu melahirkan empat ekor anak sekali secara purata, tetapi mungkin sesedikit dua ekor atau sebanyak tujuh ekor di kawasan panas.

Lepus californicus tidak bermigrasi atau berhibernasi pada musim sejuk, sebaliknya berdiam dalam habitat yang seluas 0.4 hingga 1.2 batu persegi (1–3 km2) sepanjang tahun. Pemakanannya terdiri daripada pelbagai jenis pokok renek, pokok kecil, rumput dan forb. Biasanya, arnab ini lebih makan pokok renek pada musim luruh dan sejuk, manakala rumput dan forb diutamakan pada musim bunga dan awal musim panas, tetapi pola pemakanan dan spesies tumbuhannya berbeza mengikut iklim. Arnab ini merupakan mangsa penting bagi burung dan mamalia maging, seperti helang, rajawali, pungguk, koyote, rubah dan kucing liar. Arnab ini juga menjadi perumah kepada hidupan ektoparasit seperti pinjal, sengkenit, kutu, and hama; sebab inilah pemburu tidak gemar memburunya.

Taksonomi dan taburan

Walaupun 17 subspesies telah dikenal pasti, namun bilangan ini mungkin sudah melebihi yang hakiki.[2] Dengan menggunakan analisa gugusan sifat anatomi, Dixon dan lain-lain mendapati bahawa subspesies arnab jack berekor hitam berpecah kepada dua kelompok berbeza yang dipecahkan ke barat dan timur Pergunungan Rocky Colorado dan Sungai Colorado. Mereka mengusulkan bahawa hanya dua infratakson dapat diwajarkan, iaitu subspesies barat L. c. californicus dan subspesies timur L. c. texianus.[3]

Arnab jack berekor hitam merupakan ahli famili Lepus yang paling luas bertaburan di Amerika Utara. Populasi aslinya berasal di Washington tengah ke timur hingga Missouri, dan ke selatan hingga Baja California Sur dan Zacatecas di Mexico. Taburan arnab jack berekor hitam meluas ke arah timur hingga ke Great Plains sehingga menjejaskan arnab jack berekor putih.[2] Arnab jack berekor hitam berjaya diperkenalkan ke Florida selatan dan sepanjang pesisir pantai di Maryland, New Jersey, dan Virginia.[4][5]

Taburan subspesies yang ditemui sepenuhnya atau separanya di AS adalah seperti berikut[5][6]:

  • Lepus californicus altamirae (Nelson)
  • L. c. asellus (G. S. Miller)
  • L. c. bennettii (Gray) – pantai California selatan hingga Baja California Norte
  • L. c. californicus (Gray) – pantai Oregon hingga pantai dan Central Valley California
  • L. c. curti (E. R. Hall)
  • L. c. deserticola (Mearns) – Idaho selatan hingga Sonora
  • L. c. ememicus (J. A. Allen) – Arizona tengah hingga Sonora
  • L. c. festinus (Nelson)
  • L. c. magdalenae (Nelson)
  • L. c. martirensis (J. M. Stowell)
  • L. c. melanotis (Mearns) – Dakota Selatan hingga Iowa, Missouri, dan Texas tengah
  • L. c. merriamai (Mearns) – Texas selatan dan tenggara hingga Tamaulipas
  • L. c. richardsonii (Bachman) – California tengah
  • L. c. sheldoni (W. H. Burt)
  • L. c. texianus (Waterhouse) – Utah tenggara dan Colorado barat daya hingga Zacatecas
  • L. c. wallawalla (Merriam) – Washington timur hingga California timur laut dan Nevada barat laut
  • L. c. xanti (Thomas)


References

  1. ^ Mexican Association for Conservation and Study of Lagomorphs (AMCELA), Romero Malpica, F.J. & Rangel Cordero, H. (2008) Lepus californicus di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 February 2010.
  2. ^ a b Flux, J. E. C. 1983. Introduction to taxonomic problems in hares. Acta Zoologica Fennica. 174: 7–10
  3. ^ Dixon, K. R. et al.. 1983. The New World jackrabbits and hares (genus Lepus).--2. Numerical taxonomic analysis. Acta Zoologica Fennica. 174: 53–56
  4. ^ Chapman, J. A.; Dixon, K. R.; Lopez-Forment, W.; Wilson, D. E. 1983. The New World jackrabbits and hares (genus Lepus).--1. Taxonomic history and population status. Acta Zoologica Fennica. 174: 49–51
  5. ^ a b Dunn, John P.; Chapman, Joseph A.; Marsh, Rex E. 1982. Jackrabbits: Lepus californicus and allies. In: Chapman, J. A.; Feldhamer, G. A., eds. Wild mammals of North America: biology, management and economics. Baltimore, MD: The Johns Hopkins University Press ISBN 0801823536
  6. ^ Hall, E. Raymond. 1951. A synopsis of the North American Lagomorpha. University of Kansas Publications, Museum of Natural History. 5(10): 119–202

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Spesies Lagomorpha yang maujud
Alam Animalia · Filum Chordata · Kelas Mammalia · Infrakelas Eutheria · Superorder Euarchontoglires
Famili Ochotonidae (Pika)
Subgenus Pika: Pika Alp (O. alpina) · Pika Helan Shan (O. argentata) · Pika Berkolar (O. collaris) · Pika Hoffmann (O. hoffmanni) · Pika Utara (O. hyperborea) · Pika Pallas (O. pallasi) · Pika Amerika (O. princeps) · Pika Turuchan (O. turuchanensis)
Subgenus Ochotona: Pika Gansu (O. cansus) · Pika Penara (O. curzoniae) · Pika Dauria (O. dauurica) · Pika Tsing-ling (O. huangensis) · Pika Nubra (O. nubrica) · Pika Steppe (O. pusilla) · Pika Afghan (O. rufescens) · Pika Moupin (O. thibetana) · Pika Thomas (O. thomasi)
Subgenus Conothoa: Pika Merah Cina (O. erythrotis) · Pika Forrest (O. forresti) · Pika Gaoligong (O. gaoligongensis) · Pika Glover (O. gloveri) · Pika Himalaya (O. himalayana) · Pika Ili (O. iliensis) · Pika Koslov (O. koslowi) · Pika Ladak (O. ladacensis) · Pika Bertelinga Besar (O. macrotis) · Pika Muli (O. muliensis) · Pika Hitam (O. nigritia) · Pika Royle (O. roylei) · Pika Merah Turkestan (O. rutila)
Famili Leporidae (Arnab)
Arnab Amami (P. furnessi)
Arnab Bushman (B. monticularis)
Arnab Belang Sumatera (N. netscheri) · Arnab Belang Annam (N. timminsi)
Arnab Gunung Berapi (R. diazi)
Arnab Kerdil (B. idahoensis)
Sylvilagus
(Arnab ekor kapas)
Subgenus Tapeti: Arnab Paya (S. aquaticus) · Tapeti (S. brasiliensis) · Arnab Ekor Kapas Dice (S. dicei) · Arnab Ekor Kapas Omilteme (S. insonus) · Arnab Rawang (S. palustris) · Arnab Tanah Pamah Venezuela (S. varynaensis)
Subgenus Sylvilagus: Arnab Ekor Kapas Gurun (S. audubonii) · Arnab Ekor Kapas Gunung Manzano (S. cognatus) · Arnab Ekor Kapas Mexico (S. cunicularis) · Arnab Ekor Kapas Timur (S. floridanus) · Arnab Tres Marias (S. graysoni) · Arnab Ekor Kapas Gunung (S. nuttallii) · Arnab Ekor Kapas Appalachian (S. obscurus) · Arnab Pergunungan Davis (S. robustus) · Arnab Ekro Kapas New England (S. transitionalis)
Subgenus Microlagus: Arnab Ekor Kembang (S. bachmani) · Arnab Ekor Kembang San Jose (S. mansuetus)
Arnab Eropah (O. cuniculus)
Arnab Bunyoro (P. marjorita)
Pronolagus
(Arnab batu merah)
Arnab Batu Merah Natal (P. crassicaudatus) · Arnab Batu Merah Jameson (P. randensis) · Arnab Batu Merah Smith (P. rupestris) · Arnab Batu Merah Hewitt (P. saundersiae)
Arnab Assam (C. hispidus)
Lepus
(Kelinci)
Subgenus Macrotolagus: Arnab Jack Antelop (L. alleni)
Subgenus Poecilolagus: Kelinci Kasut Salji (L. americanus)
Subgenus Lepus: Arnab Artik (L. arcticus) · Kelinci Alaska (L. othus) · Kelinci Gunung (L. timidus)
Subgenus Proeulagus: Arnab Jack Berekor Hitam (L. californicus) · Arnab Jack Bertepi Putih (L. callotis) · Kelinci Tanjung (L. capensis) · Arnab Jack Tehuantepec (L. flavigularis) · Arnab Jack Hitam (L. insularis) · Kelinci Belukar (L. saxatilis) · Kelinci Gurun (L. tibetanus) · Kelinci Tolai (L. tolai)
Subgenus Eulagos: Kelinci Castroviejo (L. castroviejoi) · Kelinci Yunnan (L. comus) · Kelinci Korea (L. coreanus) · Kelinci Corsica (L. corsicanus) · Kelinci Eropah (L. europaeus) · Kelinci Granada (L. granatensis) · Kelinci Manchuria (L. mandschuricus) · Kelinci Berbulu (L. oiostolus) · Kelinci Tanah Tinggi Habsyah (L. starcki) · Arnab Jack Berekor Putih (L. townsendii)
Subgenus Sabanalagus: Kelinci Habsyah (L. fagani) · Kelinci Savana Afrika (L. microtis)
Subgenus Indolagus: Kelinci Hainan (L. hainanus) · Kelinci India (L. nigricollis) · Kelinci Burma (L. peguensis)
Subgenus Sinolagus: Kelinci Cina (L. sinensis)
Subgenus Tarimolagus: Kelinci Yarkand (L. yarkandensis)
Subgenus incertae sedis: Kelinci Jepun (L. brachyurus) · Kelinci Abisinia (L. habessinicus)